SEJARAH RUMAH RAKIT KUALA LIPIS PAHANG
Tercatat didalam sejarahnya rumah rakit Kuala Lipis bermula seawal tahun 1906. Kuala Lipis dahulunya adalah ibu negeri Pahang. Pasti disinilah penempatan awal yang amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Kuala Lipis telah mula didiami manusia sejak 2500 – 2400 tahun yang lampau. Kajian arkeologi telah menjumpai banyak artifak, antaranya ‘Pisau Tembeling’ iaitu alat yang digunakan oleh manusia pada zaman neolitik. Penempatan manusia di sini berterusan hingga beribu-ribu tahun selepas zaman neolitik. Ini adalah kerana kedudukan geografinya yang strategik terletak berhampiran dengan sungai. Sebelum kedatangan pihak Inggeris pada tahun 1887, Kuala Lipis menjadi pusat perdagangan bagi emas, dan lain-lain hasil mahsum daripada daerahnya.
Rumah rakit di Kuala Lipis ini masih wujud sehingga tahun 1980an dengan pelbagai kegiatan ada disini selain bukan sahaja dijadi rumah penginapan dan kegiatan perniagiaan, pendaratan hasil pertanian dan perikanan dari penduduk-penduduk kampung yang tinggal di tebing sungai dan persekitaran tersebut.
Nama “Lipis” adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis ( Pavetta indica). Memandangkan lokasi bandar ini terletak di Kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan Kuala Lipis Sumber : akuanakpahang.blogspot.com