PUISI : BELENTARA PADANG TANDUS
Tiada lagi alunan gemersik
Tiada lagi alunan gemersik
irama cengkerik rimba
bertepuk sorai keanjingan
sekadar terlihat lompatan
sang katak kepanasan
Siambang bertaut duka
di pokok renek tanpa tujuan
tanpa kawanan mencari suaka
Sibelang telah mati meninggalkan belang
Anjing seumpama menyahut bukit
Hilaian pontianak seakan kesayuan
Kerana belentara ini
sudah menjadi padang jarak
padang tandus.
Yassin Sulaiman aap
Jerantut 14.05.2018