Chenor yang terletak di daerah Maran, Pahang adalah sebuah pekan dan mukim yang terdiri daripada beberapa buah kampung kecil. Antara kampung yang utama ialah Kampung Chenor, Kampung Baru, Kampung Bukit Bota, Kampung Tanjung Memalau, Kampung Raja, Kampung Sembai, Kampung Kening, Kampung Batu Bor, Kampung Sekara dan Kampung Huma Luas.
Nama Chenor dikatakan berasal dari nama seorang wanita cantik yang bernama Che Nor. Wanita itu tinggal di satu tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Wanita itu sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesusahan atau memerlukan bantuan.
Che Nor dikatakan wanita ‘sakti’ yang ada kebolehan tertentu. Bantuan yang diberikan agak ‘istimewa’ dengan menyatakan apa yang diperlukan. Pun begitu, penduduk tidak berkesempatan untuk berkenalan atau berbual dengan Che Nor. Apa yang sempat diketahu ialah namanya ‘Che Nor’.
Lama kelamaan tempat itu dikenali dengan nama ‘Chenor’ dan kekal sehingga sekarang.
Begitulah serita di sini pada suatu waktu dahulu sehingga kawasan ini terkenal dengan nama sejak zaman ‘tori’ (zaman sangat lama dahulu) bernama “Chenor”. Satu lagi kisah berkaitan nama Chenor ialah berkaitan dengan seorang janda bernama ‘Che Nor’. Menurut kisah orang-orang dahulu, penduduk kampung gemar ke kedai ‘Che Nor’. Mereka sering menggunakan dialog: “Mahu ke mana tu?”
“Saya nak ke gerai Che Nor”. Apabila penduduk kampung sering menggelarkan Gerai ‘Che Nor’, akhirnya wujudlah lokasi tersebut dengan gelaran “Chenor”. Sumber : akuanakpahang.blogspot.com