Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 983 articles
Browse latest View live

PESAWAT MH370 DISAHKAN BERAKHIR DI LAUTAN HINDI - PM

$
0
0
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi.- Berita Harian

TERKINI ‪#‎MH370‬: Kedudukan terakhir MH370 di Lautan Hindi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth.

“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.- Malaysiakini

Pesawat MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini. Sumber : astroawani.com

Al-Fatihah dan takziah

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO : KEDALAMAN LAUTAN HINDI DAN BERAKHIRNYA MH370 DILAUTAN HINDI.

$
0
0

 

Jika pesawat jenis Boeing 777-200ER itu berada di Lautan Hindi maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali. Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi tujuh kali Menara KLCC. Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter. Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.

Saksikan video gelora dan kedalamanya lautan hindi ini.

 
Kesimpulannya jika disinilah berakhirnya MH370 ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mencari bangkai pesawat tersebut. Dikhabarkan juga tempat ini dilokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan.  Satu persoalan sudah terjawab. Seribu persoalan pula yang mungkin timbul... kemana sebenarnya haluan MH370 mahu pergi ?

Mungkin persoalan ini banyak dilontarkan oleh pelbagai pihak :
1. Mengapa MH370 tersasar begitu jauh?
2. Apakah puncanya?
3. Adakah cockpit terbakar yang menyebabkan terputusnya alat hubungan?
4. Adakah sabotaj atau adakah perbuatan anak kapal yang menyebabkan terjadinya tragedi ini?
5. Benarkah pesawat berpatah balik?
6. Jika berpatah balik mengapa radar Malaysia tidak mengesahkannya sedari awal?
7. Jika telah terhempas dimana bangkai pesawat?
8. Nasib penumpang? Jika semuanya meninggal adakah akan bertemu kesemua mayat tersebut?


Akhir kata, Alfatihah dan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Wassalam, Wa'allahhualam.

TRAGEDI PESAWAT MH370 MUNGKIN BAKAL DI FILEMKAN.

$
0
0
Tragedi MH370 mungkin ke Hollywood, kata produser filem terkemuka

Misteri kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal difilemkan.

Portal berita The Hollywood Reporter dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat malang tersebut secara dekat.

"Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.

"Sama ada mendapat inspirasi daripada insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini," kata JC Spink, yang terlibat selaku penerbit dalam pembikinan filem aksi penerbangan pada 2005, Red Eye.

Kehilangan Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh dunia, khususnya kabel berita antarabangsa yang tidak putus-putus membuat liputan.

Sehingga hari ini, bangkai pesawat dan mayat penumpang masih belum ditemui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada Isnin penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi selepas dua minggu misi mencari dan menyelamat antarabangsa berlangsung.

Spink berkata, episod dramatik sepanjang usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac sudah cukup untuk menjadikan ia sebuah filem aksi terbaik.

"Jelas sekali sesuatu yang lebih besar dalam penerbangan yang kita tidak akan tahu," kata produser terkenal itu.

"Itu adalah satu batu loncatan yang besar."

Selalunya apabila sesebuah tragedi berlaku, Hollywood akan menunggu hingga tiga bulan sebelum mengambil langkah pembikinan filem, lapor The Hollywood Reporter.

"Saya rasa orang ramai akan tunggu dan lihat bagaimana hasil siasatan nanti," kata Alex Heineman, produser filem aksi penerbangan, Non-Stop yang mencatat keuntungan berjuta ringgit tahun ini.

Namun, The Hollywood Reporter menjangkakan mana-mana pihak yang ingin menghasilkan filem berdasarkan kehilangan MH370 akan berdepan halangan memandangkan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan masih berjalan serta rumit selain terdapat juga kesamaran dalam pendedahan maklumat oleh pihak berkuasa Malaysia.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Beberapa episod melibatkan penumpang MH370 menjadi tanda tanya sehingga ini, antaranya dua penumpang memegang passport curi, juruterbang memiliki simulator penerbangan di rumah, bateri litium di dalam kargo dan pelbagai spekulasi yang masih belum terjawab.

Fokus kini mencari bangkai pesawat dan mendapatkan kotak hitam bagi merungkai persoalan di sebalik kehilangan MH370. - 27 Mac, 2014. Sumber : www.themalaysianinsider.com/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

MANA BANGKAI MH370?

$
0
0
Soalannya :  Wajarkah perkataan "Mana Bangkai MH370?" digunakan sebagai tajuk berita utama?
  •    YA
  •    TIDAK
  •    TIDAK PASTI
"Bukan sahaja Pas malah keluarga mangsa juga mahu kerajaan BN menunjukkan bukti jika benar pesawat Mas MH370 itu telah terhempas di Lautan Hindi, sama ada bangkai atau serpihan pesawat, barangan bagasi atau cebisan-cebisan mayat dilokasi kejadian". - Sumber Harakah.
Apa maksud bangkai ? Secara amnya bangkai bermaksud sesuatu kehidupan yang sudah mati bukan sahaja bagi yang bernyawa, juga perkara hidup yang lain, termasuk apa jua jika sebelumnya hidup. Kalau sudah mati dan tidak berfungsi lagi mungkin ianya disebut bangkai ini termasuklah kereta, kapal terbang dan sebagainya. Kecuali pada manusia ianya di anggap sedikit kurang ajar. Lebih sesuai pada haiwan dan binatang sahaja. Walau bagaimana sebutan 'bangkai pesawat' bukanlah sesuatu yang asing.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TUMPAHAN BAHAN KIMIA LYNAS DI LANCHANG ?

$
0
0
Kemalangan yang melibatkansebuah lorisarat dengannadir bumiLynasprodukmeninggalkankomoditibertaburan di atasjalan raya diLanchang, Pahang, pagi ini, mengakibatkanbahan tersebut berhamparan danjalanditutupkepada lalu lintas.

TEMERLOH - Orang ramai di sekitar kawasan Lanchang dekat sini kini berada dalam ketakutan dan berjaga-jaga akibat tumpahan cecair bahan kimia dari lori Lynas awal pagi tadi. Menurut sumber pakar tentera dari Kem Batu Lima akan cuba meletupkan sesuatu petang ini bagi memusnahkan kesan radiasi di kawasan tersebut. Sementara itu pihak unit pembersihan kimia dari Kuantan telah dipanggil untuk membersihkan kawasan terbabit. Bomba juga kini sedang berusaha meneurtralkan bahan kimia berkenaan. Sementara itu satu kumpulan pakar dari hospital berdekatan telah dipanggil untuk tujuan yang sama.
Orang ramai dilarang melalui jalan lama Lanchang- Mentakab untuk ke Temerloh dan kenderaan dilencongkan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sekarang. Keadaan kini masih terkawal kerana Lynas telah menempatkan beberapa orang petugas mereka untuk memantau keadaan. PDO News

*** Ada sumber menafikan bahan kimia yang tumpah itu ada radiasi. Bahan terbabit ialah cecair CHLORIDE dan tidak merbahaya sebenarnya. Namun ramai penduduk panik dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menggelakkan sebarang kemungkinan lain berlaku. Sumber : pahangdaily.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TRAGEDI TANJUNG KUPANG MAS MH653 MALAPETAKA DALAM SEJARAH PENERBANGAN MALAYSIA. SEBELUM BERAKHIRNYA PESAWAT MH370

$
0
0
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) Sebelum Pesawat MH370. 


Tugu peringatan trgedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang yang diabdikan sehingga kini.
Masihkah anda mengingati Tragedi MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang?. Sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.

Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.

Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Kesan kebakaran akibat pesawat terhempas di Tanjung Kupang.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi. Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Keratan akhbar yang menggambarkan suasana pilu berikutan tragedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada 1977.

Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.

Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.

Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar. Sumber : mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERISTIWA MEMALI PANAS KEMBALI, TUN MUSA HITAM?

$
0
0
Musa: Dr M ada di KL semasa peristiwa Memali Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan lawatan rasmi ke China sewaktu berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengakibatkan 18 orang terkorban.

Dan hampir tiga dekad selepas peristiwa itu berlaku, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu malam tadi dan VIDEOdimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Apabila mendengar ini, forum moderator Mohammad Agus Yusof berkata: "Oh my God."

Kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan Ibrahim kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.
[Baca berita penuh]  Sumber www.malaysiakini.com ]


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BERHATI-HATI "PERBUATAN KHIANAT" DI LEBUHRAYA KARAK.

$
0
0
Penulis mendapat maklumat tentang perbuatan khainat di lebuhraya karak. Sebaiknya anda yang melalui dan membawa kenderaan terutama motorsikal dan kereta sila berhati-hati. Ini adalah peringatan buat kita semua supaya lebih berhati-hati. Berita dan kisah seumpama ini mungkin orang Pahang sudah sedia maklum. MOHON SHARE PADA ORANG LAIN SUPAYA TIDAK MENJADI MANGSA. Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Mesej ini diterima melalui Facebook.

"assalamulaikum admin, saya nak minta tolong sangat2... admin tolong nasihatkan sesiapa yang guna highway karak supaya lebih hati2 bila lalui selekoh-selekoh merbahaya di highway karak ini, ada minyak kalau keadaan hujan mesti akan ada berlaku kemalangan. Semalam karak hujan, lebih 7 kejadian kemalangan telah berlaku. Saya tak sanggup melihatnya. Sebab itu saya mintak tolong dengan admin supaya memberi tahu orang ramai yang menguna dan melalui lebuhraya karak ini lebih berhati-hati. Kawan saya sendiri dan ramai lagi yang telah menjadi mangsa. Selekoh wajib perlu anda berhati-hati ialah KM 75, KM71 (Selekoh sungai dua ), KM69. Sebaiknya anda terus berhati-hati daripada susur keluar tol karak sehingga ke tol Bentong."

Difahamkan juga ada perbuatan khianat daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menabur paku, pasir, minyak dan sebagainya bagi tujuan berlakunya kemalangan dan mereka yang tertentu akan mendapat habuan dan keuntungan daripada perbuatan tersebut.

Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BANYAK PERCANGGAHAN : MUNGKINKAH BENAR PESAWAT MH370 TIDAK TERHEMPAS ?

$
0
0
Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya. Sinar Harian.

Dari awal tragedi kita sudah melihat percanggahan kenyataan dari pihak berkuasa. MAS kata lain, DCA kata lain, Polis kata lain, TUDM kata lain.

Sekarang pula Najib kata lain, Hishamuddin kata lain.

Di dalam pengumuman Najib sebelum ini beliau menyatakan "Inmarsat membuat kiraan terbaharu berdasarkan data yang ada. Kiraan terbaharu merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhir pesawat ialah di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. MAS telah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga dan waris penumpang MH370. Saya minta pihak media menghormati ruang ahli keluarga dan waris untuk bersendirian pada masa yang sukar ini."

Tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan berita "Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih menaruh harapan ada dalam kalangan penumpang pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat ditemui." Apa hal ni? UlasanGreenboc

AAP - Begitu banyak sekali andai dan konspirasi serta percanggahanya kehilangan MH370 ini....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" KINI POPULAR DI KUANTAN PAHANG

$
0
0
KUANTAN - Aktiviti jualan berkonsep jalanan car boot sale (jualan terus dari but kereta) bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana malam di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), malah membantu menambah pendapatan peniaga.
 Jika sebelum ini, jualan terus dari bonet kereta mungkin kurang mendapat sambutan kerana sikap masyarakat yang tidak yakin dengan konsep itu, namun usaha Kelab Anak Muda Indera Mahkota (Kami) mengubah persepsi berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 8 malam di tempat letak kereta berhadapan UTC meriah dengan pelbagai jenis kenderaan dan bonet terbuka menanti pelanggan dengan pelbagai jenis produk murah dan berkualiti.

Peniaga, Noraniza Kamsani, 27, berkata, konsep itu kini semakin popular dalam kalangan peniaga muda terutama mereka yang baru mahu mencuba bidang perniagaan.

Noraniza yang merupakan kakitangan swasta memilih untuk berniaga selendang dan tudung bersama suaminya, Muhammad Shahrinnahar Abd Latif sejak minggu pertama dibuka dan mengakui mendapat sambutan hebat daripada pengunjung.

“Konsep ini bagus kerana dengan modal kecil juga sudah boleh memulakan perniagaan. Saya juga boleh mendapat pendapatan tambahan secara santai,” katanya.

Bagi Norehan Salleh, 28, dengan kadar bayaran sewa berpatutan, dia boleh mengisi masa terluang waktu malam dengan berniaga ditemani suami, Norazly Nordin sejak tiga minggu lalu.

Norehan mengakui seronok apabila pelbagai baju kurang dan jubah yang dijual diminati pembeli terutama mereka yang sudah berumur.

“Dengan kadar sewa yang berpatutan, kami boleh menjual barang tidak lebih daripada RM40. Ini mudah menarik perhatian pembeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kami, Muhammad Faiz Hashim berkata, car boot sale adalah idea bagi membantu golongan peniaga muda yang tidak mampu membayar sewa tinggi di bandar ini selain kesukaran mendapatkan premis yang strategik.

Katanya, program fasa pertama itu bertujuan meningkatkan ekonomi anak muda dan fasa kedua bakal dilaksanakan jika mendapat sambutan.

“Penyertaan amat membanggakan ada 130 kereta. Konsep ini menjadi fenomena baru kepada warga Kuantan. Kadar sewa tapak RM30 semalam kini mendapat penerimaan di luar jangkaan,” katanya.

Perniagaan yang bermula seawal jam 6 petang dan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu merupakan memasuki minggu ketiga penganjurannya pada setiap Jumaat. - Sinar Harian Pahang.

Pemandangan PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" di Kangar Perlis.

AAP - Sebaiknya peniagaan seumpama ini diperluaskan ke daerah lain bagi menjana ekonomi serta mendapat pendapatan sampingan, kepada mereka yang suka menjalankan aktiviti perniagaan. Sini bolehlah anda mulakan aktiviti baru ini di tempat anda. Dengan mendapat kerjasama daripada pihak PBT.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO DAN KEGUNAAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG UNTUK MENGUBATI LUKA

$
0
0
 
POKOK kapal terbang atau nama saintifiknya, Chromolaena odorata (L.) R. King & H. Robinson sejenis tumbuhan renek yang banyak bercabang. Tumbuhan ini berbatang lembut ketika muda dan beransur-ansur menjadi bergabus ketika matang dan tua.

Asal perkataan “odorata” pada nama tumbuhan ini daripada bahasa Latin yang bermaksud “bau”. Ciri ini terdapat pada daunnya apabila diramas, mengeluarkan aroma yang kuat dan agak kurang enak. Bentuk daunnya bergerigi pada bahagian tepi dengan permukaan yang kesat dan berbulu halus.

Bunga pokok ini berwarna putih dan tumbuh berjambak pada hujung ranting. Nama “Pokok Kapal Terbang” mungkin diilhamkan daripada ciri-ciri biji yang halus, ringan dan senang diterbangkan oleh agen penyebaran seperti angin, dan kadang-kadang melekat pada badan atau bulu haiwan. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pokok jepun, pokok jerman, pokok busuk-busuk. Sekiranya dikampung ada juga yang menyebut pokok kelambu babi. Mungkin agaknya babi selalu berehat dan bersantai dibawah rimbunan pokok tersebut.

Kegunaan dan kebaikan pokok kapal terbang.
Daun, bahagian (pucuk muda) amat mujarab dalam merawat luka2 kecil dan amat berkesan menghentikan pendarahan akibat luka. Caranya ambil bahagian daun ini dalam beberapa helai, sebaiknya daun muda sedikit kerana ianya mempunyai lebih air, ramas-ramas atas tapak tangan, ludah dua tiga kali, (kerana air liur juga ada kelebihan tersendiri ) tepek sahaja pada luka berkenaan. Jika perlu anda boleh membalutnya dengan kain. Hasilnya sekejab sahaja darah akan berhenti dan luka tersebut akan menjadi mengecut. Penting kegunaan daun ini hanya untuk luaran sahaja dan jangan di makan.

Selamat mencuba.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO BUAH LETUP DAN BUAH LETUP-LETUP

$
0
0
'Buah letup' atau 'buah letup-letup' nama saintifiknya (Passiflora foetida)merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan rasa buahnya yang manis dan sedikit masam. Pastinya buah ini begitu sedap untuk dimakan. Ramai yang mengenali akan tumbuhan ini kerana ianya banyak tumbuh dikawasan kampung, kebun, ditepi jalan, serta di kawasan tanah yang baru di terokai. 
Terkadang kita juga agak keliru kerana nama buah 'letup-letup' ini selalunya merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza iaitu letup-letup yang menjalar dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak. Apa pun nama bagi kedua-dua jenis buah ini biasanya kita akan menyebut buah letup atau letup-letup sahaja.

Tumbuhan ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus dan juga Kha Tok Rok(Thailand). Mungkin kita boleh menjangkakan bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai 'letup-letup', mungkin kerana buahnya yang berbentuk bulat dan apabila buah ini matang (masak) dan bila di tekan akan menghasilkan bunyi seperti letupan kecil.


Buah ini pasti menjadi nostalgia sewaktu dizaman kanak-kanak kerana menjadi makanan sampingan. Kerana mungkin buahnya tidak bermusim sepanjang masa sentiasa ada. Kini waktu sudah berlalu nak jumpa pokok buah ini pun sudah agak susah. Anak-anak di hari ini pun mungkin sudah tidak mengenali buah ini, apatah lagi untuk merasai akan kenakan rasa buah letup atau letup-letup ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

INFO POKOK SENDUDUK PUTIH DAN SENDUDUK UNGGU

$
0
0
Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong daripada kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibuang didalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih amat jarang sekali ditemui tumbuh secara meliar. Ianya hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan sahaja. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan seribu satu jenis penawar untuk mengubat terkena racun atau santau tidak kurang ilmu pengasih dan pelbagai kegunaan lainya.


Pokok senduduk putih begitu sinonim dengan masyarakat melayu dan kebanyakannya percaya ianya ada kaitan dengan alam mistik. Selain dari nilai perubatan ianya juga dicari kerana dipercayai mempunyai nilai mistik dan seribu satu macam kisah senduduk putih ini. Kalau mengikut cerita dongeng ada juga yang mengatakan dibawah pokok senduduk putih itu dapat emas dan permata, tapi bukan yang ditanam sebaliknya yang tumbuh meliar kata mereka.

Ramai yang menyatakan senduduk putih jarang ditemui dan ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ianya boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Sememang kita agak sukar untuk mencari senduduk putih yang tumbuh meliar namun mungkin ianya boleh di temui di nurseri. Apapun dari segi khasiat perubatan dan mistiknya mungkin ianya sudah menjadi sedikit hambar dan kurang memberi kesannya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

$
0
0
Sila ambil perhatian perkara-perkara di bawah sebelum mengisi borang permohonan online ini.

PERINGATAN
1.Sila pastikan pemohon mencetak slip permohonan sebagai rujukan dan simpanan.
2.Pemohon diwajibkan menghantar dokumen-dokumen berikut ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang:
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan)
2.Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Perceraian (jika berkaitan)
3.Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
4.Salinan Slip Gaji Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan)
5.Surat Perakuan Pendapatan (jika tiada slip gaji)
6.Surat Akuan Sumpah
7.Surat Pengesahan Bermaustatin diNegeri Pahang(Jika pemohon bukan rakyat pahang)
SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegera Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
2.Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
a)Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
i ) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
ii ) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b)Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
i ) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3.Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon
4.Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah
5.Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan
6.Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan
7.Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
SEMAKAN PERMOHONAN Semakan permohonan boleh dibuat di:
1.Laman http://eperumahan.pahang.gov.my dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja selepas permohonan berserta dokumen lengkap dihantar ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Keraajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang.

Untuk keterangan lanjut anda juga boleh terus melayari laman web berkenaan klik  : PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Sumber :  http://eperumahan.pahang.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN 50% RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN CARA MH370 DIKENDALIKAN.

$
0
0

Hasil kajian menunjukkan 50% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara yang dikendalikan oleh kerajaan di atas kehilangan pesawat MH370.

Hasil tinjauan badan bebas mendapati hampir 50% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan krisis kehilangan penerbangan MH370, ketika kritikan terhadap ketelusan dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.

Kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 43% rakyat berpuas hati dengan cara kerajaan pemerintah Barisan Nasional mengendalikan misteri tersebut.

Keputusan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan meliputi 1,005 responden terdiri 60% kaum Melayu, Cina 31% dan India 9%, ia dilakukan menerusi panggilan telefon sehingga 20 Mac. – Sumber : www.themalaysianinsider.com.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

AIR SUNGAI PAHANG KERUH, BERKELODAK DAN TERCEMAR?

$
0
0
Air sungai Pahang keruh, berkelodak dan tercemar? Isu ini bukan cerita baru. Isu ini sudah sekian lama ditimbulkan oleh banyak pihak dan orang ramai. Sebaik dan sepatutnya agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri amat diharapkan agar dapat memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi supaya tidak berlaku pencemaran sungai sehingga menyebabkan airnya amat tercemar serta menjejaskan kesihatan penduduk sekitarnya.

Difahamkan kualiti air di beberapa sungai utama di negeri ini seperti Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Semantan menjadi sumber utama bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di negeri ini. Pastinya bila mana air sungai yang sudah tercemar tidak boleh diproses oleh Pengurusan Air Pahang (Paip) kerana akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada pengguna seperti keracunan dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsungnya menyumbang terputusnya bekalan air terawat bagi sesetengah tempat.

Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Hutan dan Jabatan Geosians dan Mineral sepatutnya lebih kerap memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan serta garis panduan ditetapkan. Pengawasan perlu dijalankan dengan lebih kerap bagi mengelak berlakunya hakisan tanah atau membuang sisa kimia ke dalam sungai yang akhirnya mengakibatkan air tersebut tercemar dan tidak boleh diproses.

Difahamkan juga pencemaran Sungai Pahang menyebabkan air menjadi keruh, berkelodak dan mengandungi kimia yang mencecah tahap bacaan 4,100 Nephelometic (NTU) iaitu melebihi kadar 1,000 NTU. Bacaan NTU yang melebihi bacaan 1,000 tidak boleh diproses dan perlu dihentikan bagi mengelak pengguna terdedah kepada ancaman kesihatan.

Tertanya juga sampai bila situasi ini akan berlarutan? siapa untung siapa rugi dan siapa yang susah? Kita semua amat berharap agar kejernihan air sungai Pahang ini dapat dikembalikan. Pasti bila situasi ini terjadi dan terus terjadi banyak kelangsungan kehidupan ini akan terjejas.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO IKAN STURGEON PROJEK PERTERNAKAN IKAN STURGEON KUALA TAHAN JERANTUT PAHANG

$
0
0
Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, kerana kaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai. Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 USD sekilogram (Harga terkini : USD4000/kg).

Terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan dasar laut yang hidup antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam lautan dan membiak di kawasan air tawar. Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C. Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan ikan yang lain, selain daripada moluska, krustasea, dan cacing.

Bahagian belakang ikan Sturgeon Bintang berwarna kelabu tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, dengan perutnya berwarna hampir putih. Ikan Sturgeon Bintang mempunyai 40-46 ruji dorsal serta 24-29 ruji dubur. Muncungnya panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada bahagian tengah. Sesungutnya pendek dan tidak sampai mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada muncungnya.

Info berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut. Lokasi projek penternakan Ikan Sturgeon ini di Kuala Tahan, Taman Negara , Jerantut, Pahang. Tanah seluas 8 hektar diperuntukkan untuk memaksimunkan pendapatan dan penggunaan kos secara efisien. Taman Kaviar secara konsep kolam satelit yang akan diusahakan oleh generasi baru peneroka dan kampung tradisional melalui buyback guarantee. Diantara kemudahan yang disediakan:

  • Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar
  • Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D)
  • Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar & Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan Kemudahan tempat tinggal.
Dengan harga pasaran kaviar yang mencecah RM9,000 hingga RM15,000 sekilogram, projek ini dijangka menjana pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 kepada warga Felda yang menyertai projek ini, tempoh bayaran balik ialah selama tujuh tahun," kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Projek ternakan ikan sturgeon merupakan satu daripada 10 projek pelaburan baharu yang diumumkan ECER dalam majlis pertukaran MoU pelaburan antara pelabur dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini.

Menurut kenyataan ECER, kompleks ternakan ikan sturgeon seluas lapan hektar tersebut yang dilengkapi kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan dijangka menjadi sebuah pusat tarikan pelancong utama di ECER.

Pembangunan kompleks ini akan bermula pada 2014 dan dijangka siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Konsep ladang ikan sturgeon ini akan diperluaskan untuk meliputi peneroka Felda di kawasan berhampiran bagi mewujudkan sebuah ladang akua ikan sturgeon serantau.

Bagaimana pun, projek ini juga mendapat bantahan daripada penduduk setempat. Anda boleh melawati page facebook ini :  Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan Sturgeon. Pasti projek ini ada pro dan kontranya. Soalan yang pertama akan ditanya "Kenapa projek ini dibantah?" Ini adalah kata-kata mereka, bagi peluang pekerjaan ( lebih kepada pekerja asing sebab penduduk disini lebih 50% terlibat dalam pelancogan), kerosakan kawasan tadahan sumber minuman penduduk kampung, jarak terlalu dekat dengan taman negara, ikan ini sejenis ikan yang dilarang bawa masuk ke Malaysia. Species ikan ini akan membawa penyakit yang merosakkan ikan ikan tempatan yang lain.

AAP - Kesimpulannya seandainya projek tersebut menguntungkan sebelah pihak sahaja dan langsung tidak memberi faedah pada penduduk tempatan. Sememangnya ianya amat sukar diterima oleh mereka. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO GUNUNG BENOM PAHANG

$
0
0
Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut.

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.

Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.

Gunung Benum merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benum terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.

Rezab Hidupan Liar Krau dimana terletaknya Gunung Benum merupakan kawasan perlindungan yang tertua di Malaysia. Ianya diwartakan pada 9 Jun 1923 dengan keluasan seluas 62,395 hektar. Rezab ini merupakan kawasan perlindungan Hidupan Liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.

Perjalanan Pendakian Gunung Benum Pendakian ke puncak Gunung Benum merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan oleh pendaki-pendaki. Rentisnya boleh dikategorikan sebagai sukar atau hardcore trail serta mempunyai pemandangan panorama indah ditambah dengan jeram dan lata di kaki gunung yang sedia menanti para pendaki semasa dalam perjalanan balik. Punca air di beberapa tapak perkhemahan hanyalah dari tangki tadahan oleh itu pendaki perlu bersedia dengan keadaan sumber air terhad dan keperluan membawa air yang mencukupi semasa sedang berjalan/ trekking. Sumber di sunting drp Wikipedia dan www.nre.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA

$
0
0
Sekarang ini muism BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA mana satu betul tak tahu sebab banyak sangat nama bunga ini. Sebenarnya penulis terpanggil juga untuk menulis kisah bunga ini  cari punya cari, dalam google tidak ada satu info yang sepadan dan yang tepat.
Mungkin kerana cantik dan menawannya bunga ini lalu nak juga tahu juga akan asal usulnya dari mana dan apakah sebenar namanya. Al kisah bunga ini sudah di tanam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mungkin kerana cantiknya bunga ini lalu ianya mendapat tempat dan menjadi pilihan sebagai landskap. Sebagai tanamam di tepi jalan (ornamental tree) di bandar-bandar utama dan bandar besar di Malaysia.
Difahamkan juga bunga ini banyak ditanam di Pulau Pinang sebelum ini. Bunga ini berasal daripada Mexico, Florida, Argentina, Pulau Caribean dan banyak lagi. Nama bunga ini di Malaysia disebut BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA atau Tabebuia pentaphylla nama saintifik bunga ini kumpulan (tribe)- tekoma (Tecomeae) keluarga (family) - Bignoniaceae Gens- Tabebuia.

Ada tidak kurang atau lebih 100 spesis bunga ini antaranya :

Tabebuia pentaphylla- pink
Tabebuia rosea- pink

Tabebuia impetiginosa - pink

Tabebuia roseo-alba– white

Tabebuia chrysantha– yellow 


Pokok bunga ini ada bermacam-macam warna, putih, pink, kuning, lavender, magenta, dan merah. Bila pokok ini berbunga daunnya mula atau habis gugur dan bunga ini juga difahamkan cepat juga gugurnya selepas mekar. Disunting daripada maksud wikipedia (deciduous while flowering - dry-seasondeciduous) deciduous itu maksudnya luruh. (flowering is chiefly in the spring, or dry season and is accompanied by complete leaf drop) (berbunga adalahterutamanyapada musim bunga,atau musimkeringdan disertaioleh kejatuhandaunlengkap)
Antara kelebihan pokok ni adalah aktiviti Anti bakteria dan anti malaria. Namun katanya juga batang pokok bunga ini beracun seperti info bergambar di atas ini. Moralnya kalau berkenan dan minat sangat jangan di pegang atau disentuh lihat sahaja sudahlah. Ok setakat itu sahaja info yang dapat di kongsikan berkaitan dengan  BUNGA SAKURA MALAYSIA @ TEKOMA @ TECOMA @ TAKOMA ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PUISI : MH370 AGAR DITEMUI

$
0
0
 

...yang hilang tetap hilang...
masihkah ada janji untuk ditemui?
kemana pergi tidak pasti...
puas mencari... puas diselami...
ada yang berduka nestapa...
menangis tidak tentu hala...
hilang tanpa kesan...
tenggelamkah ia?
tersembunyikah ia?
puas meneka... puas bersengketa...
termanpu sekadar mendoakanya sahaja
agar kau ditemui... MH370

Nukilan akuanakpahang
06Hb. April. 2014
Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 
Viewing all 983 articles
Browse latest View live