Kita sering berjumpa dengan mereka persalah atau orang kena tuduh (OKT) yang dibawa daripada balai polis atau ke mahkamah dengan dengan memakai baju t shirt yang berbagai warna. Pasti kita sendiri tidak mengetahui akan maksud disebalik warna baju-baju yang telah dipakai. Jom kita lihat apa maksud warna baju-baju tersebut.
UNGU Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.
PUTIH Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
MERAH Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.
HIJAU'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan. BIRU Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.
HIJAU FLORESCENT Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.
PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH Tidak keterlaluan untuk aku dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.
OREN Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya.Orang Kena Tuduh (OKT) Gambar : Sekadar hiasan sahaja. Sumber : Copy paste by Google.