Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 983 articles
Browse latest View live

SENARAI LENGKAP NAMA, GAMBAR, DAN TANDATANGAN GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA

$
0
0
Gabenor Bank Negara :  Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara). Sejak penubuhannya pada tahun 1959, Bank Negara Malaysia sudah mempunyai tujuh orang Gabenor. Berikut dikongsikan informasi, sejarah, gambar, senarai nama dan tandatangan Gabenor BNM (Bank Negara Malaysia) daripada dulu hingga sekarang. 
1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959-1962)
Mungkin ramai yang tidak tahu Gabenor pertama BNM adalah orang Australia, Tan Sri William Howard Wilcock (WH Wilcock). Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Malaya sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau pada ketika itu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).

Pada 26 Januari 1959, Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Gabenor pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai "Bank Negara Tanah Melayu" untuk tempoh 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menyambung kontrak beliau selama 6 bulan sebelum beliau bersara pada 25 Julai 1962. Tanda tangan beliau tidak diperolehi.
2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980)
Orang Malaysia pertama yang menjadi gabenor BNM adalah Tun Ismail Mohamed Ali. Tun Ismail dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang. Beliau adalah abang kepada isteri Mantan Perdana menteri Malaysia, Toh Puan Siti Hasmah Mohamed Ali. Tun Ismail berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff dan telah meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1960 beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu. Beliau mula menjawat jawatan Gabenor Bank Negara pada 26 Julai 1962 sehingga 26 Julai 1980. Semasa hayatnya beliau telah menetapkan tanda aras kepada nilai-nilai teras Bank Negara dengan menerapkan budaya akauntabiliti, profesionalisme, integriti dan perkhidmatan.
3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980-1985)
Tan Sri Aziz Taha mula menyertai Bank Negara pada tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan. Beliau yang diketahui umum sebagai anak murid kepada Tun Ismail dilantik mengantikan mentornya pada 26 Julai 1980 dan meletakkan jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985, tempoh perjawatan beliau sepatutnya tamat pada Jun 1985. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan Menteri Kewangan pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin. Bagi beliau, Objektif utama setiap bank pusat adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi, sistem kewangan dan membantu dan menasihati kerajaan mengenai dasar kewangan dan fiskal yang kukuh.
4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985-1994)
Sebaik Tan Sri Aziz melepaskan jawatan, kerajaan telah melantik Tan Sri Jaffar Hussien pada 7 Mac 1985. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1931 di Muar, Johor. Sebelum beliau dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank. Ketika beliau mentadbir Bank Negara Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988. Beliau juga adalah salah seorang yang menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.

Pada pendapat saya, beliau lebih terkenal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian berbillion Ringgit Bank Negara didalam Pelaburan Forex. Pada tahun 1992, BNM telah rugi hampir RM10billion didalam perdagangan matawang Forex dan pada 31 Mac 1994, sekali lagi BNM mengumumkan kerugian sebanyak RM5.7billion didalam pelaburan forex pada tahun sebelumnya. Menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dan meletakkan jawatan pada 1 April 1994.
5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994-1998)
Tan Sri Ahmad Mohd Don menjadi gabenor kelima Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 1994. Pada bulan Mei 1994, beliau telah dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun dan pada Mei 1997, beliau telah dilantik semula untuk tempoh tiga tahun. Ketika beliau mentadbir BNM, Asia dilanda serangan spekulasi mata wang.

Tan Sri Ahmad Mohd Don kerapkali diserang oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana dasar kewangannya yang ketat. Tun Mahathir kemudiannya mengenakan kawalan modal, menambat Ringgit kepada Dollar US dan juga mengurangkan kadar faedah pinjaman. Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Fong Weng Phak, telah meletakkan jawatan pada 1 September 1998 kerana dikatakan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tersebut.

6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998-2000)
Pada 7 September 1998, Tan Sri Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor keenam Bank Negara Malaysia (BNM). Dilahirkan di Pulau Pinang, Ali Abul Hassan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh tahun sehingga 5 September 1998. Apabila beliau mengambil alih sebagai Gabenor BNM, Asia sedang mengalami krisis kewangan. Ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap USD$1 pada September 1998. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau mengamalkan dasar proaktif dan mesra perniagaan untuk memulihkan ekonomi. Fokus utama beliau adalah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dengan inisiatif khusus bagi merangsang pelaburan domestik dan asing.

Pada 29 Julai 1999, BNM mengumumkan program penggabungan bagi sektor perbankan domestik. Pelan asal pada ketika itu adalah untuk 55 institusi perbankan Malaysia bergabung ke dalam 6 bank utama. Keperluan untuk Bank tempatan bergabung menjadi penting apabila organisasi perdagangan dunia memberi tekanan kepada negara untuk membuka pasaran kewangan mereka kepada bank asing. Pada bulan Ogos 1999, penggabungan 6 bank utama di Malaysia bermula. Bank utama ialah Malayan Banking Bhd, Bank of Commerce (M) Bhd / Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Bhd, Southern Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd dan Multi-Purpose Bank Berhad. Pada bulan Oktober 1999 Semua 58 institusi perbankan domestik, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan telah menandatangani satu memorandum persefahaman berkenaan dengan program penggabungan. Beberapa bulan kemudian, BNM memansuhkan pelan tindakan tersebut dan membenarkan bank untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri dalam penggabungan dijangka selesai pada Disember 2000.

Beliau telah meninggal dunia pada 25 Mac 2013 pukul 4.45 petang disebabkan oleh masalah jantung dan paru-paru di rumahnya di Kemansah Height, Taman Melawati dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kemensah Height.Tan Sri Ali Abul bersara sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000 dan digantikan dengan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
7. Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
Di lahirkan pada 27 Ogos 1947 yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004. Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011 sehingga sekarang.

Sumber dirujuk dan kredit : New Straits Times, The Star, Buku Warisan Numismatik, Wikipedia dan Malaysiancoin.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SUNGAI PAHANG KIAN TERCEMAR, KERUH DAN BERKELODAK NILAILAH SENDIRI !

$
0
0
 
Nilai dan lihatlah sendiri keadaan air sungai Pahang di Kuala Tahan ini! Pastinya jika perkara ini tidak dibendung daripada sekarang. Bukan perkara mustahil satu hari kelak khazanah negara yang bernama sungai ini akan lenyap daripada segala kemegahan, keindahan dan akan hilang segalanya!

Semua ini berpunca daripada aktiviti pembalakan, penerokaan hutan, perlombongan bijih yang menyebabkan pencemaran sungai dan alam sekitar. Amatlah disarankan mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti tersebut diminta berfikirlah beribu kali akan kesan dan akibat buruk yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat umum. Kerana sungai adalah sumber keperluan air utama untuk kehidupan. Tidak kurang ianya juga sebagai punca rezeki pendapatan daripada hasil ikan sungai Pahang.

Diwaktu ini tidak ada perkara yang dapat kita banggakan dengan Sungai Pahang ini.  Hari ini tiada lagi aktiviti bermandi manda kerana air sungai terlalu keruh akibat pencemaran. Wajarlah saranan daripada mereka yang tertentu bahawa Penjenayah Alam sekitar ini perlu didakwa. Apakah ini hadiah daripada kita untuk generasi akan datang nanti? Selamatkan bumi Pahang yang bertuah ini ! Sumber Gambar daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENGIDAP SAKIT MENTAL!

$
0
0
Mengikut lapuran Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendedahkan bilangan rakyat negara ini yang menghidap penyakit mental yang serius kini berada pada tahap membimbangkan apabila secara purata tujuh orang daripada mereka didiagnos mengalami skizofrenia setiap hari. Ketika ini sebanyak 2,500 kes baharu dilaporkan pada setiap tahun. Mereka yakin masih ramai pesakit skizofrenia yang tidak dirujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya.

Dijangkakan menjelang 2020, penyakit mental akan menjadi penyakit kedua terbanyak dalam kalangan masyarakat di negara selepas penyakit jantung. Dianggarkan lebih 25,000 pesakit tersebut tidak mendapat rawatan dan jumlahnya dijangka terus meningkat setiap tahun berikutan skizofrenia merupakan pesakit mental yang paling banyak mendapat rawatan di wad serta rawatan pesakit luar di hospital. Mengikut lapuran berkenaan.

Tanda/ Gejala/Simptom Skizofrenia/Sakit Mental

1. Pesakit akan merasa seperti ada orang ingin membunuhnya, mengalami halusinasi, delusi, pendek kata dia mengalami kecelaruan tanggapan.

2. Proses fikiran pesakit skizofrenia biasanya terganggu dan ini membuatkan pesakit mempercayai perkara-perkara yang tidak benar, walaupun telah berkali-kali diberi penjelasan.

3.  Orang yang mempunyai simptom skizofrenia ini akan menganggap semua perkara sebagai serius, dia sering menganggap sesuatu yang tidak logik itu sebagai logik, kadang kala dia merasa orang lain boleh baca fikiran dia.

4. Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.

5. Suka bercakap dan ketawa bersendirian.

6. Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.

7. Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.

8. Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.

9.Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.

10. Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.

11. Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.

12. Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.

Moralnya perasaan juga amat perlu dikawal jangan sampai tidak boleh terkawal buruk padahnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PENGULAS SUKAN ASTRO ARENA BERTARAF KAMPUNG ?

$
0
0
Merujuk pada perlawan bolasepak hari semalam 05.05.2014 diantara Pahang dengan JDT. Pengguna di halaman Facebook hari ini ada yang sedikit kecewa dan terasa hati terhadap pengulas sukan Arena Astro  yang mengatakan pemain pasukan Pahang bermain bertaraf  kampung?

Moralnya bila berkata-kata jangan ikut perasaan atau sesedap rasa sahaja. Fikirkan sama sensertif orang lain. Jangan ikut perasaan nak cakap dekat orang taraf kampung. Ada juga yang mempersoalkan yang bercakap itu taraf dunia? Kena banyak berlajar lagi gamaknya jika ingin menjadi pengulas sukan yang terbaik. Bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang, cakap malam jenguk-jenguk.  Sumber Facebook

AAP - Moralnya beliau kena memohon maaf pada pemain pasukan Pahang khasnya dan orang Pahang secara amnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

100 MAKSUD DAN MAKNA PERIBAHASA MELAYU DAHULU

$
0
0
Peribahasa melayu dahulu begitu mendalam akan maksudnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian kita dihari ini sudah tidak mengetahui akan maksudnya. Berikut sedikit perkongsian peribahasa melayu dahulu :

1.Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan maksud peribahasa tidak mahu mengakui kebenaran;

2. Elok kata dlm muafakat, buruk kata di luar muafakat maksud peribahasa kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat;

3. Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan maksud peribahasa memungkiri janji dgn tiba-tiba

4. Katak di bawah tempurung maksud peribahasa orang yg teramat picik pengetahuannya;

5.Katak ditimpa kemarau maksud peribahasa berkeluh-kesah dgn tidak keruan;

6. Katak hendak jadi lembu maksud peribahasa ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb);

7.Alim bagai katak tepi airmaksud peribahasa orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya;

8.Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu maksud peribahasa orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi;

9. Laksana katak , sedikit hujan banyak bermain maksud peribahasa orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil;

10. Tak akan ada katak beranak ular maksud peribahasa a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);

11. Terkilap-kilap bagai katak disemburi maksud peribahasa tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan;

12. Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun maksud peribahasa orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.

13. Sekati sama berat, diuji sama merah maksud peribahasa sama tinggi darjatnya;

14.Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah maksud peribahasa hidup mati terletak di tangan Tuhan

15.Kaut laba dgn siku maksud peribahasa sentiasa hendak beroleh untung banyak;

16. Umpama burung tumpang beramai dgn kawan banyak maksud peribahasa perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.

17. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yg diadang maksud peribahasa tipu muslihat yang tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;

18. Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramaimaksud peribahasa hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani;

19. Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak maksud peribahasa perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak;

20. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi maksud peribahasa sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah;

21. Orang kaya suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia maksud peribahasa orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian);

22. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang maksud peribahasa hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;

23. Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan maksud peribahasa pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya;

24. Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat maksud peribahasa kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya;

25. Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan maksud peribahasa orang yg tidak sempurna akal fikirannya;

26. Kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut maksud peribahasa orang yg banyak kawan tidak takut akan susah;

27. Bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus maksud peribahasa orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa;

28. Besar kayu besar dahannya = gedang kayu gedang dahannya maksud peribahasa apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya;

29. Dimana kayu bengkok, di sanalah musang meniti maksud peribahasa tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri;

30. Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu maksud peribahasa kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi;

31. Laksana pohon kayu tidak berbuah maksud peribahasa ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna;

32. Seberat-berat kayu terapung juga dalam air maksud peribahasa fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut;

33. Tak kayu jenjang dikeping maksud peribahasa dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud;

34. umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan maksud peribahasa nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi;

35. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri maksud peribahasa orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;

36. Kayuh sambil bertimba (ke hilir) maksud peribahasa dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak;

37. Malu bertanya sesat jalan, malu kayuh perahu hanyut maksud peribahasa kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;

38. Kebat erat membuhul mati maksud peribahasa menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi;

39. Kebat erat-erat membuhul mati-mati maksud peribahasa membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna;

40. Kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang maksud peribahasa orang yg tetap pendiriannya

41. Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut maksud peribahasa orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya)

42. Kecek anak Melaka maksud peribahasa gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi);

43. Kecek bagai bunyi merendang kacangmaksud peribahasa percakapan yg tidak keruan;

44. Kecek bagai ketiak ularmaksud peribahasa percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan);

45. Kecek berlauk-lauk, makan dgn sambal lada maksud peribahasa, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll)

46. Kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa maksud peribahasa pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda);

47. Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak maksud peribahasa kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa

48. Kecong-kecoh bertimbang ciak maksud peribahasa setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup;

49. Kecubung berulam ganja maksud peribahasa sama-sama jahat;

50. Menggetil puncak kedal orang maksud peribahasa menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan

51. Laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) maksud peribahasa orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya

52. Putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat maksud peribahasa keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang;

53. Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji maksud peribahasa mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;

54. Tidak kekal bunga dikarang maksud peribahasa perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya;

55. Kelahi di ekor alahan maksud peribahasa memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai;

56. Kelahi dalam mimpi maksud peribahasa a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja;

57. Kelahi dengan orang tak berambut maksud peribahasa berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;

58. Bagai kelahi dlm kapuk (kepuk) maksud peribahasa perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan;

59. Kelam disigi, lekung ditinjau maksud peribahasa sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama;

60. Seperti kelapa ditebuk tupai maksud peribahasa gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).

61. Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran maksud peribahasa terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri

62. Kelekatu hendak terbang ke langit maksud peribahasa berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil;

63. Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati lakunya maksud peribahasa umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya;

64. Di mana kelentung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam maksud peribahasa di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.

65. Seperti keli dua selubang maksud peribahasa seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih.

66. Tidak kelih mau tengok maksud peribahasa mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya

67. Jahit sudah, kelindan putus maksud peribahasa selesai semuanya;

68. Lalu penjahit, lalu kelindan maksud peribahasa apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.

69. Tak kelipat perut maksud peribahasa tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia.

70. Seperti kelopak pandan maksud peribahasa menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan:

71. Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti gambar dilarik; tinggal kelopak salak maksud peribahasa habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan)

72. Bagai jawi ditarik keluan maksud peribahasa menurut sahaja semuanya;

73. Menjilat keluan bagai kerbau maksud peribahasa sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan);

74. Putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung maksud peribahasa perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan);

75. Bagai keluan bebar petang maksud peribahasa berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.

76. Keluh(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran maksud peribahasa Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;

77. Salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang maksud peribahasa a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.

78. Apakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau maksud peribahasa tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain;

79. Gaharu dibakar, kemenyan berbau maksud peribahasa memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang

80. Patah kemudi dengan ebamnya maksud peribahasa tidak ada harapan lagi;

81. Kena batang hidung sendiri maksud peribahasa menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll);

82. Kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala maksud peribahasa sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan;

83. Kalau kena tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut maksud peribahasa kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan

84. Kenal-kenal Cina maksud peribahasa baru kenal (belum mesra lagi);

85. Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari maksud peribahasa murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);

86. Orang yg kenyang, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga maksud peribahasa orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah

87. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut maksud peribahasa a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan

88. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain maksud peribahasa manusia berlain-lainan pendapat;

89. Diberi (di) bahu hendak (ke) kepala maksud peribahasa diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan);

90. Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan maksud peribahasa pada lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali;

91. Silap mata pecah kepala maksud peribahasa jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana;

92. Tidak tentu kepala ekor maksud peribahasa a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun

93. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang maksud peribahasa sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan

94. Kepit daun kunyit maksud peribahasa Mn memuji diri sendiri;

95. Kepit kepala harimau maksud peribahasa menggertak (menakut-nakutkan) orang dengan mempergunakan nama orang yg berkuasa;

96. Kera dapat (diberi) bunga = bagai keradiberi kaca maksud peribahasa mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya;

97. Kera lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan maksud peribahasa orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya;

98. Kera menegurkan tahinya maksud peribahasa orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya;

99. Kera menjadi monyet maksud peribahasa serupa sahaja (tiada bezanya);

100. Bagai kera dapat canggung maksud peribahasa perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya;

Sumber by Google

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TIPS : CARA NAK HILANGKAN BAU HAPAK PADA PENGHAWA DINGIN (AIRCOND) KERETA

$
0
0
Terkadang terdapat jenis kereta yang mengeluarkaan bau hapak pada penghawa dingin (aircond) tersebut apabila suisnya dipasang. Cara paling mudah anda hanya perlu letakan pewangi kereta pada filter aircond tersebut. Caranya bukakan penapis (filter) tepet sahaja wangian tersebut pada penapis tersebut. (lihat gambar dibawah).
Wangian kereta yang sekadar diletakan diluar sahaja terkadang tidak menyelesaikan masalah.  Disini saya nak kongsikan tips dan cara mudah nak bagi kereta anda berbau wangi keseluruhannya apabila penghawa dinginnya dipasang. Caranya sangatlah mudah anda hanya perlu membeli wangian jenis paket, buka dan letakkan pada filter atau penapis aircond tersebut. Untuk lebih jelas sila lihat video dibawah ini.
Nota di kaki : Penapis penghawa dinigin (aircond filter) hendak sentiasa di cuci sekurang-kurang sebulan satu kali untuk mendapat kualiti aicond yang baik. Selamat mencuba. :)  Sumber kredit : Prevé Club (PrevéC)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR BANJIR DI MEKAH 08 MEI 2014

$
0
0
 
 
BANJIR DI MAKKAH : hujan meluas di barat Arab Saudi telah menyebabkan banjir besar di Makkah pada hari Khamis 8 mei, 2014, seperti yang dapat dilihat dalam gambar-gambar ini diambil oleh Press Agency Saudi (SPA). Hujan bagaimanapun, tidak menghalang jemaah umrah daripada melaksanakan tugas mereka.

Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi dilanda banjir dan hujan lebat, malam tadi. Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.

Hujan lebat yang melanda Mekah menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di kota suci itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

MENTERI BESAR BARU | ANGKAT SUMPAH MB BAHARU | KELUAR PARTI UMNO | SEMUA DI TERENGGANU !

$
0
0
Ahmad Razif Angkat Sumpah MB Terengganu Baharu
Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.

Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

KELUAR PARTI UMNO Datuk Seri Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas. Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri. PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam. Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas. Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3. - BH Online

AAP - Bak kata orang ganu berat nanang blake nie....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

CUTI DAN HARI KELEPASAN AM NEGERI PAHANG 2014

$
0
0
KELEPASAN AM

HARI

TARIKH
*Tahun Baru 2014

Rabu
01 Januari 2014
(29 Safar 1435)
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
Selasa
14 Januari 2014
(12 Rabiulawal 1435)
Tahun Baru Cina
Jumaat & Sabtu
31 Januari & 01 Februari 2014
(29 Rabiulawal & 01 Rabiulakhir 1435)
Hari Pekerja
Khamis
01 Mei 2014
(01 Rejab 1435)
*Hari Hol
Rabu
07 Mei 2014
(07 Rejab 1435)
Hari Wesak (Hari Buddha)
Selasa
13 Mei 2014
(13 Rejab 1435)
Hari Keputeraan SPB Yang DiPertuan Agong
Sabtu
07 Jun 2014
(09 Syaaban 1435)
*Hari Nuzul Al-Quran
Selasa
15 Julai 2014
(17 Ramadhan 1435)
#Hari Raya Puasa / Aidil Fitri
Isnin & Selasa
28 -29 Julai 2014
(01 -02 Syawal 1435)
Hari Kebangsaan
Ahad
31 Ogos 2014
(05 Zulkaedah 1435)
Hari Malaysia
Selasa
16 September 2014
(21 Zulkaedah 1435)
#Hari Raya Qurban/Aidil Adha
Ahad
05 Oktober 2014
(10 Zulhijjah 1435)
#Hari Deepavali 
Rabu
22 Oktober 2014
(27 Zulhijjah 1435)
*Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang
Jumaat
24 Oktober 2014
(29 Zulhijjah 1435)
Awal Muharam (Maal Hijrah)
Sabtu
25 Oktober 2014
(1 Muharram 1436)
Hari Krismas
Khamis
25 Disember 2014
(03 Rabiulawal 1436)

(*) : Hari Kelepasan Am Negeri
(#) : Tertakluk Kepada Perubahan
PERINGATAN

  • Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
  •  Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain. Sumber www.pahang.gov.my

** Ada juga yang keliru dengan hari cuti dan hari kelepasan am bagi negeri Pahang ini. Jadi anda boleh rujuk jadual diatas. Untuk makluman hari Israk dan Mikraj negeri Pahang tidak bercuti.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PAIP SERBU TAPAK PEMBINAAN DI FELDA LEPAR UTARA 4, JERANTUT

$
0
0

Keratan akhbar Sinar Harian 14 Mei 2014

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menyerbu sebuah tapak pembinaan di Felda Lepar Utara 4 selepas disyaki terlibat kejadian curi air di sini, kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam Paip Bhd, Datuk Jaafar Abdullah berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati kontraktor projek telah melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip High Density Polyethylene (HDPE) bersaiz 25 milimeter ke paip Paip Bhd.

Menurutnya, berdasarkan siasatan penguatkuasaan mendapati bekalan air dari penyambungan tersebut digunakan untuk proses membancuh simen dan lain-lain kerja ditapak projek.“Atas maklumat orang awam, Paip ke lokasi untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa telah menjalankan ujian klorin di lokasi dan terbukti bekalan air yg digunakan adalah air terawat milik Paip Bhd,” katanya.Jaafar berkata, operasi selama tiga jam itu turut disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan.

Katanya, SPAN telah menyita paip HDPE dan peralatan lain sebagai bahan bukti seterusnya mengeluarkan notis kesalahan kontraktor berkenaan.“Selain maklumat orang ramai, kita juga melakukan risikan melalui penguat kuasa Paip Bhd.

“Kes disiasat di bawah Sesyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Jaafar berkata, Paip akan terus mempertingkatkan pemantauan dan Penguatkuasaan ke atas kegiatan curi air di seluruh negeri Pahang tanpa mengira kes melibatkan pengguna komersial mahupun domestik.

Tambahnya, pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air atau aduan kerosakan paip boleh menghubungi Pusat Aduan Pelanggan PAIP di talian 09-573 9999. Sumber : Sinar Harian Pahang

Moralnya buatlah penyambungan yang sah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SELAMATKAN GUA HARI MALAYSIA MERAPOH KUALA LIPIS.

$
0
0
BERITA SEDIH DARI GUA HARI MALAYSIA, MERAPOH PADA 12hb Mei 2014

Semasa pengambaran Dokementari Travel Log X-PLORASI RTM kami telah sempat untuk membuat aerial shot untuk Gua Hari Malaysia. Alangkah terkejutnya kami bila kegiatan penerangan hutan (pembalakan) oleh pemilik Ladang sedang dilakukan secara senyap-senyap dari pintu belakang. Kami masih belum dapat memastikan lagi adakan ini kerja Ladang LKPP atau Ladang TDSI. Kalau mengikut potongan terrain ini, memang akan keruhlah nanti Sungai Merapoh.

Akan hancurlah segala bunga Pakma Tikus yg hidup subur. Akan bertempiaran lari masuk kebun orang si Harimau Kumbang, Tapir, Rusa, Kambing Gua dan pelbagai hidupan liar lain. Kerja-kerja pembersihan hutan mereka sudah terlalu hampir dengan Gua Hari Malaysia. Jika perkara ini berlaku, maka bermula tahun hadapan kita hanya akan menghayati keindahan antara Gua Sungai Tercantik Malaysia melalui gambar dan video sahaja. Betapa rakusnya mereka dan para pemimpinnya menikus tak boleh buat apa-apa. Bila nafsu kerakusan menguasai segala kepentingan yang lain akibatnya generasi akan datang hanya mampu melihat kepingan gambar...Gua Hari Malaysia MERAPOH seperti telur di hujung tanduk.

SILA SHARE GAMBAR INI SEBANYAK YG BOLEH.BANTULAH KAMI. SAMA-SAMALAH KITA MENYELAMATKAN KHAZANAH YANG TAK TERNILAI HARGANYA INI. Sumber : Facebook  X-PLORASI

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEMBARA BERAKIT SUNGAI PAHANG 2014

$
0
0
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Kembara Berakit Sungai Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 pada 14 hingga 17 Mei ini.

Penganjuran kali ini membabitkan 210 peserta yang terdiri daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa bagi mengemudi sebanyak 30 buah rakit tradisi untuk mengharungi arus Sungai Pahang sejauh 69 kilometer. Ekspedisi akan membabitkan tiga hentian dengan bermula di Dataran Esplanade, Temerloh yang bakal dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada hari Khamis pada pukul 10 pagi.

“Perjalanan dari Temerloh ke hentian berikutnya iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Guai, Bera dijangka mengambil masa selama enam jam dengan jarak kira-kira 32 kilometer. Hentian terakhir pula di Kampung Baru Bor, Bera menuju ke Jeti Lama, Chenor.

Menariknya penganjuran kali ini, setiap hentian akan memaparkan aktiviti penduduk kampung dengan acara yang disediakan antaranya seperti Pertandingan Memukat dan Menjala, Pengkisahan Malam Unggun Api, Demonstrasi Masakan Pahang dan Pertandingan Masakan Ikan Patin dan Ayam Kampung. Sumber Utusan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI HARGA MAKANAN DI CAFE KLIA 2 (Jangan sembarangan makan)

$
0
0
Walaupun KLIA2 Lapangan Terbang penerbangan pesawat tambang murah tetapi harga minuman dan makanan yang dijual dicafe sana tidak sewenang-wenangnya untuk anda nikmati. Penting lihatlah senarai harganya terlebih dahulu. Itu adalah senarai harga semasa mungkin bila dilaksanakan GST mulai April tahun hadapan sudah pasti harganya akan berubah. Sumber : Photo Cari.Com.

AAP - Moralnya jangan sembarangan untuk menikmati makanan disana... alah memakan menang membayar. Mungkin satu kejutan bila orang kampung seperti kami berkunjung kesana. Jika disini harga roti canai sekitar 80sen hingga RM 1.00 sahaja. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

OPS PLAT KENDERAAN DAN CERMIN GELAP BERMULA 16 JUN 2014

$
0
0
Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 sekiranya gagal menukar saiz nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan selepas 15 Jun depan.

Tindakan sama juga dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa. Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Perlesenan 1959), nombor pendaftaran kenderaan wajib dipamerkan di bahagian hadapan dan belakang secara menegak pada plat permukaan segi empat.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan spesifikasi khas untuk nombor plat kenderaan di Malaysia dan hanya tiga bentuk nombor plat dibenarkan. “Jenis pertama huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai hitam tanpa corak.

Kedua, huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai merah bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan International Natural Rubber Association manakala yang ketiga huruf dan nombor hitam dilekat atas bingkai putih bagi teksi atau kereta sewa,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, pihaknya memberi tempoh sebulan kepada pemilik kenderaan yang tidak tidak mengikut spesifikasi itu menukarnya.“Pada 16 Jun depan, operasi akan dijalankan untuk mengesan kesalahan ini dan kompaun dinaikkan kepada RM300,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan, Mohd Fuad berkata, pihaknya sudah menghantar usul kepada Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan akta bagi mengambil tindakan ke atas kedai aksesori yang menjual penapis filem kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Spesifikasi yang dibenarkan adalah penapis filem yang mempunyai ketelusan cahaya 70 peratus pada cermin hadapan manakala 50 peratus bagi cermin sisi dan cermin belakang.

“Bagaimanapun, ada kenderaan yang menggunakan penapis filem gelap hingga tiada ketelusan cahaya atau sukar melihat pemandu di dalam kenderaan itu,” katanya. Beliau berkata, tempoh sama diberikan kepada pemilik kenderaan yang membuat kesalahan berkenaan untuk menukarnya sebelum dikenakan tindakan bermula 16 Jun depan.

Di samping itu, pemilik kenderaan yang menggunakan lampu kelip ala polis bagi mengelak kesesakan jalan raya diberi amaran keras menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang mengikut Akta Pengangkutan Jalan raya 1987. Sumber Metro

Wassalam, Wa'allahhualam.

INFO PERMAINAN WOODBALL BOLA KAYU

$
0
0
Apa maksud permainan Woodball? Permainan Woodballmungkin ianya agak asing bagi sesetengah pihak daripada kita. Namun demikian, permainan ini mula popular dan kian menarik perhatian masyarakat. Selain caranya yang mudah, peralatannya yang murah, serta tempat pelaksanaannya yang fleksibel, woodball juga boleh dimainkan oleh siapa saja, baik anak-anak, orang dewasa mahupun warga emas.

Sejarah asal usul Woodball
Secara literal, woodball merupakan kata dalam bahasa Inggeris yang jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dapat diertikan bola kayu. Menurut sejarahnya, woodball muncul dari idea seorang warga China Taipe (Taiwan) yang bernama Mr. Ming-Hui Weng. Ketika itu sekitar tahun 1990, Mr. Ming ingin membuat kebun bagi ayahnya agar dapat dipakai untuk jalan-jalan dan menikmati pemandangan alam. Selain itu, dia juga mendapat idea untuk memanfaatkan kebun tersebut sebagai tempat bermain bola.

Seterusnya, Mr. Ming pun cuba membuat jenis sukan bola yang boleh dimainkan di tanah yang tidak luas serta murah biayanya agar dia dapat mengajak lebih banyak teman untuk bermain di taman tersebut. Selepas itu, lahirlah woodball ciptaannya. Sukan ini kemudian popular kerana peralatannya yang semakin bagus, sekaligus juga mudah dipelajari dan dimainkan. Akhirnya, woodball mulai popular dan menembusi pelbagai negara.


Istilah Mengenai Woodball
Beberapa penggunaan kata mengenai permainan ini seperti berikut:
 

Course = Padang
Laluan perairan = Lintasan
Starting line = Garis Pemulaan
Starting Area = Kawasan Permulaan (garis persegi yang lebar kesamping
2 meter dan panjang ke belakang 3 meter)
Gate Area = Pintu Gawang
( garismelingkargaris pusat5meterdenganpintusebagaipusatnya, apabilatidakmembolehberadadizonpenampan2meter)
Mark = Penandaan bola
Out of Bound (OB) = Keluar
Par = Par (sama harga)


Menariknya, meski ada peraturan antarabangsa, woodball tidak harus memerlukan tempat khusus. Lokasi boleh dimainakan dimana sahaja, baik di lapangan sepak bola, tanah luas lain, maupun di pantai. Secara umum, permainan ini terdiri dari 12 lintasan, yang sering disebut laluan perairan, dengan lebar kurang lebih 2 meter dan panjang yang boleh disesuaikan.

Cara bermainwoodball cukup sederhana. Bola kayu dipukul dengan pemukul kayu tersebut menyusuri garis lintasan, untuk selanjutnya dimasukkan ke gawang. Pemain yang berjaya memasukkan bola ke gawang dengan perhitungan pukulan yang paling sedikitlah yang berhak menjadi juara.

Terkini dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Jerantut, Laman Woodball  ini telah terbina di Jerantut. Bagi peminat permainan woodball anda bolehlah bermain digelanggangnya yang sudah disediakan berhadapan Sek.Keb.Jerantut. Batu 1, Jalan Benta, di atasnya rumah rehat Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BIODATA DYANA SOFYA MOHD DAUD

$
0
0
Semenjak dua menjak ini nama beliau agak melonjak dan hangat perkatakan di internet. Tidak kurang juga banyak kisah positif dan negatif telah dimuatkan dihalaman sesawang berkaitan dengan beliau. Ketika ini beliau dengan rasminya telah diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd Daud beliau adalah  seorang Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM,juga merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas. Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus). Apa pun dibawah ini biodata ringkas Dyana Sofya Mohd Daud.

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia
Arena Politik :
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERTUKARAN MENTERI BESAR PAHANG?

$
0
0
Perkara ini sudah lama diwar-warkan dan dicanangkan. Boleh dikatakan segenap alam buana negeri Pahang ini telah mendengar perkhabaran ini. Kisah pertukaran Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob yang bakal di gantikan dengan Menteri Besar yang baru. Satu teka teki, pertanyaan dan persoalan. Siapa mereka yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang yang baru?

Benarkah? sudah ada gerak kerja di peringkat akar umbi UMNO Pahang, terutamanya UMNO Bahagian Temerloh yang mahukan agar Dato Seri Adnan Yaakob ditukar dengan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lantikan. Mungkin dibahagian lain, lain ceritanya. Sumber

Apapun sama-sama kita nanti angin perubahan ini kelak... agar mereka yang bakal dilantik akan memberi lebih kebaikan dan kesempurnaan untuk negeri Pahang Darul Makmur ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR DYANA SOFYA MOHD DAUD PEGANG ANJING?

$
0
0
Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam. Agak-agaklah nak fitnah carilah yang real sikit. Tengok kepala anjing pun sudah tidak sama dengan badan :)

Nampak benar menipunya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR DYANA SOFYA MOHD DAUD BERSAMA IBRAHIM ALI

$
0
0
Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan ketua Perkasa Ibrahim Ali pada satu majlis kini beredar dalam internet.

Gambar yang tidak bertarikh itu memaparkan Ibrahim tersenyum dan berdiri di antara Dyana dan ibunya Yammy Samat, yang kelihatan seperti dalam satu majlis makan malam.

Tersebar dalam Facebook, mereka kelihatan seolah-olah tidak bergabung dengan parti politik, gambar itu mencetuskan beberapa persoalan hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP kerana sikap dan garis politik perkaumannya. Sumber Google

AAP - Pulak dah... ingat gambar macam mana tadi okeylah tu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAJIAN : ORANG LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG KURANG BERMAKE-UP

$
0
0
Wanita yang tidak pernah meninggalkan rumah tanpa lapisan atas asas , pemerah pipi dan solek mata mungkin terpaksa menimbang semula rutin kecantikan mereka , terutamanya jika matlamatnya adalah untuk menjadikan diri mereka lebih menarik. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Suku Tahunan Psikologi Eksperimen menyimpulkan bahawa wanita dilihat sebagai lebih menarik apabila mereka ke atas 30 hingga 40% kurang daripada solek mereka biasanya memakai .

Ramai wanita tidak lagi mengira masa yang mereka telah menghabiskan memakai alat solek, dan wang yang dibelanjakan selama ini atas asas , serbuk , pemerah pipi , pembayang mata, celak dan gincu. Walau bagaimanapun, jika matlamat utama mereka adalah untuk menjadi lebih menarik kepada lelaki, semua usaha mereka telah mungkin menjadi sia-sia , menurut hasil kajian baru-baru ini dilaporkan dalam TIME. Penyelidik di Universiti Bangor dan Aberdeen University meminta 44 wanita untuk memakai solek seolah-olah mereka akan keluar untuk malam di bandar .

Setiap wanita difoto sebelum dan selepas memakai solek , dan gambar-gambar kemudiannya diubah supaya terdapat 21 imej setiap wanita , masing-masing dengan jumlah yang berbeza solek. Gambar-gambar ditunjukkan kepada sekumpulan sampel kedua-dua pelajar universiti lelaki dan perempuan yang ditanya untuk memilih imej yang mereka mendapati yang paling menarik. Secara keseluruhan, lelaki dan perempuan lebih suka imej di mana wanita memakai kira-kira 40 % kurang daripada solek pada mulanya mereka memakai. Berbanding dengan lelaki , bagaimanapun, wanita mendedahkan keutamaan untuk makeup lebih sedikit daripada lelaki.

" Di ambil bersama-sama , keputusan ini menunjukkan bahawa wanita mungkin memakai kosmetik untuk merayu kepada pilihan silap orang lain ," menurut penulis kajian. "Ini pilihan silap kelihatan lebih terikat kepada jangkaan dilihat lelaki , dan , pada tahap yang lebih kecil, wanita. " Sumber disunting drp :  AFP RELAXNEWS , 2014.

** Gambar diatas sekadar hiasan semata-mata. Maksud kurang bermake-up bukan tidak bermake-up langsung, cuma kurang! Sumber asal topik kredit : Forum Cari.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 
Viewing all 983 articles
Browse latest View live