Menurut info dan sejarahnya pada 4 Februari 1957, bangunan sekolah yang didirikan. Pada hari pertama persekolahan dibuka seramai 23 orang murid didaftarkan iaitu 13 orang untuk memasuki sekolah untuk Darjah Satu dan 10 orang pula akan belajar ke Darjah Dua.
Encik Mohamad Mohd Amin adalah guru dan juga guru besar pertama sekolah itu. Encik Mohamad Said, guru pelawat Jerantut turut hadir bagi merasmikan bangunan sekolah tersebut.
Selama 8 tahun dirikan, murid sekolah itu kian bertambah, pelbagai usaha telah dilakukan dengan mendirikan bangunan tambahan yang didirikan secara gotong royong, namun keadaan sekolah itu tidak dapat menampung murid yang semakin bertambah.
Pada bulan Mac 1963, sekolah ini mula mengadakan sesi dua sidang iaitu sidang pagi dan petang. Keadaan ini berterusan sehinggalah kerajaan memperuntukan bangunan dan tapak baru yang terletak di kawasan sekolah yang sedia ada sekarang.
Pada 10 Januari 1965, Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut mula menggunakan bangunan kayu mengandungi enam bilik darjah dan bangunan itu digunakan bagi menampung keperluan.
Kepesatan bandar Jerantut semakin berkembang, penduduknya semakin bertambah,pada tahun 1974, kekurangan bilik darjah mendesak kembali. sekolah terpaksa mewujudkan kembali sekolah dua sesi bagi menampung murid yang bertambah.
Terkini bangunan ini masih digunapakai untuk kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Kredit gambar : akuanakpahang.blogspot.com & FB Potret Jerantut.