Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 985 articles
Browse latest View live

TARIKH PENGISYTIHARAN PENGUMUMAN HARI RAYA PUASA AIDILFITRI 2014

$
0
0

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Pada 28 Julai 2014, Isnin

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014,” katanya

AAP - Blog aku anak Pahang dengan ini juga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2014 pada semua sanak saundara, rakan taulan, sahabat blogger, sahabat facebook dan pengunjung setia blog aku anak pahang. "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin."
 
AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" Daripada AKU ANAK PAHANG

$
0
0
AAP - Blog aku anak Pahang dengan ini juga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2014 pada semua sanak saundara, rakan taulan, sahabat blogger, sahabat facebook dan pengunjung setia blog aku anak pahang. Terima kasih diatas segalanya... "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin."

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GUNA LORONG KECEMASAN SAMAN RM 300.00

$
0
0
Saman RM300 guna lorong kecemasan

Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan saman maksimum RM300 kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di semua laluan sepanjang Op Selamat 2014 sempena musim perayaan ini.

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan tegas itu untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang di samping menjadi pemandu berhemah.    

        “Berdasarkan pengalaman, apabila ada pemandu menggunakan laluan kecemasan, pihak kami dan pasukan penyelamat mengalami kesulitan akibat kesesakan untuk melakukan kerja menyelamat jika berlaku kemalangan kerana laluan itu sesak,” katanya.    
    
  Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri di ibu negara semalam.

Bermula 4 Ogos

  Operasi berkenaan bermula Isnin ini hingga 4 Ogos depan, membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

  Khalid berkata, polis akan menempatkan anggota trafik di 60 lokasi panas, iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan undang-undang. Sumber : Cari.com                              


AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PUISI : SENANDUNG SUNGAI TABUNG

SPESIS IKAN STUEGEON DIJUAL CAMERON HIGHLAND?

$
0
0
Posting ini tiada kena mengena dengan projek FGV di Kuala Tahan tetapi hanya sebagai khidmat masyarakat hasil kiriman salah seorang pemancing yang juga pembaca page KBPPISdKT.

Nampaknya spesis sturgeon ini sudah mendarat di salah sebuah kedai haiwan di Royal Lily, Cameron Highland. Apakah ikan ini turut dijual di kedai-kedai haiwan lain? Adakah peniaga ini mempunyai lesen khas menjual spesis terlarang? Apa akan terjadi jika terlepas ke sungai-sungai di Malaysia?
 
Untuk rekod dan rujukan diantara spesies ikan yang dilarang di import ke Malaysia.

Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KUALA TAHAN, TAMAN NEGARA DULU DAN SEKARANG

$
0
0
Antara Dua Darjat..... Antara perit jerih anak watan yang mempertahankan khazanah warisan alam dan tangan2 rakus yang berkuasa memperkosa khazanah kononnya atas nama pembangunan.... Apakah Gunung Tahan mampu bertahan beberapa tahun lagi? Suatu hari kita akan bercerita kepada cucu cicit.... Dulu Negeri Pahang pernah mempunyai hutan hujan berusia jutaan tahun....antara yang tertua di dunia.... Sungainya mengalir jernih dari kaki gunung..... Tapi semua itu sejarah silam..... Taman Negara beransur2 hilang dari kalendar pelancongan dunia... Sumber : FB I ♥ PAHANG

AAP - Perlu juga direnung-renungkan apakah akan terjadi dan apakah nasibnya Kuala Tahan pada hari esok ? 5-10 tahun nanti bagaimanakah rupanya? Berat mata memandang... semakin sayu hati terasa.... apakah nanti khazanah alam ini akan menjadi sebuah cerita penglipur lara sahaja, buat tatapan anak cucu kita nanti... dahulu sungai pahang ini indah dan airnya amat jenih.  Pasti alam ini  tidak mampu bertahan dengan kerakusan tangan-tangan manusia duniawi.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

NILAI RM DAN SUKATAN LITER SEPATUTNYA ADA DAPAT SEMASA MENGISI PETROL

$
0
0
Pernah kita melihat dan mengambil tahu berapakah liter sepatutnya yang kita dapat semasa mengisi minyak petrol dengan jumlah wang yang telah kita bayar?  Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang telah anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter


Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak. Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!
Stesen minyak kantoi menipu Sumber  :  http://www.sinarharian.com.my

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PROJEK PERTERNAKAN IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN, APAKAH BENAR PANDANGAN RAKYAT DI AMBIL KIRA?

$
0
0
KUANTAN 4 Ogos - Kerajaan negeri mengambil kira segala pandangan rakyat terutama penduduk di Kuala Tahan berhubung projek pembangunan pusat pembiakan ikan sturgeon di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, projek tersebut pada dasarnya merupakan suatu yang amat baik dan dapat menjadi sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

"Kita sendiri telah menghantar wakil kita ke Korea Selatan untuk melihat sendiri proses pembiakan ikan ini di negara tersebut dan sebelum sesuatu projek itu diterima kita mesti mendapat kelulusan alam sekitar terlebih dahulu.

"Untuk projek ini, kita mendapat kertas cadangan dari Felda yang akan mengendalikan projek ini dan Felda pasti akan melalui semua proses mengenai keselamatan projek ini sebelum dilaksanakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 16 Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan syarikat Korea Selatan berhubung pembangunan pembiakan ikan sturgeon bernilai RM120 juta di Jerantut dan Jengka yang dijangka memberi kesan limpahan ekonomi kepada 1,300 peneroka Felda dan ahli keluarga mereka.

Kompleks seluas lapan hektar tersebut yang dilengkapi kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan dijangka menjadi sebuah pusat tarikan pelancong utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Bagaimanapun, projek berkenaan di Kuala Tahan, Jerantut tersebut dikatakan mendapat bantahan pihak tertentu kerana dikhuatiri menjejaskan alam sekitar termasuk merosakkan sungai di situ.

Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap projek pembiakan ikan sturgeon tersebut bagi memastikan tidak berlaku kesan kepada alam sekitar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, majoriti masyarakat di Kuala Tahan menyokong projek berkenaan dengan yang membantah hanya sebilangan kecil.

"Mereka membantah kerana dihasut oleh pihak tertentu dan mereka lupa negara ini ada undang-undang dan kita ada jabatan teknikal yang menguruskan berhubung kesesuaian dan keselamatan projek ini," katanya. Sumber : Utusan Malaysia 05/08/2014
_________________________________________________________

Exco Pelancongan Pahang berkata "Kerajaan negeri mengambil kira segala pandangan rakyat terutama penduduk di Kuala Tahan".

Jika benar ambilkira pandangan rakyat, kenapa tidak dibuat majlis dialog bersama penduduk secara terbuka sebelum majlis tandatangani MOU pada tahun lepas dan kenapa masih tiada majlis dialog tersebut sehingga sekarang?

ADUN Tahan pula berkata kata "Mereka membantah kerana dihasut oleh pihak tertentu dan mereka lupa negara ini ada undang-undang dan kita ada jabatan teknikal yang menguruskan berhubung kesesuaian dan keselamatan projek ini," 

Jika betul projek ini sesuai dan selamat, kenapa Detailed Environment Impact Assessment (DEIA) masih tidak dibuat di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ini? Kenapa tiada papantanda projek dinaikkan sebelum hutan digondolkan? 


Kenapa kontraktor boleh "mencuri" air masyarakat sewenang-wenangnya tanpa kebenaran? Adakah tindakan menggelar mereka yang bantah projek ini sebagai "Yahudi" dan gelaran kesat Orang Asli itu mengikut undang-undang negara? Sila tunjukkan bukti "majoriti" yang menyokong projek tersebut! Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI RESTORAN BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (JAIP)

$
0
0
Adalah dmaklumkan bahawa restoran-restoran yang disenaraikan diatas, sebagaimana berikut adalah BUKAN pemegang SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Perkara ini telah disahkan akan kesahihanya oleh pegawai dari JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP), Pemberitahuan ini adalah BENAR.
Sumber ini diprolehi daripada halaman Facebook

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

LABU SENTRAL KINI TERBIAR DAN TERABAI?

$
0
0
Penulis sekadar ingin berkongsi artikel berkaitan dengan Labu Sentral ini yang diambil daripada Facebook,  ada kebenarannya dakwaan daripada pihak ini. Penulis juga sering kali melalui kawasan ini kerana tugasan tertentu. Amatlah malang bila melihat keadaan Labu Sentral ini terbiar dan terabai begitu sahaja.

"Di pagi Ahad ini Admin ingin bercerita sedikit perihal sektor pelancongan di daerah Jerantut dalam kawasan DUN Tahan sebab ahli politik – ahli politik berkata Projek Sturgeon akan menjadi produk pelancongan baru di Kuala Tahan dengan kehadiran lebih 100,000 pelancong dari Korea setahun (kini 100,000 pelancong setahun dengan lebih 40,000 pelancong dari Eropah, 50,000 pelancong domestic dan selebihnya dari negara lain).

Ramai yang mengetahui nama Taman Negara tetapi mungkin masih ramai yang belum pernah menjejakkan kaki ke pintu masuk utama di Kuala Tahan. Perjalanan dari bandar terdekat iaitu Jerantut ialah sejauh 60km dan mengambil masa hampir 1 jam. Dipertengahan perjalanan ini terdapat beberapa kampung seperti Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang, Kg Merting, Kg Jong Berlaboh, Kg Tada dan Kg Labu.

Satu projek pelancongan telah dilaksanakan di Kg Labu dengan pembinaan kompleks “Labu Sentral” yang bertujuan untuk menjadi pintu masuk alternatif selain jeti bot pelancong di Kuala Tembeling. Projek yang mengandungi lot-lot kedai serta monumen “labu” ini telah dirasmikan pada tahun 2012 dengan kos beratus ribu ringgit. Setelah 2 tahun dirasmikan, statistik telah menunjukkan para pelawat kompleks ini adalah lembu, kambing, semut dan anai-anai. Oleh kerana kejayaan projek ini mendapat pelawat yang terdiri dari golongan bukan manusia, maka terdapat cadangan tambahan untuk mendapatkan pelawat manusia pula iaitu membina projek kereta kabel dan projek Safari Park.

Sesiapa yang teringin ke Kuala Tahan, silalah singgah dan melawat ke Labu Sentral kerana anda mungkin salah seorang dari 100 pelawat (kategori manusia) pertama disana.
Lu Pikir la Sendiri!" Sumber selebihnya ada boleh rujuk :DISINI

Agak malang projek yang bernilai ratusan ribu ringgit ini terbiar dan terabai begitu sahaja... siapa yang untung agaknya diatas disebalik projek ini? Anda fikirlah sendiri. Entri berkaitan semasa perasmian Labu Sentral suatu ketika dahulu yang penuh dengan warna-warninya  : Selamat Datang Ke Labu Sentral R&R Kampung Labu, Tembeling Jerantut.

Dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Majlis Pembangunan (ECERDC), RM273, 000 kawasan rehat juga merupakan satu peluang bagi penduduk tempatan untuk memperkenalkan produk mereka manakala bergaul dengan pelancong yang sedang berehat daripada tiga jam menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling. Jika dihari ini anda berkesempatan kesini, anda boleh meninjau sendiri keadaan Labu Sentral yang terbiar dan terabai begitu sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.

MENU ISTIMEWA TENGAH HARI, MAKANAN ORANG PAHANG.

$
0
0
Salam, hari ini sekadar nak berkongsi menu @ hidangan istimewa orang Pahang yang berasaskan lauk kampung. Menu diatas hari ini diantaranya ikan pekasam beras, bunga keladan + petai masak tempoyak, goreng sayur selayar @ selimpat berlada dan gulai masam ikan patin lawang. Bagi kami hidangan diatas ini sudah cukup istimewa dan mampu makan nasi bertambah dan cukup menyelerakan.
Sayur selayar atau sayur selimpat yang tumbuh dikawasan berpaya dan berair sangat sedap jika digoreng berlada bersama belacan. Sesetengah orang celur (rebus sekejap) dicicah bersama sambal belacan, budu dan sebagainya rasanya seakan lemak dan sedikit pahit sememang menyelerakan. (didalam bekas plastik itu bunga keladan) sedap dibuat masak sambal tempoyak atau dibuat ulam begitu sahaja bersama sambal tempoyak mentah. 

Entri berkaitan : MASAKAN TRADISI PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

NOMBOR TELEPON HOTLINE PDRM KONTINJEN POLIS PAHANG

$
0
0
Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat atau memerlukan bantuan kecemasan boleh berbuat demikian dengan mendail nombor Hotline Polis Pahang seperti yang tertera di atas. Sumber FB Polis Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAMAN SAFARI BAKAL DI BINA DI HULU TEMBELING, JERANTUT

$
0
0
Sebuah taman safari bertaraf antarabangsa seluas kira-kira 5,000 hektar dirancang dibina di daerah ini bagi melonjakkan pembangunan sosioekonomi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Taman Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Razak berkata, kawasan yang akan dilabelkan sebagai Bandar Raya Hutan Hujan Tropika itu melibatkan lokasi antara Tembeling Tengah dengan Hulu Tembeling.

"Pada masa ini kita telah menyiapkan kertas kerja bagi pembinaan taman safari tersebut dan menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri.

"Kita juga telah berjumpa dengan pemaju yang berpotensi dan setakat ini jumlah pelaburan luar yang berjaya dikumpulkan telah mencecah RM4 bilion," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selain melonjakkan sektor pelancongan di kawasan Taman Negara, pembinaan taman safari tersebut akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain menjana pelbagai peluang perniagaan.

Tambah beliau, pembinaan taman safari berkenaan juga akan dapat merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan seperti jalan raya yang memberi manfaat berterusan kepada penduduk kampung.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan projek memulihkan semula hutan hujan tropika seluas 25,000 ekar di kawasan Kuala Tahan.

"Program pemuliharaan yang turut melibatkan penanaman semula balak ini menunjukkan komitmen kita dalam usaha melindungi hutan semula jadi yang akan menjadi contoh kepada dunia," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta penduduk di kawasan terlibat supaya tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya bersedia menyewakan kepada pihak terbabit kerana akan memberikan manfaat jangka panjang.

Ujarnya, pembinaan taman safari berkenaan sudah tentu akan meningkatkan lagi nilai tanah di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk. Sumber : Utusan.com.my

Teringin juga nak bermanja-manja denga kuda belang dan zirafah :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEMANA HILANGNYA PAPAN TANDA PERASMIAN PEJABAT SUK NEGERI PAHANG YANG PERTAMA DI KUANTAN ?

$
0
0
Jika diimbau kembali sejarah dan cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955 dengan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah. Manakala pada 28 Februari 1970, bangunan pentadbiran pusat berpindah ke Wisma Sri Pahang. Sumber : Wikipedia
Difahamkan merujuk pada gambar diatas menurut sumbernya, pada tahun 2012 papan tanda perasmian tersebut telah hilang. Manakala binaan simen tersebut telah condong. Semoga dengan kedatangan bulan kemerdekaan pada ogos ini. Pada 27 Ogos 2014 iaitu selepas 59 tahun Kuantan menjadi ibu negeri, ada pihak2 yg membaik pulih tanda perasmian ini, papan tanda sudah hilang manakala binaan simen itu sudah condong. Tidak dapat dipastikan kemana hilangya. Semoga dengan kedatangan 27 Ogos 2014 iaitu selepas 59 tahun Kuantan menjadi ibu negeri, ada pihak yang membaik pulih tanda perasmian yang penuh bersejarah ini. Sumber Gambar Kredit : Osman Jaafar FB Gambar Klasik Pahang.

AAP - Pasti Papan tanda tersebut adalah salah satu bahan sejarah yang perlu diperlihara.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SUNGAI KEPUNG, SUNGAI TEKAM, JERANTUT, PAHANG

$
0
0
 
Hari ini berkesempatan melalui laluan daripada bandar Jerantut melalui PPPTR menuju ke Felda Sungai Tekam Getah dan seterusnya ke Felda Sungai Tekam Utara,  mungkin penulis tidak tahu apa kisah yang terdapat disebalik nama sungai kepung ini. Bagi penulis tidak ada cerita yang istimewanya sungai ini untuk di kongsikan.

Cuma penulis tertarik dan terpandang pada tarikh binaan yang terdapat pada jambatan sungai kepung ini yang tercatat dibina pada tahun 1939 sudah 75 tahun berlalu pada tahun 2014 ini. Difahamkan jambatan ini telah dibina semasa zaman penjajahan Inggeris.  Pasti ada cerita dan kenangan tersendiri pada mereka yang berkaitan dengan sungai kepung ini. Mungkin anda ada kisah dan kenangan disebalik jambatan 'sungai kepung' ini bolehlah dikongsikan bersama penulis.

Merujuk maksud kepung daripada kamus dewan (DBP)  ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APAKAH AHLI PARLIMEN JERANTUT MENYOKONG BANTAHAN PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN?

$
0
0
Sesi Fotografi "Say NO To Sturgeon" oleh Prof Dr Maketab Mohamad dan disertai oleh Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara serta aktivis alam sekitar (Bersongkok Ahli Parlimen Jerantut)
Gambar Berkumpulan MNS, PEKA dan Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara di Ibu Pejabat MNS di Kuala Lumpur.
 
Sesi perbincangan tidak rasmi untuk mengadakan Himpunan Alam 2014 oleh semua NGO-NGO alam sekitar yang turut disertai oleh Prof Dr Maketab Mohamad, Saudara Laili Basir, YB Nazlan Idris, Tn Hj Zulkefly Mohamad Omar dan Puan Sri Shariffa Sabrina dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA).

AAP- Bukan soal menyokong atau membantah projek ini, setidak-tidaknya Ahli Parlimen mendengar keluh kesah rakyat berkaitan dengan projek ini sudah memadai. Terserah pada beliau untuk menilaikannya akan baik buruk projek tersebut. Tahniah kepada beliau yang sudi membuat sesi perbincangan tidak rasmi bersama NGO berkenaan. Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Ada pihak yang sudah kerayan melihat gambar diatas?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

RONDA-RONDA KUALA TAHAN 18.08.2014

$
0
0
 
 
Hari ini penulis berkesempatan ronda-ronda ke Kuala Tahan sambil membuat tugasan. Sempat menjamu selera tengah hari di restoran terapung di Kuala Tahan ini makan ringkas sahaja :) Kelihatan air agak surut dan tidak keruh seperti diberitakan sebelum ini.

Kelihatan ramai juga pelancong yang datang bertandang ke mari bukan pelancong dalam negeri tapi pelancong luar negara. Sekarang kelihatan banyak restoran terapung telah dibina disini tidak sebelumnya cuma ada dua, tiga buah sahaja. Ada perubahan yang ketara dan teruskan saingan perniagaan yang sihat disana pasti sekiranya makanan sedap dan harga berpatutan tentu ramai yang akan menjamu selera disana. Sambil bercuti hujung minggu bagi orang tempatan atau orang luar daripada Jerantut.

Apapun tugasan saya hanya seketika sahaja kesana tidak sempat untuk mengambil banyak gambar kerana menyudahkan kerja yang hakiki lebih utama di kampung sekitar. Jika ada masa nanti kita akan sambung semula bersama gambar dan cerita yang lainya di Kuala Tahan ini. Catatan 18082014

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

$
0
0

 
KUALA LUMPUR: Projek Ikan Sturgeon di Sungai Tebung, Kuala Tahan dihentikan serta-merta selepas ia didapati dilaksanakan secara haram dan gagal mematuhi prosedur melibatkan aspek pembinaan dan alam sekitar.

Kelemahan projek itu yang dikesan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) selepas mendapat aduan penduduk kampung, disusuli pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar pada Khamis.

Berikutan pertemuan yang turut disertakan dengan penyerahan notis bantahan kepada kementerian terbabit, kerja-kerja menebang hutan di tapak projek berkenaan dihentikan.

Pengerusi MNS, Prof Dr Maketab Mohamed mendakwa projek tersebut dilaksanakan secara haram tanpa sebarang maklumat diberikan kepada penduduk kampung.

Justeru, beliau berkata, pihaknya dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris akan mengadakan dialog dengan penduduk kampung berkenaan dalam masa terdekat.

"Sesi dialog itu akan turut disertai Jabatan Perlindungan dan Taman Negara (Perhilitan) dan Felda Global Ventures Holding (FGV) bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Beliau berkata, spesies ikan sturgeon berbahaya kerana ia ikan pemangsa dan MNS bimbang jika terlepas ke Sungai Tembeling ia boleh menyebabkan ikan seperti patin, jelawat, kerai dan sebarau pupus.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim di Putrajaya semalam (Khamis), mereka berjanji pihak kementerian akan melihat isu berkenaan secara mendalam.

"Pada masa sama, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga akan dijalankan, namun ia akan mengambil masa sehingga sembilan bulan,” katanya pada sidang media di pejabat MNS di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, kira-kira 2,000 penduduk kampung akan terjejas dengan pelaksanaan projek yang dijalankan secara haram itu.

"Saya telah dua kali menghantar petisyen kepada kementerian berkenaan bulan lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

"Terdapat kira-kira 800 penduduk di mana sumber pendapatan mereka melalui eko-pelancongan dan pelaksanaan projek ini akan menyukarkan mereka, malah kami membantah kerana ia juga menyebabkan ekosistem terganggu,” katanya.

Kawasan hutan ditebang bagi membolehkan projek pembinaan ikan sturgeon dilaksanakan.

Berdasarkan laporan yang diperoleh, Abdul Jalil berkata, projek pembinaan ikan sturgeon yang dilaksanakan FGVH itu didapati tidak memasang sebarang papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.

"Bukan itu sahaja, kami kesal kerana hutan taman negara ditebang dengan sewenang-wenangnya untuk membina jalan masuk. Lebih mengecewakan apabila pihak pemaju mencuri bekalan air yang disalurkan untuk kegunaan penduduk setempat.

"Ada pihak yang bertanggungjawab menggunakan nama pihak berkuasa. Saya yakin mereka tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Difahamkan Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan ikan sturgeon sebagai spesies ikan yang dilarang untuk dibawa masuk ke negara ini.

Kawasan tanah seluas 20 hektar akan digunakan untuk membina kolam ikan sturgeon di kawasan Sungai Tebung, Kuala Tahan. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari hulu Sungai Tembeling. Sumber : Mstar.com.my


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAMPUNG SOM, DAMAK, ULU CHEKA, JERANTUT.

$
0
0
 Masjid Kampung Som Jerantut
Jambatan Sungai Som Jerantut
 Pekan Damak, Jerantut.
 Makam Pahlawan Pawang Nong
  Makam Pahlawan Pawang Nong
  Makam Pahlawan Pawang Nong
Masjid Pekan Sehari Kampung Ulu Cheka Jerantut.

Catatan destinasi untuk tugasan hari ini diantaranya Kampung Som, Pekan Damak, dan seterusnya sempat singgah ke makam Pahlawan Pawang Nong di Kampung Ulu Cheka, Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BUNGA KANTAN MENDAPAT PULANGAN HASIL LUMAYAN

$
0
0

Pokok bunga kantan yang banyak tumbuh liar di kawasan Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, memberikan sumber pendapatan tambahan kepada Ahmad Mustafa Yunus, 57, yang terbabit dengan aktiviti menanam dan menjual bunga herba itu sejak 20 tahun lalu.
Dengan kebun seluas dua hektar dia kini mempunyai 1,000 rumpun pokok berkenaan membabitkan tiga jenis iaitu bunga berwarna merah, putih dan merah jambu.

Aktiviti memungut hasil dilakukan setiap minggu dengan purata hasil antara 400 hingga 700 kuntum.

Ahmad Mustafa berkata, setiap minggu dia dan isteri Noorasiah Nafi, 54, ke kebun untuk membersih kawasan, melakukan penjarangan pokok, menanam semula, meracun dan memungut hasil.

Katanya, walaupun hanya pekerjaan sambilan namun dia tetap memberikan perhatian yang lebih.

Menurutnya, mengusahakan tanaman kantan tidak memerlukan perbelanjaan banyak, hanya membeli racun rumpai terpilih saja diperlukan manakala aktiviti membaja tidak diperlukan.

“Pokok kantan hidup subur di kawasan berair dan lembap,” katanya ketika ditemui.

Katanya, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga hingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok, hanya bunga yang belum kembang saja diambil bagi memastikan ia tidak mudah rosak dan busuk apabila terdedah cuaca panas.

“Harga bunga kantan bergantung kepada saiz dan jenisnya, harganya antara 40 hingga 70 sen sekuntum.

Sebelum ini setiap minggu saya menjual terus ke Pasar Selayang, Selangor dan Pasar Besar Kuantan, namun kini pemborong datang ke rumah untuk mendapatkan bekalan.

“Selama 15 tahun saya berulang-alik ke Pasar Selayang dan Pasar Besar Kuantan menjual bunga kantan termasuk pelbagai jenis sayur kampung seperti pucuk paku hijau, ulaman, rebung dan ubi.

“Kebanyakan sayur dan buah-buahan saya beli daripada penduduk kampung di kawasan Ulu Dong dan beberapa kampung berhampiran,” katanya yang mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang menyediakan modal permulaan dan benih. - Metro

Wassalam, Wa'allahhualam.
 
Viewing all 985 articles
Browse latest View live