Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

INFO DAN SENARAI JUARA PIALA MALAYSIA 1967 SEHINGGA 2013

$
0
0
Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia.

Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 15 kali naib juara. Manakala Pahang merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg ketiga bagi mereka. Sumber : http://ms.wikipedia.org

TahunJuaraJaringanNaib JuaraStadium
Piala Malaysia
2013PahangPahang1 – 0KelantanKelantanStadium Shah Alam, Selangor
2012KelantanKelantan3 – 2MalaysiaATM FAStadium Shah Alam, Selangor
2011Negeri SembilanNegeri Sembilan2 – 1TerengganuTerengganuStadium Shah Alam, Selangor
2010KelantanKelantan2 – 1Negeri SembilanNegeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Negeri SembilanNegeri Sembilan3 – 1KelantanKelantanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008KedahKedah3 – 2SelangorSelangorStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007KedahKedah3 – 0Negeri PerakPerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006PerlisPerlis2 – 1Negeri SembilanNegeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005SelangorSelangor3 – 0PerlisPerlisStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004PerlisPerlis1 – 0KedahKedahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003Selangor MPPJSelangor3 – 0SabahSabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002SelangorSelangor1 – 0 (gol emas)SabahSabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001TerengganuTerengganu2 – 1Negeri PerakPerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000PerakNegeri Perak2 – 0Negeri SembilanNegeri SembilanStadium Shah Alam, Selangor
1999BruneiBrunei2 – 1SarawakSarawakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998PerakNegeri Perak1 – 1 (5-3 Penalti)TerengganuTerengganuStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997SelangorSelangor1 – 0 (gol emas)PahangPahangStadium Shah Alam, Selangor
1996SelangorSelangor0 – 0 (5-3 Penalti)SabahSabahStadium Shah Alam, Selangor
1995SelangorSelangor1 – 0 (gol emas)PahangPahangStadium Shah Alam, Selangor
1994SingapuraSingapura4 – 0PahangPahangStadium Shah Alam, Selangor
1993KedahKedah2 – 0SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992PahangPahang1 – 0KedahKedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991JohorJohor3 – 1SelangorSelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990KedahKedah3 – 1SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989Kuala LumpurKuala Lumpur2 – 1KedahKedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988Kuala LumpurKuala Lumpur3 – 0KedahKedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987Kuala LumpurKuala Lumpur1 – 0KedahKedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986SelangorSelangor6 – 1JohorJohorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985JohorJohor2 – 0Kuala LumpurKuala LumpurStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984SelangorSelangor3 – 1PahangPahangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983PahangPahang3 – 2 (Masa Tambahan)SelangorSelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982SelangorSelangor1 – 0TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981SelangorSelangor4 – 0SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980SingapuraSingapura2 – 1SelangorSelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979SelangorSelangor2 – 0SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978SelangorSelangor4 – 2SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977SingapuraSingapura3 – 2 (Masa Tambahan)Pulau PinangPulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976SelangorSelangor3 – 0SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975SelangorSelangor1 – 0SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974Pulau PinangPulau Pinang2 – 1Negeri PerakPerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973SelangorSelangor2 – 1TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972SelangorSelangor3 – 1Negeri PerakPerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971SelangorSelangor3 – 1Negeri PerakPerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970PerakNegeri Perak1 – 0KelantanKelantanStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969SelangorSelangor1 – 0Pulau PinangPulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968SelangorSelangor8 – 1Pulau PinangPulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967PerakNegeri Perak2 – 1SingapuraSingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur

# HOGOH PAHANG HOGOH !

Wassalam, Wa'allahhualam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 983