Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 985

PEMBALAKAN PUNCA KEMUSNAHAN AIR TERJUN LATA MERAUNG JERANTUT

$
0
0
6 September 2018 | 1.30 pm
Berikut adalah petikan maklumbalas Pengarah Perhutanan Negeri Pahang berkaitan isu pencemaran air di hutan lipur Lata Meraung, Jerantut.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan mengarahkah diberhentikan serta merta aktiviti pembalakan terletak berhampiran kawasan hutan lipur Lata Meraung, Jerantut bagi mengelak berlaku pencemaran air. Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, aktiviti pembalakan di dua blok hutan tanah milik kerajaan itu dilakukan secara sah kerana kontraktor terbabit mempunyai lesen selain mematuhi syarat ditetapkan jabatan. Katanya, siasatan mendapati kejadian air di pusat perkelahan Lata Meraung menjadi keruh terutama setiap kali hujan disebabkan kerana aktiviti pembalakan di kawasan dua blok terbabit.

Menurutnya, hujan yang membawa bersama selut dihulu sungai menyebabkan kualiti air Lata Meraung tercemar seterusnya bertukar warna menjadi kekuningan dan tidak sesuai untuk aktiviti riadah.

"Kita sudah mengeluarkan arahan memberhentikan serta merta semua aktiviti pembalakan di kawasan terbabit bagi memastikan kejadian air di hutan lipur Lata Meraung tidak terus tercemar.
"Syarikat pembalakan terbabit juga diarahkan supaya segera membina pembentong di setiap alur air dalam kawasan pembalakan bagi mengalirkan air selut setiap kali hujan berlaku," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berkaitan pencemaran air di hutan lipur Lata Meraung yang tular di media sosial facebook, kelmarin disebabkan aktiviti pembalakan berhampiran kawasan terbabit.

Pengadu mendakwa air hutan lipur terbabit yang sebelum ini jernih kini bertukar menjadi keruh, pengunjung yang datang ke situ kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Mohd Hizamri menambah, pihaknya memberi perhatian serius kejadian yang berlaku dan
pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Jerantut akan memantau kawasan pembalakan terbabit bagi memastikan semua syarat dipatuhi.

"Hutan lipur Lata Meraung antara pusat perkelahan yang menarik di Jerantut dibawah JPNP, justeru menjadi tanggungjawab jabatan memastikan kawasan terbabit terus berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

"Kerjasama semua pihak dapat membantu jabatan mengekalkan kawasan hutan lipur di negeri ini yang memiliki pelbagai tarikan seperti air terjun, tumbuhan semulajadi dan pokok balak," katanya.

Untuk makluman jabatan tidak akan berkompromi dengan syarikat yang tidak mematuhi syarat pembalakan yang ditetapkan.Sumber Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 985

Trending Articles