Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 986

ASAL NAMA TANJONG BESAR DARIPADA TEDUNG BESAR

$
0
0


KAMPUNG Tanjung Besar yang berada di dalam Mukim Tanjung Besar dan di bawah Dun Benta mempunyai 1,010 penduduk. Kawasan kampung itu terletak kira-kira 45 kilometer (km) dari Bandar Kuala Lipis dan hanya 14 km dari Pekan Benta.

Antara penduduk yang juga merupakan keturunan keempat Tok Perlong.
 Antara penduduk yang juga merupakan keturunan keempat Tok Perlong.

Terdapat empat buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Tanjung Besar Hulu, Tanjung Besar Tengah, Bukit Belau dan Rengai Kadok.

Dibuka sekitar 300 tahun lalu

Seorang penduduk, Zainal Abidin Yaakob, 59, berkata, mengikut cerita mulut ke mulut orang terdahulu, Kampung Tanjung Besar dibuka sekitar tahun 1700-an bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir.

Menurutnya, pembukaan kampung itu didakwa diketuai oleh Tok Perlong @ Tok Mohamad @ Tok Pandak yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim iaitu orang terawal membuka Lipis dan pengikut-pengikutnya.

Tambahnya, Tok Perlong bersama para pengikutnya mudik dari Kampung Pagar dengan menaiki sampan melalui Sungai Lipis hingga tiba di Kuala Rengai.

Zainal Abidin yang juga keturunan keenam Tok Perlong berkata, rombongan tersebut kemudiannya singgah di Perlong atau kini lebih dikenali sebagai Kuala Kemahang, Mukim Tanjung Besar.

“Tok Perlong ini mempunyai 16 orang anak dan salah seorang daripadanya ialah Tok Maulud yang lebih menonjol serta mempunyai tenaga yang kuat. “Tok Maulud ini kemudian membawa ahli keluarganya serta beberapa pengikut mudik ke Sungai Rengai sebelum menjumpai sebuah kawasan tanjung,” katanya di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, rombongan tersebut membersihkan kawasan tanjung berkenaan dan bercadang untuk membuat penempatan baharu.

“Mengikut perkiraan Tok Maulud serta pengikutnya, terdapat syarat-syarat yang perlu diambil kira jika nak buka sebuah kampung serta tanah paya iaitu keadaan tanah dan tumbuh-tumbuhan dari sebesar-besar pokok tualang sehinggalah sekecil-kecil tumbuhan renek.

“Diceritakan, pada suatu malam rombongan berkenaan menjumpai seekor ular tedung yang sangat besar hingga menimbulkan ketakutan dalam diri mereka.

“Walaupun ular tedung memiliki saiz yang besar tapi ia tak menyerang ataupun ganggu penduduk dan mereka sifatkan kejadian tersebut sebagai amat luar biasa,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu rombongan tersebut bercadang untuk menamakan kawasan penempatan terbabit sebagai Tedung Besar berikutan penempatan didiami masih tidak bernama.

“Tapi lama-kelamaan mereka memikirkan nama Tedung Besar tak sesuai sebab ia melambangkan ganas, jahat dan berbisa. Jadi mereka bersepakat untuk menukar kepada Tanjung Besar. Sumber : Sinar Harian Pahang


Dalam versi lain : Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Kampung Tanjung Besar dibuka pada 1722 bermula dari Perlong yang terletak di Kampung Kemahang Hilir. Pembukaan kampung ini diketuai oleh Tok Hamid yang berasal dari keturunan Tun Ibrahim dan pengikut-pengikutnya. Pada masa tersebut beliau turut dibantu oleh seorang kaum asli sebagai pemandu arah yang bernama Kutek semasa dalam perjalanan dari Lechok menuju ke Sungai Kong. Asal-usul nama Kampung Tanjung Besar telah dicadangkan oleh Hamid Ketot Abdul Rahman seperti yang terdapat dalam buku hasil tulisan beliau. Beliau merasakan nama asal kampung ini ialah ‘sawa besar’ yang diambil sempena spesies seekor ular sawa yang besar dan ditemui semasa pembukaan kampung. Ular sawa ini ditemui penduduk kampung ketika sedang berkubang pada musim panas di sebuah tasik yang bernama 'Danau Asah' yang terletak di bawah kaki bukit tersebut. Ular sawa ini berlingkar di sepanjang Sungai Rengai sehingga ke Sungai Kepung iaitu di sepanjang tanjung yang terdapat di sungai-sungai tersebut. Maka setelah bersepakat, mereka bersetuju untuk menamakan kampung tersebut sebagai ‘Tanjung Besar’. Rujuk entri sepenuhnya disini >> Asal Usul Nama Kg. Tanjung Besar Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
AKU ANAK PAHANG


Viewing all articles
Browse latest Browse all 986

Trending Articles