Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 983 articles
Browse latest View live

KOS DISEBALIK PENJAGAAN MEMINJAM PANDA DARI CHINA

$
0
0

 
Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan. Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974. Sumber: www.astroawani.com

Fakta sepintas lalu :  Mengenai kos, menurut sumber setakat ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM60 juta termasuk untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta, RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

 ** Tidak terkira berapa ratus juta perkara yang lainya kalau dikira dan didarab dengan perkara berkaitan dengan  penjagaan kerana meminjam panda daripada china ini. :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KESUDAHANYA PANDA JADI BAHAN LAWAK DAN PARODI DI MEDIA SOSIAL

$
0
0
 
Ini kerana dalam masa 10 tahun, Malaysia harus membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun. Trending di media sosial, orang ramai mula memperkatakan tentang dua panda gergasi itu serta beberapa parodi menarik turut dibuat mengenainya.
Kedatangan pasangan panda dari China,  Fu Wa dan Feng Yi pada Rabu ke Malaysia telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang berasa teruja dengan kehadiran dua haiwan berprofil tinggi ini, tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan peminjaman dua panda tersebut kerana ia turut membabitkan kos kepada negara dan ianya mungkin satu pembaziran.
Apapun alasan terhadap peminjaman dan penjagaan panda ini, rakyat tetap melihat ianya ada usur pembazirnya diatas perkara ini. Kerana dengan sejumlah wang dan kos sebanyak itu ada baiknya disalurkan kepada perkara yang lebih perlu dan bermanfaat untuk rakyat Malaysia dan pembangunan am yang lainya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

SELAMATKAN SUNGAI PAHANG

$
0
0
Selamatkan Sungai Pahang

Sungai Pahang kini berada pada tahap kritikal di mana airnya dipenuhi dengan lumpur dan kini bertukar menjadi sangat keruh. Keadaan Sungai Pahang yang mengalir lesu serta semakin cetek memerlukan pemantauan dan tindakan segera semua pihak.

PAS Pahang mendapati peningkatan aktiviti melombong bijih besi serta pembersihan bijih tanpa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar antara punca berlakunya pencemaran di sebahagian anak anak sungai yang menyumbang kepada pencemaran air di Sungai Pahang.

Contohnya, tinjauan PAS Pahang ke kawasan perlombongan bijih besi di Kerambit, Lipis sangat mengejutkan apabila air pembersihan bijih besi dialirkan terus ke anak sungai yang menyebabkan pencemaran luar biasa mepada sungai tersebut.

Aktiviti harian yang akan berjalan bertahun-tahun ini seandainyan tidak dibendong akan mengancam hidupan air serta aktiviti pelancongan di sekitar sungai Pahang.

Jabatan Alam Sekitar perlu lebih tegas memantau serta mengambil tindakan perundangan ke atas syarikat perlombongan yang tidak mengikuti peraturan, khususnya soal pembersihan bijih besi yang dialirkan terus ke anak-anak sungai.

Pemantauan berterusan serta tindakan tegas pihak berkuasa diharap dapat menyelamatkan Sungai Pahang daripada pencemaran, air yang keruh berlumpur yang mengancam kehidupan sungai, ikan sangkar dan aktiviti pelancongan serta memudaratkan lagi masalah banjir ketika musim tengkujuh.

KENYATAAN MEDIA 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang
Naib Presiden PAS
23 Mei 2014


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SULTAN PAHANG SEDIA BERUNDUR, PRESIDEN FAM TENGKU MAHKOTA PAHANG VS TENGKU MAHKOTA JOHOR.

$
0
0
Bola sepak Malaysia dilihat seakan-akan bakal menghadapi perubahan apabila Sultan Ahmad Shah bersedia untuk menarik diri sebagai Presiden Persatuan Sepak Malaysia (FAM) selepas 30 tahun menerajuinya, menjadikan persaingan untuk jawatan itu sebagai persaingan diraja dengan pertempuran antara dua putera mahkota.

Sultan berusia 83 tahun yang mengambil alih jawatan presiden pada tahun 1984 itu dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri esok, apabila Kongres FAM bermesyuarat untuk memilih pemegang jawatan bagi penggal 2014-18.

Pengunduran itu akan menyediakan pentas buat anaknya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemegang jawatan nombor dua dalam FAM, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi pesaing.

Kedua-dua putera mahkota dikatakan mempunyai peluang sama rata untuk menang tetapi kemenangan untuk pendatang baharu, Tunku Ismail, yang lebih dikenali sebagai TMJ akan dianggap sesuatu yang mengecewakan.

Ini kerana Tengku Abdullah, 55, telah terlibat dalam FAM dalam tempoh yang hampir sama dengan bapanya, manakala Tunku Ismail, 29, hanya mengambil alih jawatan sebagai presiden Johor FA dua tahun lalu.

Pemenang akan diputuskan oleh undi daripada 39 perwakilan - 14 negeri akan membuang dua undi setiap satu (28 undi), bersama-sama dengan Angkatan Tentera (2), Polis (2), FA Melayu Malaysia (2), FA Cina Malaysia (2), Majlis Sukan India Malaysia (2) dan Persatuan Jurulatih Malaysia (1).

Peminat bola sepak telah mendesak perubahan dalam FAM berdasarkan penurunan prestasi pasukan kebangsaan dan kekecewaan dalam hal ehwal dalam pembangunan sukan itu.

Ramai menyalahkan pemerintahan yang lama dan tidak dicabar oleh Raja Pahang sebagai sebab utama yang menghalang kemajuan bola sepak negara.

Malaysia menduduki tempat 145 dalam senarai FIFA yang melibatkan 209 negara, kali terakhir layak untuk kejohanan bola sepak Olimpik pada tahun 1980.

Di peringkat Sukan Asia, Malaysia kali terakhir memenangi pingat gangsa di Teheran pada tahun 1974.

Tunku Ismail mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam bola sepak Malaysia, termasuk ketua Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa dan bekas ketua Persatuan Bolasepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kedua-duanya sedang digantung oleh FAM.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Timbalan Presiden FAM juga dikatakan berminat terhadap perubahan dalam FAM. - Sumber mstar.com.my

AAP - Tetap menyokong Tengku Mahkota Pahang tanpa berbelah bagi. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PRODUK COKLAT HAZELNUT CADBURY DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI?

$
0
0
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA babi iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dengan nombor kelompok 00813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA babi. Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq - Bernama

RUJUK LINK INI : KENYATAAN MEDIA KPK : PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK (PAGE 1)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SAH COKLAT CADBURY INI TIDAK BOLEH DIMAKAN

$
0
0
Dalam orang duk sibuk-sibuk bercerita kisah coklat ini tidak boleh dimakan haram kerana ada PRODUK COKLAT HAZELNUT CADBURY DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI katanya... terjumpa pulak coklat ini didalam petis ais.... muskil yang amat dengan kisahnya mengatakan coklat ini dikesan mengandungi DNA BABI... tak banyak cerita rasanya terus nak buang kedalam tong sampah sahaja....
Rupa-rupa memang sah tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ianya di katakan telah dikesan mengandung DNA BABI. Lebih parah cuba lihat tarikh luputnya pun sudah lama luput 08.12.2013. Mungkin kerana lama sangat tersimpan dalam petis ais gamaknya... patut cuak aje nak memakannya sebelum ini.... ada hikmahnya laa tu.... nak tak nak sebelum buang tangkaplah gambar buat kenang-kenangan. Tapi yang kat atas nie bukan HAZELNUT tapi Roast Almond... namun fobia juga dengan nama CADBURY ini.
Dan disini berita berkaitan Sah mengatakan Cadbury ini ada DNA babi.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

TAHNIAH TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PRESIDEN BARU FAM

$
0
0
Alhamdulillah YAM Tengku Mahkota Pahang menang dengan undi majoriti dan ditabalkan sebagai Presiden FAM yang baru. Tahniah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM. -UTUSAN ONLINE

Sekalung tahniah juga daripada kami, semoga dengan perlantikan YAM Tengku Mahkota akan menyemarakan lagi arena bolasepak negara dan mengubah landscape sokongan dan kualiti bolasepak negara kelak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEPUTUSAN RASMI PRK BUKIT GELUGOR 25 MEI 2014

$
0
0
KEPUTUSAN RASMI : DAP kekal Bukit GelugorRamkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. Ketiga-tiga calon itu hilang deposit RM15,000 mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakal Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam. Sumber Google


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BELASUNGKAWA SENIMAN P. RAMLEE 29 MEI 1973

$
0
0
 Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.

Hari ini genap 41 tahun Seniman P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah. Pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.


PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


ANAK-ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

DNA BABI HALAL HARAM COKLAT CADBURY BOLEH DIMAKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN JAKIM?

$
0
0
 

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud : Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu Hadith ini Hadith Hasan Soheh yang bermakna : Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

Huraian Hadith: 
1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. 2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa. 3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat. Sumber : www.islam.gov.my


Kata kunci : DNA BABI HALAL HARAM COKLAT  CADBURY BOLEH DIMAKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN JAKIM? Keliru juga rakyat dengan perkara diatas. Sumber gambar diatas di ambil daripada Facebook

 Wassalam, Wa'allahhualam.

 

GAMBAR DYANA SOFYA PEGANG BOTOL ARAK?

$
0
0

 
 
Gambar ini sekadar perkongsian daripada facebook. Inilah mainan politik yang tidak akan ada penghujungnya... sebelum ini dikatakan Dyana Sofya bergambar pegang anjing terbaru katanya "santai-santai lepas berkempen" Moralnya tak baik juga buat kerja fitnah macam ini. Apapun kerja menjatuhkan maruah orang sememang tak patut... hendak pulak perkara yang didakwa itu amat-amat mengaibkan pihak lain yang sah terbukit mengarutnya.

Moralnya berpolitiklah secara sihat. Apakah politik Malaysia kita sudah semakin kotor?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL PRK TELUK INTAN 31 MEI 2014

$
0
0
Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan 31 Mei 2014 Perak

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) P76 Parlimen Teluk Intan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Pengarah SPR negeri, Ahmad Adli Abdullah, berkata peti undi pertama dijangka sampai ke pusat penjumlahan undi di Dewan Besar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib pada 6.30 petang.


Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)
Keputusan Undi : DAP - 19,919
Majoriti :


Datuk Mah Siew Keong (BN)
Keputusan Undi: 20,157
Majoriti :238
 







KEPUTUSAN RASMI : DAP Tewas kepada Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen PRK Teluk Intan.

Pautan berkaitan : 
www.bharian.com.my
www.melvister.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

JUMLAH UNDI TIDAK SAMA DAN PELIK DI TELUK INTAN?

$
0
0
JOM TENGOK JUMLAH UNDI DAN PENGUNDI YANG PELIK DI TELUK INTAN
Benarkah perkara ini? jika benar sememang sesuatu perkara yang amat pelik ? Sumber : Harakahdaily.net

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KES BULI : PELAJAR PEREMPUAN 'PAILANG' KINI DIBURU POLIS.

$
0
0
Susulan Kes Buli: Pelajar Perempuan ‘Pailang’ Kini Diburu
SUSULAN video kejadian buli melibatkan beberapa pelajar perempuan yang kami kongsikan sebelum ini, satu kenyataan berkaitan telah dikeluarkan menerusi Facebook rasami Polis Diraja Malaysia, hari ini.
Ia berbunyi:

“Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
2 JUN 2014″

Pada masa yang sama, gambar jelas wajah dua pelajar yang turut terlibat dalam rakaman kejadian itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial. Sumber : http://mynewshub.my


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PENUMPANG MH370 AKAN DIBEBASKAN SEBELUM BULAN RAMADHAN?

$
0
0
Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370.

Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar ! #Sumber

... dan apakah ada kaitan juga dengan maksud hadis dibawah ini?  Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab Shaum (Puasa).


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR BAHANA LAGAK HEBAT DI JALAN RAYA SUDAHNYA MATI

$
0
0

Malang tidak berbau... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna... itu pun kalau sempat menyesal....  kalau tak sempat alamat tinggallah badan tercabutlah nyawa.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, seorang penunggang motosikal dilihat begitu bangga menunjukkan aksinya di atas jalan. Bukan sahaja membuat ‘wheelie’, malah dia turut berdiri di atas motosikal yang sedang bergerak.

Mungkin ajalnya juga telah sampai, apapun simpati daripada kami. Pada mereka yang masih belum puas membuat aksi seumpama ini renung-renungkanlah... Moralnya jalan raya bukan tempat untuk kita nak tunjuk aksi hebat.... sekiranya islam Alfatihah daripada kami.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEMENTERIAN KESIHATAN KEKAL DENGAN KEPUTUSAN CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI !

$
0
0
Ini adalah keratan akhbar sumber gambar di perolehi dari facebook " KEMENTERIAN KESIHATAN MEMPERTAHANKAN KEPUTUSAN UJIAN OLEH MAKMAL TERHADAP DUA SAMPEL PRODUK COKLAT SUSU CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI".

Lain pulak kisahnya kisah di Jakim ini " JAKIM SAHKAN TIADA KANDUNGAN DNA KHINZIR DALAM DUA PRODUK CIKLAT MILK HAZELNET & CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND" - Jamil Khir.

AAP  : Tepuk dada tanya iman dan keyakinan!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO DAN GAMBAR : KUANTAN DISERANG KUPU-KUPU | KUANTAN BANDAR KUPU-KUPU.

$
0
0
 Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor

KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.

"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.

"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.

Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. "Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. - Bernama. Saksikan video Kuantan diserang kupu-kupu :



Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR KLASIK : PAPAN TANDA KAWASAN KEMALANGAN GAMBAR TENGKORAK

$
0
0

Klasik dan nostalgia, ini adalah papan tanda kawasan kemalangan dulu-dulu yang digunakan sekitar tahun 60an hingga 80an. Sekali pandang papan tanda kawasan kemalangan ini mungkin boleh menyeramkan. Papan tanda kawasan kemalangan seperti ini bukanlah kawasan berhantu akan tertapi boleh mengundang juga pada situasi yang berhantu :) kerana mungkin banyaknya kemalangan yang berlaku disana dan mungkin mengakibatkan kematian, mau tak jadi "keras" kawasan tersebut. Sememangnya kalau dahulu bila kita melalui kawasan seperti ini biasanya kenderaan akan mempelahankan kenderaan mereka bimbang juga kalau ada hantu yang melintas gamaknya atau mungkin seram dengan gambar tengkorak itu  :) Dahulunya jalan Jerantut - Benta, jalan Lipis -Raub banyak terdapat papan tanda seumpama ini.
Zaman sudah merubah segalanya... bagi tidak mengelirukan pengguna jalan raya satu papan tanda bertulisan lengkap seperti diatas diperkenalkan. Malangnya tulisan sahaja mungkin tidak menyedarkan pengguna jalan raya. Sebaliknya kawasan seumpama ini terus sahaja mengundang kes kemalangan yang tinggi, yang boleh membawat maut sedangkan papan tanda peringatan telah dipasang.

AAP- Gamaknya mungkin sesuai juga jika papan tanda gambar tengkorak ini diguna pakai semula bukan sahaja untuk menyedarkan pengguna jalan raya ... sekurang-kurangnya mereka akan berasa seram dengan gambar tengkorak bila melalui kawasan tersebut. Secara tidak langsung pengguna juga akan memperlahaakan kenderaan mereka.

"Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang"

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

LIVE STREAMING | KEPUTUSAN | PERLAWANAN AKHIR PAHANG VS FELDA UNITED

$
0
0

Wakil kelab, FELDA United FC melakar sejarah tersendiri selepas menjadi pasukan kelab kedua selepas Sime Darby FC yang layak ke pentas final Piala FA.

Keputusan agregat 5-5 menentang juara bertahan, Kelantan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Sabtu malam, memastikan tiket final menjadi milik skuad 'The Settlers' kendalian Irfan Bakti Abu Salim menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas pada aksi separuh akhir pertama pada 6 Mei lepas di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu berkesudahan 3-3.

Untuk rekod, Sime Darby FC menjadi wakil kelab pertama mara dalam final dalam sejarah 24 tahun Piala FA namun kalah 1-0 kepada Kelantan pada aksi final 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FELDA United FC bakal membuat perhitungan dengan Pahang pada aksi final, pada malam ini 7 Jun selepas skuad 'Tok Gajah' mencatat kemenangan agregat 2-1 ke atas finalist musim lepas, Johor Darul Ta'zim pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat.

Live streaming Pahang vs Felda United Final Piala FA 2014.
Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA pada 7 Jun 2014 akan bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 8.45 malam. Perlawanan final piala FA antara Pahang vs Felda United FC turut disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Arena 801 seawal jam 8.00 malam. Kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan secara live internet streaming, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.

Live Streaming Pahang Vs Felda United Final Piala FA 2014

Jadual Siaran Pahang Vs Felda United Final Piala FA 2014
Tarikh: Sabtu 7 Jun 2014
Lokasi: Stadium Shah Alam
Event: Final Piala FA 2014
Masa: 8.45 malam
Media Rasmi: Astro Arena 801

Ramalan AAP - Tak banyak Pahang 2 - Felda United 1 :) 

Update Keputusan Rasmi : Pahang 2- Felda United 1

Wassalam, Wa'allahhualam.
 
Viewing all 983 articles
Browse latest View live