Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

AIR TERJUN DI ULU SALAN JERANTUT BAKAL MUSNAH?

$
0
0



ULU SALAN, JERANTUT Keindahan Lata Lebah, Lata Manik, Lata Tinggi dan Lata Telur. Ia merupakan antara air terjun yang menarik di Ulu Salan, Jerantut, Pahang. Difahamkan pokok-pokok balak disini sudah di cat merah untuk aktiviti pembalakan tidak lama lagi, maka akan hilanglah 5 air terjun yang menarik yg menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sering mengunjungi tempat ini. Secara langsung akan lenyap juga salah satu sumber air yang mengalir ke sungai Pahang. Maka akan lenyaplah satu tempat riadah dan kehilangan seni warisan alam yang sedia ada andainya kawasan ini bakal di musnahkan untuk tujuan pembalakan. Gambar Kredit : Facebook 




Tidak mampu untuk kita menahan dan membantah andainya perkara ini benar-benar akan terjadi, maka kita semua akan kerugian dan kehilangan satu warisan alam yang amat berharga. Semoga ada keprihatian pihak berkuasa tidak sewenang-wenangnya memusnahkan warisan alam yang amat berharga ini ! Sama-sama kita berdoa agar perkara ini dapat diperlihara amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 983