Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 985 articles
Browse latest View live

MERCU TANDA SELAMAT DATANG KE BANDAR UTAMA PAHANG

$
0
0

SELAMAT DATANG KE KUANTAN
 KUANTAN
SELAMAT DATANG KE TEMERLOH
TEMERLOH
SELAMAT DATANG KE JERANTUT
JERANTUT
SELAMAT DATANG KE RAUB
RAUB
SELAMAT DATANG KE BENTONG
BENTONG
SELAMAT DATANG KE BERA
BERA
SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLAND
  CAMERON HIGHLANDS
SELAMAT DATANG KE KUALA LIPIS
KUALA LIPIS
SELAMAT DATANG KE MARAN
MARAN
SELAMAT DATANG KE PEKAN
PEKAN
SELAMAT DATANG KE ROMPIN
ROMPIN

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.

DUNIA SEKADAR PERHIASAN

$
0
0
NIKMAT YANG SEMENTARA
Kehidupan ini sekadar
himpunan rasa suka dan duka
Selebihnya himpunan dosa dan pahala
amal kebaikkan dan kejahatan
segalanya akan dipersoalkan
dari mana kemana untuk apa
kenapa dan mengapa?
Beruntunglah jika kita mengetahui
kemana tujuan dan destinasi kita
apa kesudahan dan kemanakah
berakhirnya kehidupan.
Dunia tidak lebih sekadar perhiasan
Nikmat yang melalaikan dan melekakan
Ketahuilah segalanya hanya
nikmat yang sementara.
Kehidupan akhirat yang kekal abadi.

akuanakpahang 21.02.2019

DEFINISI MAKSUD PENGERTIAN NUMISMATIK

$
0
0
Definisi maksud dan pengertian Numismatik - Numismatik adalah kajian atau aktiviti pengumpulan mata wang, termasuk duit syiling, token, wang kertas, dan objek lain yang berkaitan.Koleksi Numismatik terdiri daripada objek purba seperti wang kertas, duit syiling dan token yang telah diedarkan dan digunakan oleh orang ramai.Numismatik mempelajari antara lain, sejarah mata wang itu sendiri, cara ia dibuat, ciri-cirinya, variasi yang didapati, pemalsuannya, sejarah politik pembentukan mata wang ini dan sebagainya. 

Sejarah sebagai peristiwa yang telah berlaku tidak akan memberi banyak manfaat untuk kehidupan sekarang jika kewujudannya adalah demi kebaikan semata-mata.Pengungkapan sejarah masa lalu, membolehkan ditelusuri dari sisa mata wang yang digunakan pada masa itu.Badan kajian yang mengkaji mata wang, seperti duit syiling, wang kertas, token, dan instrumen pertukaran lain adalah apa yang disebut Numismatik.

Sains Numismatik atau mata wang, mengkaji sejarah perkembangan mata wang dari zaman purba sehingga sekarang.Mata wang tertua berasal dari warisan Yunani sekitar 700 SM.Berdasarkan harga bahan, terdapat mata wang yang terbuat dari emas, perak, tembaga, aluminium dan kertas.Di negara-negara primitif (masih tahap prasejarah), tidak biasa bagi mereka untuk menggunakan objek seperti kerang sebagai alat pertukaran.Hari ini kebanyakan negara di dunia membuat mata wang mereka dari kertas.


Maksud Numismatik daripada Wikipedia  : Numismatik (Latin: numism, nomenclature, "duit syiling"; dari bahasa Yunani: νομίζειν nomízein, "menggunakan mengikut undang-undang") adalah kajian atau aktiviti mengumpul mata wang, termasuk duit syiling, token, wang kertas dan benda lain yang berkaitan.Koleksi Numismatik terdiri daripada objek purba seperti wang kertas, duit syiling kuno dan token yang telah diedarkan dan digunakan oleh orang ramai.Numismatik mempelajari antara lain, sejarah mata wang itu sendiri, cara ia dibuat, ciri-cirinya, variasi yang didapati, pemalsuannya, sejarah politik pembentukan mata wang ini dll.

Dewan Bahasa dan Pustaka :  Kajian atau koleksi tentang duit syiling, pingat dan sebagainya.


AAP - Untuk menjadikan anda sebagai seorang peminat ahli numismatik atau meminati hobi numismatik ini. Pertama anda mestilah ada minat yang mendalam tentang numismatik.  Kedua mesti ada ilmu yang dipelajari buku rujukan matawang dan sebagainya. Ketiga bertanya pada sahabat yang sudah lama berkecimpung di arena numismatik ini. Selebihnya modal yang agak besar untuk anda melayan segala item yang anda inginkan untuk koleksi peribadi anda. Jika cabangnya sekadar menyertai numismatik untuk jualan sekeping dua matawang mungkin minat anda tidak kemana.

TASIK CHINI KIAN MUSNAH RISIKO KEHILANGAN RIZAB BIOSFERA

$
0
0
KIAN MUSNAH KEHILANGAN RIZAB BIOSFERA
Tasik Chini menghadapi risiko kehilangan status rizab biosfera yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) jika pembersihan tanah dan perlombongan dibenarkan berterusan secara meluas.

Isu penerokaan hutan bukan sahaja mengundang kepada masalah kepupusan flora dan fauna, malah menyumbang kepada pertambahan kepanasan bumi dan pencemaran alam sekitar. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan undang-undang, syarikat yang menjalankan kegiatan penerokaan hutan tidak mustahil akan bertindak sewenang-wenangnya menebang hutan tanpa menghiraukan langkah pencegahan yang sepatutnya seperti mewujudkan kawasan penampan.

Bagaimanapun, kejadian penerokaan hutan dan perlombongan di Bukit Ketaya dan kawasan berhampiran di Tasik Chini, Pahang, sejak sekian lama sepatutnya tidak berlaku, walaupun kawasan itu dikatakan kaya dengan pelbagai jenis mineral.

Tapak pemuliharaan
dan konservasi biodiversiti


Kawasan berkenaan ialah tapak rizab biosfera pertama di negara ini yang sepatutnya berfungsi sebagai tapak pemuliharaan dan konservasi biodiversiti, selain menyokong pembangunan lestari. Ketika ini, terdapat 651 tapak rizab biosfera dari 120 negara di dunia dengan Tasik Chini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera kerana kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Dengan usaha pelbagai pihak, Tasik Chini yang juga tasik air tawar kedua terbesar di negara ini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera pada 26 Mei 2009. Kedatangan pelancong merosot. Dengan memiliki kekayaan sumber alam yang terdiri daripada 138 spesies flora, 300 spesies hidupan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar, maka tidak hairanlah Tasik Chini muncul sebagai antara destinasi ekopelancongan utama di Malaysia.

Bagaimanapun, kerakusan penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampiran tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar akhirnya mengundang padah.

Maka tidak hairanlah jika statistik menunjukkan jumlah kedatangan pelancong pada 2017 di Tasik Chini menunjukkan kemerosotan kepada 7,000 orang berbanding lebih 16,000 pada 2016.

Pelancong yang berkunjung ke Tasik Chini untuk melihat destinasi yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan tarikan ekopelancongan pasti kecewa apabila mereka akhirnya dihidangkan dengan pemandangan penerokaan hutan, kawasan perlombongan dan air tasik yang semakin keruh. Walhal, Tasik Chini yang mempunyai 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar sepatutnya mampu menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan penangkapan ikan.

Nasib status tapak rizab
Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan.

Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan.

Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakukan pengauditan ke atas tapak rizab biosfera itu pada Mei ini.

Kita percaya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretariat bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia menyedari mengenai apa yang terjadi di Tasik Chini.

Oleh itu, sewajarnya kementerian berkenaan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pendidikan bersama-sama kerajaan Pahang bekerjasama untuk menangani masalah ini, sekali gus memulihara kawasan berkenaan. Sumber : www.bharian.com.my


Lagenda Tasik Chini Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor naga iaitu Naga Sri Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia. Malah, kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan menyerupai bahagian belakang seekor naga. Walaupun terdapat beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa, namun semuanya tidak pernah dibuktikan secara saintifik.

Apa itu Rizab Biosfera : Tasik Chini telah dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009. Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama di negara, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini.

Satu khazanah alam negara yang wajar dihargai, dilindungi dan dikagumi. Tasik Chini adalah sebuah ekosistem dan rizab hidupan liar yang penting dan hak milik segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama sebagai tempat rekreasi dan mencari rezeki, selain menjadi tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai. -Sumber : Google by: akuanakpahang.blogspot.com

HARI TANPA KENDERAAN DI BANDAR KUANTAN

$
0
0
MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengadakan hari tanpa kenderaan membabitkan tiga jalan utama di daerah Kuantan bermula 16 Mac depan.

Setiausahanya, Datuk Hamiza Hamzah berkata, usaha berkenaan adalah inisiatif pihaknya ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemar alam sekitar.

“Tahun ini kita bersetuju untuk mengadakan hari tanpa kenderaan pada minggu kedua setiap bulan dengan kerjasama agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di daerah ini.

“Kita akan menutup laluan untuk tempoh tiga jam bermula 7.30 hingga 10.30 pagi. Jalan-jalan yang akan ditutup sepanjang program itu ialah Jalan Tanah Putih, Jalan Mahkota dan Jalan Besar bermula di Dataran Kuantan berhampiran Ibu Pejabat MPK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PolyKK4Kuantan 2019 di perkarangan Politeknik METRO Kuantan, semalam. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,Mohamad Amin Hamat.

Hamiza berkata, PolyKK4Kuantan adalah program melukis mural anjuran Politeknik METrO Kuantan dengan kerjasama Politeknik Muadzam Shah dan sokongan daripada MPK yang memfokuskan kepada industri hospitaliti dan pelancongan.

“Ia julung kali diadakan oleh MPK dan IPT dengan harapan ia dapat menceriakan persekitaran sekali gus menjadi tarikan terbaru di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dalam perancangan untuk menambah lagi kawasan mural yang akan memfokuskan di kawasan zon budaya iaitu kawasan Jalan Mahkota dan Jalan Besar bertemakan tokoh dan pembesar Pahang.

Menurutnya, selain mampu menjadi tarikan pelancong, mural ini juga dapat memberi penerangan secara lukisan kepada pelancong yang datang supaya mereka dapat mengetahui keistimewaan Kuantan dan juga Pahang secara amnya. Sumber : www.hmetro.com.my

TIPS KETENANGAN HATI DALAM KEHIDUPAN

$
0
0
Zikir Rabbaniyah
Salah satu nikmat Allah yang paling indah adalah ketenangan.Ketenangan adalah situasi apabila kita mengelakkan diri daripada sifat keraguan, ketakutan dan sebagainya.Ketenangan adalah apabila kita berasa bebas dan berasa yakin berhadapan semua kesukaran dan cabaran kehidupan. Dibawah ini adalah perkongsian bagaimana kita boleh memiliki ketenangan dalam kehidupan. 

  • Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Mungkin kita tidak tahu bagimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
  •  Jangan berfikiran negatif terhadap sesuatu yang kita tidak dapat kawal. Sebaliknya, tumpukan perhatian pada apa yang kita ada.
  •  Tidak berlebihan melakukan apa yang kita tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang kita mampu. Jangan terlalu berlebihan.
  • Ketahuilah bahawa tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain daripada diri kita sendiri.
  • Jangan ungkit kesilapan masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiran kita di masa hadapan
  • Berdamailah dengan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.
  • Jangan iri hati dan sombog diri dengan kesenangan orang lain. Anggaplah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya sekadar dengan wang ringgit sahaja.
Untuk lebih memberi ketenangan hati kita boleh sahaja mengamalkan amalan zikir Rabbaniyah ini. Setiap hari, cuba amalkan dalam masa 40 hari. Carilah waktu yang sesuai pasti anda dapat merasai kesannya nanti insya Allah

  • Astaghfirullah Azim - 100 kali
  • Subanallah Wabihamdi Subhanallah Al azim - 100 kali 
  • Lailahailallah - 100 kali
  • HasbiyAllah Wani'mal wakil 100 kali 
  • Suhanallah walhamdulillah walaailahaillallah wallahuakbar - 100 kali 
  • Lahaulawala quwwata illa billahil'alihil azim - 100 kali
  • Allahumma salli' ala Saydina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim - 100 kali
Semoga perkara diatas dapat kita amalkan bersama dan memberi seribu kebaikkan untuk kita semua. Selamat beramal. akuanakpahang.blogspot.com

DAERAH MARAN ANTARA STATUS GELOMBANG HABA TERTINGGI

$
0
0
Cerapan yang telah dilakukan oleh Malaysian Meteorological Department mendapati Daerah Maran, Pahang, diikuti oleh Kepong, Muar, Kuala Kangsar, Kinta, Sik, Kota Star, Kubang Pasu dan Chuping. Mempunyai TAHAP Gelombang haba pada tahap  1 Berjaga-jaga.

Status Gelombang Haba 24 Februari 2019 SEHINGGA 26 Februari 2019 Tahap 1 (BERJAGA-JAGA) : Suhu maksimum harian 35-36.9C Sekurang-kurangnya tiga (3) hari berturut-turut. Data di atas adalah berdasarkan rekod sehingga hari semalam 24 Feb 2019. Ianya dikemas kini setiap hari. Terima kasih. Sumber :Malaysian Meteorological Department 

KENAPA PAHLAWAN MAT KILAU BERPURA-PURA MATI?

$
0
0
MAT KILAU
Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau ma,ti kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura ma,ti dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang m,ati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !
MAT KILAU

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap m,ati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura m,ati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah ma,ti di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kem,atian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela m,ati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan m,ati di tali gantung mereka !”

Bissirril Fatihah ❤️ Pejuang Tanah Melayu.
Artikel Kredit : Dipetik dari FB Lesung Batu Mak Tok Leuna Hair Cream

@ Artikel Copy paste sekadar perkongsian, pembacaan dan pengetahuan bersama.
akuanakapahang.blogsopt.com

 

SULTAN PAHANG BERSAMA GELARAN

TIDUR DIDALAM KERETA BOLEH MEMBAWA MAUT

$
0
0
BAHAYA TIDUR DIDALAM KERETA
BAHAYA TIDUR DIDALAM KERETA
Ramai pemandu yang berhenti di kawasan rehat R&R dan tempat yang bersesuai untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Namun, tahukah anda tidur didalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup bersama pendingin hawa boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida (CO).

BAGAIMANA GAS CO BOLEH MEMBUNUH?

  • Apa bila enjin dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku  daripada ekzos & masuk ke kabin penumpang.
  • Karbon monosida tidak berbau dan tidak berwarna, jadi anda tidak akan sedar yang anda sedang menyedut gas tersebut.
  • Gas CO mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam bahagian tubuh manusia, menyebabkan kerosakan organ.
  • Kepekatan gas CO yang tinggi dalam darah boleh membunuh.
Pendapat bahawa menurunkan sedikit cermin kenderaan boleh mengelakan keracunan gas bukanlah suatu tindakan yang tepat. Sebaiknya keluar daripada kenderaan dan berehat ditempat yang mempunyai kitaran udara yang lebih baik, selamat dan segar.

Nota penting: Pastikan pendingin hawa kenderaan anda diperiksa dan diselenggarakan mengikuti jadual   atau sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan sekali. Bagi mengelakkan insiden tidak sepatutnya berlaku. akuanakpahang.blogspot.com

GULA KABUNG KUALA LIPIS PAHANG

$
0
0
EKSPLORASI MAKANAN MENARIK DI LIPIS : GULA KABUNG
Pernah mendengar Gula Kabung ?? Apa bezanya dengan gula biasa ?? Gula Kabung mendapat nama daripada Pokok Kabung. Ianya amat sinonim dengan Kawasan Benta, Lipis. Manakan tidaknya, Benta boleh dilabelkan sebagai hub pengeluaran Gula Kabung di Pahang terutama di Kg. Peruang dan Kg. Budu. Gula Kabung dari Benta ini langsung tidak menggunakan bahan kimia, sebaliknya dimasak secara tradisional. Gula Kabung banyak digunakan dalam masakan harian, kuih muih, dodol dan malah ada yang menggunakannya sebagai penganti gula biasa untuk minuman seperti kopi O'.

Mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir, ianya kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Niacin, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat Protein.Walaupun lebih baik berbanding gula biasa, jangan makan berlebihan pula. Mungkin padah pula nanti. Apa pun pengambilan makanan bergula ini kenalah berpada.
Jom Ke Pekan Benta, Kuala Lipis untuk mendapat gula kabung ini. Pasti sesegar buatan semulajadi daripada kampung.
Sumber : Majlis Daerah Kuala Lipis

ZIARAH MASJID ULU CHEKA DAN MAKAM PAHLAWAN PAWANG NONG JERANTUT

$
0
0
MASJID ULU CHEKA JERANTUT
Hari ini penulis sempat berkunjung ke kampung Ulu Cheka Jerantut sambil menjalan tugasan dan sempat singgah dan melihat masjid baharu yang telah siap dibina iaitu Masjid Baharu Kariah Mukim Ulu Cheka Jerantut yang baru siap dibina. Serta menziarahi makam Pahlawan Pawang Nong yang bersebelahan dengan masjid tersebut. Untuk makluman makam Pawang Nong ini terletak didalam kawasan masjid tersebut.

Menurut info daripada penduduk setempat : Tarikh sebenar kematian Pawang Nong telah dicatat pada hari khamis bersamaan 11 November 1976. Namun pada info yang tercatat dipusaranya tercatat tahun 1977. Telah dikebumikan pada hari jumaat dengan penuh adat istiadat ketenteraan Askar Melayu dan diarak ke kubur oleh Askar Melayu pada ketika itu. Alfatihah untuk pahlawan bangsa amin. Sumber : akuanakpahang.blogspot.com

GUGUSAN FELDA KOTA GELANGGI JERANTUT

$
0
0
GUGUSAN FELDA KOTA GELANGGI 1,2,3,4,5, & 6 JERANTUT
Hari ini ronda-ronda sekitar Gugusan Felda Kota Gelanggi. Gugusan Felda Kota Gelanggi ini terbahagi kepada beberapa bahagian Felda Kota Gelanggi 1&3, 2&4 dan 5&6 hanya Felda Kota Gelanggi 1,2,3,4  sahaja yang ada peneroka tanah rancangan FELDA. Kota Gelanggi 5 dan 6 hanya menyediakan rumah untuk staff dan pekerja sahaja.
 
Persimpangan masuk ke Felda Kota Gelanggi 5&6
Untuk makluman Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 memasuki persimpangan yang sama didalamnya terdapat Felda Kota gelanggi 3 Begitu juga Felda Kota Gelanggi 2 juga memasuki persimpangan yang sama didalamnya terdapat Felda Kota Gelanggi 4. Sementara Felda kota gelanggi 5 &6 tida peneroka hanya ada rumah staff dan pekerja sahaja.

CUACA PANAS MELAMPAU PARAS SUNGAI TEMBELING SURUT LUAR BIASA

$
0
0
Jerantut, 4.3.2019 - Cuaca panas melampau sejak beberapa minggu lalu menyebabkan paras air di Sungai Tembeling surut luar biasa.

Dibeberapa kampung di Ulu Tembeling penduduknya menyuarakan kerisauan mereka berikutan kepayahan perhubungan. Rata-rata mereka masih lagi menjadikan sungai sebagai laluan dengan penggunaan bot sebagai pengangkutan penting disana.
Walaupun jalan raya dari Kg. Bantal di Ulu Tembeling sudah siap dibina namun penduduk disana masih lagi menggunakan sungai dan bot sebagai perhubungan utama dari sebuah kampung ke kampung lain. Beberapa buah kampung yang terlibat adalah Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal, Kg. Mat Daling serta Kg. Gusai.

Dibeberapa kawasan penduduk kampung dilaporkan boleh menyeberangi sungai dengan hanya berjalan kaki sahaja dan tidak lagi memerlukan bot. Kredit: Info dan foto dari group whatsapp GPJ.

SIAPAKAH MAHU CAKNA?
Sungai semakin tohor dan kian kontang!
Hutan tadahan air terus dinodai, digondol
Rakyat menderita dan meratapi segala jerih perih ini !
Perakus Alam terus bermaharajalela !

KEMALANGAN KENDERAAN BERAT DI BUKIT ATAP KUALA TEMBELING BERPISAH TIADA !

$
0
0
Sebahagian koleksi kemalangan di Bukit Atap Kuala Tembeling Jerantut. Sering kali kenderaan berat mengalami kerosakan dan kemalangan di kawasan Bukit Atap berhampiran jambatan Sungai Kerak, Kuala Tembeling ini  Difahamkan, lokasi berkenaan sering berlaku kemalangan terutama melibatkan kenderaan berat kerana kawasan berbukit yang tinggi. Pasti situasi ini bukan sahaja menyusahkan mereka yang sering menggunakan laluan ini. Lebih daripada itu situasi bahaya jika kita melalui laluan tersebut. Jom kita lihat koleksi gambar dan berita berkaitan kemalangan yang sering berlaku dikawasan ini.  
 
Koleksi berita yang berkaitan : 
Treler bawa muatan baja terbalik, Jalan Jerantut-Kuala Lipis ditutup kedua-dua arah 

Treler melintang laluan Jerantut-Lipis tidak boleh dilalui

Mungkin sebelum ini banyak lagi kes kenderaan berat yang kemalangan disini yang tidak diberitakan hanya dimuat naik gambarnya di facebook sahaja.


Permasalahan sehingga ke hari ini masih tidak ada suatu tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa untuk memperbaiki laluan ini? Di kawasan ini rasanya tiada suatu amaran yang diletakkan contohnya kawasan bukit tinggi, kawasan sering berlaku kemalangan dan paling baik diletakkan tanda amaran kenderaan melebihi had muatan dilarang untuk menaiki bukit ! Ini adalah sebahagian koleksi kemalangan disana yang dilaporkan, mungkin sebelumnya masih banyak lagi kemalangan yang tidak dilaporkan.


AAP - Persoalan sampai bila? apakah tindakan sebaiknya oleh pihak berkuasa? Bagi menangani permasalah ini?  Pakai baju ukurlah badan sendiri, menaiki bukit pada kenderaan berat ukurlah muatan !



INFORMASI ETOK @ ETAK

$
0
0
ETAK ETOK SUNGAI PAHANG
Etak @ Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.

Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan etok @ etak yang merujuk kepada kerang sungai. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.

Habitat

Etok umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-neger pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.

Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.

Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir. Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi. Sumber Wikipedia

Penyediaan masakan etak
Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai. Proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu, ianya akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok. Etak kemudian direndam di dalam air sebelum diperap dengan campuran bawang putih, halia, serai, halba dan garam secukup rasa selama dua jam etak disalai menggunakan sabut kelapa selama sejam setengah dan kalau cuaca panas,

Cara memakan etak
Bagi orang yang tidak biasa memakan etak, ianya agak berbahaya kerana gigi anda mungkin sumbing! Betul, kulit etak harus dibuka menggunakan gigi. Namun begitu, membuka kulit etak ada teknik tersendiri, sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etak itu sendiri.
Bagi orang Kelantan, mereka hanya membuka kulit etak dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etak tersebut. Peringatan, setelah anda memakan etak, elakkan terus meminum air terutama air batu, kerana perut anda mungkin sakit. Sumber Google.

AAP - Etak banyak terdapat di sungai Pahang pada musim air surut dan kemarau, pun begitu mungkin etak tidak sepopular sebagai makanan seperti di negeri Kelantan dan Terengganu. Biasanya etak di jual dengan harga RM5.00 sebungkus. Etak banyak terdapat dijual di pekan sehari sekitar negeri Pahang. Apa pun, anda mestilah ada kepakaran untuk makan etak ini, memakan etak seumpama memakan kauci. Kalau tidak pandai mungkin anda tidak dapat memakan etak dengan cara yang betul.




LARANGAN MENGUTIP ETAK DI SUNGAI PAHANG

$
0
0
Etak adalah makanan jajan (comfort food) untuk penduduk di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya di Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Etak hanya dimakan seperti kacang rebus, bukan dimasak sebagai lauk pauk.

Etak tidak direbus, sebaliknya ia disalai/asap (selepas digaul dengan garam/rempah dan ada juga hanya dengan menjemur di bawah cahaya matahari. Memandangkan etak adalah "filter feeder", risiko utama ialah pemakan boleh dijangkiti penyakit berjangkit "gastrointestinal diseases" seperti taun (cholera), demam kepialu (dysentery) dsbnya.

Isu terkini mengenai etak ialah kerana pengutipan etak yang berleluasa kerana banyak "sandbanks" di Sungai Pahang terdedah selepas kemarau yang luarbiasa. Pengutipan etak adalah dilarang mengikut enakmen perikanan Negeri Pahang Darul Makmur. Baca penjelasan terperinci dari Sdr Adnan Hussain, Pengarah Perikanan Negeri Pahang di bawah:

PENJELASAN DARI PENGARAH PERIKANAN NEGERI PAHANG 2016

• Perkara ni dah lama kita kuat kuasakan selaras dengan Kaedah Perikanan Sungai 1991 Negeri Pahang ...
• Utk makluman mengutip etak adalah merupakan satu kesalahan di negeri Pahang ....
• Larangan ini dibuat selepas kajian yg mendapati etak adalah antara makanan utama bagi patin muncung dan patin buah .....
• Tujuan untuk melindungi etak adalah secara tidak langsung untuk melindungi ikan patin muncung dan patib buah ...
• Ikan temelian pun makan etak jugak ..
• Jadi larangan tu memang ada bawah peraturan ...
• Cuma kalau orang kampung nak kutip sikit sikit untuk makan tidaklah menjadi halangan ...
• Cuma yang kutip berguni guni dan eksport keluar tu yang kita beri perhatian serius ..
• Kalau setakat nak makan tidak menjadi isu besar ....
• Sebenarnya etak selain dari menjadi makanan patin dan temelian sering dikutip oleh pihak yang tertentu untuk dijual keluar dari negeri Pahang ...
• permintaan etak yang tinggi datangnya dari negeri Kelantan ...
• usaha ini juga untuk melindungi kepentingan sumber perikanan di negeri Pahang ...
• sekiranya semua pihak hendak menarik balik larangan mengutip etak ini pihak Jabatan Perikanan akur dan akan menarik balik larangan tersebut ...
• cuma kalau dapat biarlah cadangan tu secara bertulis supaya kita boleh jadikan asas untuk meminda peraturan.

AAP - Sekadar dikutip untuk dijadikan makanan sekeluarga mungkin tidak meninggalkan kesan sangat. Namun jika di kutip bagi tujuan perniagaan komersial dan sebagai barangan dagangan dan jual sememang dilarang keras. 

TASIK ANGSANA HEIGHTS, JERANTUT

$
0
0
Tasik Angsana Heights, Tasik buatan di Taman Angsana Heights. Jika dilihat menarik juga. 'Menoman' boleh agaknya bagi kaki pancing. Asalnya ada parit kecil atau sungai kecil sebelum terbina taman perumahan tersebut. Sehingga pemaju membuat tempat takungan sehingga terbentuk mini tasik ini. Lokasi bersebelahan Taman Mawar Jerantut. Pesanan awasi anak-anak kecil anda yang tinggal dipersekitaran tasik ini. Difahamkan kawasan ini juga menjadi tarikan kanak-kanak untuk bermain. Dibimbangi malang tidak berbau akan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

KHASIAT DAN KELEBIHAN BATU MANI GAJAH.

$
0
0
Banyak sekali khasiat dan kelebihan batu mani gajah ini bila kita buat carian didalam Google. Namun penulis sekadar berkongsi akan faktanya sahaja. Sedang kebenarannya tidaklah dapat ditentukan. Apapun, semuanya diatas usaha dan untung nasib kita yang telah ditentukan oleh Allah jua.

Jenis-jenis batu mani gajah.

1. Warna kuning keputihan
2. Batu akik mani gajah putih 
3. Batu akik mani gajah coklat madu

Khasiat dan kelebihan Batu mani gajah.Mengenai kelebihan dan khasiat Batu Mustika Mani Gajah untuk memulihkan kemanisan pasangan, menarik, hati-hati, pembukaan diri-aura, menarik pasangan untuk menjadi tunduk, harmoni dan mengisi rumah, melepaskan hubungan / pemimpin / bos, meningkatkan kepercayaan, pagar penggunaan dan meningkatkan kerja dan perdaganganAnda berada dalam menarik pelanggan, yang jelas khusus untuk perniagaan memikat dan melembutkan hati.Untuk masalah pesanan, ia bergantung kepada rizab setiap individu bagaimana bertindak sebagai balasan.

 Gajah Mani secara semulajadi memancarkan mempunyai faedah lain termasuk:
  • Manfaat merapatkan hubungan jadi anda boleh mencairkan kekasih atau kenalan baru anda dengan mudah.
  •  Mengeluarkan tarikan semula jadi jadi anda kelihatan berbeza dan mudah diterima di mana sahaja anda berada.
  • Buka kecantikan / kecantikan aura: Anda akan kelihatan lebih cantik / kacak.
  • Pelancaran perlawanan: cara untuk memudahkan mendapatkan dan membawa pasangan.
  • Mencegah kecurangan : jadi pasangan anda akan lebih setia kepada anda.
  • Bawa keluar karisma: Anda mempunyai kuasa karisma semula jadi dan tanpa orang yang mengetahui cengkaman anda.
  • Meningkatkan kuasa: Anda akan dihormati dan dihormati oleh sesiapa sahaja yang anda jumpai.
  • Menikmati pasangan seks / lawan anda, atau serupa: Tambah daya tarikan pasangan anda.
  • Kesetiaan pasangan yang mengikat: kekasih atau pasangan anda menjadi lebih setia. 
  • Meningkatkan keyakinan diri: jiwa berani anda akan meningkat tajam.
  • Menyelaraskan ahli keluarga: Isi rumah menjadi lebih harmoni dan damai
  • Harmoni rumah tangga: Rumah tangga yang anda mahukan akan direalisasikan, harmoni, dan romantis dan utuh.
  •  Jadikannya mudah untuk kenalan baru (persahabatan) Membuat anda mudah untuk mendapatkan kenalan baru atau lebih cepat mesra.
Menarik bermaksud: Anda boleh menggunakan Batu Mani gajah untuk menarik hati, niat baik.
Alat tenaga Magnet Cinta: Anda mempunyai daya cinta yang magnetik, begitu banyak orang yang menyukai anda. Akhir kata jangan menaruh harapan sepenuhnya pada batu ini sahaja. Segalanya di atas kehendak dan kententuan Allah jua.

KEMARAU SUNGAI PAHANG DI KAMPUNG PESAGI, CHENOR

$
0
0
20.03.2019 -  Keadaan kemarau Sungai Pahang di kampung Pesagi, Chenor yang terletak di daerah Maran, Pahang,. Adalah sebuah pekan dan mukim yang terdiri daripada beberapa buah kampung kecil. Antara kampung yang utama ialah Kampung Chenor, Kampung Baru, Kampung Bukit Bota, kampung Tanjung Memalau. Kampung Raja, Kampung Sembai, Kampung Kening, Kampung Batu Bor, Kampung Sekara, Kampung Baru, Kampung Huma Luas, Kampung Pesagi, Kampung Chenor Seberang, Kampung Tebing Tembah dan Kampung Nyak Kertau.Aktiviti utama penduduk di kampung pedalaman adalah menoreh getah, menternak ikan sangkar dan bercucuk tanam. Dalam menghadapi zaman globalisasi ini, ramai anak muda kampung berhijrah ke bandar mencari pekerjaan yang tetap. Sumber gambar Facebook.
Viewing all 985 articles
Browse latest View live