Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 986

PETUA TIPS UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

$
0
0
PETUA TIPS UNTUK MELEMBUTKAN DAGING
Musim-musim hari raya korban ini banyak yang mendapat daging korban. Jadi disini kita nak berkongsi sedikit petua, cara atau tips nak melembut daging. Daripada petua dan amalan orang tua-tua dahulu banyak juga cara yang dibuat untuk melembutkan daging ini. Sekiranya haiwan tersebut sudah tua tentu dagingnya agak liat, keras dan sukar di lembutkan dalam masakan.

PETUA AGAR DAGING CEPAT LEMBUT DAN EMPUK

1) Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang camca kecil atau sudu ke dalam periuk. Dipercayai camca atau sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging, jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan. Cara ini tidak disarankan dibimbangi akan mengalami sakit perut.

4) Masukan kepingan (pecahan kecil sahaja) tempurung kelapa kedalam masakantersebut.

5) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging. Betik muda juga boleh melembutkan daging. Pastikan anda mengupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

Insya allah salah satu cara diatas diatas bolehlah anda gunapakai untuk melembutkan daging yang keras. Hasilnya anda akan dapati daging tersebut akan menjdi lembut dan empuk. Selain daging untuk ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung juga sesuai digunakan petua diatas. Selamat mencuba :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 986