Sejarah empang Jepun Di Jerantut, menurut cerita orang lama, empangan itu telah dibina sejak zaman British namun telah diambil alih oleh tentera Jepun semasa menguasai Tanah Melayu sekitar tahun 1941 sehingga 1945.
Empangan yang dikenali dengan nama 'Empang Jepun' oleh penduduk tempatan ini pernah terkenal sebagai lokasi penduduk setempat di Jerantut Feri dan di kawasan sekitarnya mengisi masa lapang dengan aktiviti berkelah dan mandi-manda.
Sejarah pembinaan Empang ini difahamkan telah di bina seawal tahun 1910. Difahamkan empangan itu memiliki satu terowong panjang yang menyalurkan air sehingga ke Paya Kangsar, Pulau Tawar Jerantut, yang dibina di bawah tanah.
Lokasi Empangan terletak di laluan utama jalan Jerantut Ke Pulau Tawar berhampiran pusat rekreasi Sungai Salan dari jalan utama sehingga ke lokasi mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Namun sehingga ke hari ini sejarah asal Empang Jepun ini masih belum dapat dipastikan menurut kisahnya cerita hanya berkisar daripada mulut penduduk setempat sahaja. Pasti belum ada sejarah yang masih belum tersingkap dan di ketahui oleh ramai orang berkaitan kewujudan Empangan Jepun di Jerantut ini. Sumber asal : Sinar Harian Pahang
Wassalam, Wa'allahhualam.
AKU ANAK PAHANG