Mawas atau orang mawas Ia juga disebut dengan pelbagai nama, antaranya "Bigfoot", "Orang Mawas" atau ``King Kong'' dan kewujudannya sering dianggap sebagai mitos tetapi bagi mereka yang pernah terserempak dengan makhluk tersebut, ia bukan lagi suatu bahan khayalan. Sememanganya wujud cuma mungkin sekarang sudah tidak dijumpai.
Orang Mawas atau Mawas (juga dikenali sebagai Orang dalam) didakwa sebagai hominid cryptid dikatakan tinggal di kawasan hutan di Malaysia termasuk Pahang dan Johor. Ia dijelaskan mawas ini berada dengan ketinggian 10 ft (2.4-3 m), bipedal, ditutupi dengan bulu hitam, dan telah dilihat memakan ikan, dan merosakkan kebun dan amat cergas didalam hutan.
Cerita mitos yang pernah dikisah dengan mawas ini sejenis binatang yang takut pada hujan kerana difahamkan lubang hidung menadah keatas atau ke langit. Antara lain kelebihan mawas ini mempunyai tulang besi dan bahagian lengan dan dipercayai orang dahulu memburu mawas ini untuk mendapat tulangnya untuk dijadikan bilah keris, senjata dan sebagainya.
![SENJATA TULANG MAWAS]()
Senjata diatas didakwa oleh pemiliknya berasal daripada tulang mawas dipercayai juga tulang mawas ini jika dibuat senjata besinya amat tajam dan berbisa. Jika terkena tikaman mungkin boleh membawa maut. Ada juga sesetengah orang membuat batu cincin dicanai dan dijadikan mata cincin. kelebihan dan khasiatnya tidaklah diketahui.
AAP - Ada juga orang dikait dengan
Mawas sebab terlalu jahat disebut jahat macam mawas :)
AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.