Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

KEMERIAHAN IKAN SUNGAI PAHANG PEKAN SEHARI JERANTUT

$
0
0
Hari ini (ahad) penulis sempat ke pekan sehari Jerantut sambil meronda-ronda ke pekan sehari Jerantut. Pekan sehari di Jerantut sememang meriah dengan ikan sungai Pahang, tambahan pula situasi selepas banjir  begitu banyak ikan ditangkap dan dijual disini. Pelbagai jenis ikan di jual termasuk pelbagai jenis patin, tenggalan, krai, lampang, baung, kenerak dan pelbagai jenis ikan sungai yang lainnya.

Bagi penggemar ikan sungai pahang mungkin disini tempatnya, jika anda ingin mencari ikan air tawar sungai Pahang yang original. Pasti ikan-ikan jenis ini amat sedap jika dimasak gulai asam tempoyak atau gulai masam tempoyak tidak kurang begitu enak jika di masak kukus atau masak stim tentu amat menyelerakan.
Hari ini penulis sempat juga membeli seekor ikan tenggalan beratnya hampir 500gram dengan harga RM 20.00 ringgit. Bolehlah dibuat gulai masam atau gulai masak tempoyak. Jom berkunjung ke pekan sehari Jerantut. Untuk makluman jualan ikan sungai Pahang ini terkadang agak bermusim ada kalanya kurang dan ada kalanya tiada lansung amat bergantung pada cuaca dan keadaan semasa. Pada ketika ini begitu banyak sekali ikan sungai pahang dijual disini. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 983