Quantcast
Channel: AKU ANAK PAHANG
Viewing all 985 articles
Browse latest View live

DR. HAIRUDDIN MOHD ALI DIANUGERAH TOKOH GURU DAERAH JERANTUT.

$
0
0
JERANTUT 25 Jun - Meskipun sudah bersara sebagai seorang pendidik, namun dedikasi untuk terus menyumbang dalam bidang pendidikan membuatkan Dr. Hairuddin Mohd. Ali, 62, dipilih sebagai Tokoh Guru peringkat daerah di sini kelmarin.

Turut menerima Anugerah Tokoh Pendidik Veteran Jerantut iaitu bekas guru besar yang juga penggiat masyarakat, Mokhtar Dilu, 80.

Hadiah kepada kedua-dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajah Afzan di sini.

Hairuddin dan Mokhtar masing-masing menerima cenderamata, sijil penghargaan dan replika cek bernilai RM5,000 yang disumbangkan oleh Bank Rakyat cawangan Jerantut.

Ketika ditemui Hairuddin berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan tertinggi dalam kerjayanya sebagai pendidik selama 36 tahun di beberapa buah sekolah di daerah ini.

"Anugerah itu menguatkan iltizam saya untuk terus menabur bakti dalam dunia pendidikan peringkat tertinggi khususnya bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah termasuk sekolah kluster," katanya. Utusan Malaysia

AAP - Tahniah dan syabas pada beliau "Jasa mu tetap dikenang" Secara peribadi penulis juga pernah menjadi anak murid beliau semasa belajar di sekolah Menengah dahulu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN APA KESUDAHAANYA NANTI?

$
0
0
Satu pemandangan biasa di jalan raya yang menghubungkan bandar Jerantut dan kawasan Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Berpuluh lori balak akan melalui jalan ini setiap hari. Apabila jalanraya rosak dan semua penduduk merungut, peruntukan dengan nilai berpuluh juta ringgit akan diminta untuk memperbaiki jalanraya tersebut. Siapa yang meminta dan akan mendapat projek tersebut tidak perlu dihuraikan. Moralnya bukan satu perjalanan yang indah jika anda melalui kawasan berkenaan.

Selepas projek Caviar Park berjalan, difahamkan ada banyak lagi kawasan hutan yang akan digondolkan untuk projek-projek lain seperti Bandaraya Hutan, Safari Park, Projek Ladang Getah & Gaharu dan sebagainya. Teringat kepada iklan NRE - Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan biodiversiti. Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Apakah pihak berwajib hanya melihat sahaja tanpa ada pengetahuan dan tindakan, kenapa untuk apa bagaimana dan apa sudahnya nanti?Sudahnya situasi yang sekan dibiarkan ini pasti mengundang musibah untuk alam ini khasnya Taman Negara Pahang sendiri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR SEKITAR PASAR MALAM DAN PEKAN SEHARI BANDAR JERANTUT

$
0
0
 
 
 
 
 
 
Barangan Tembaga 
 Buah Kuling ada juga yang menyebut buah ketuk ditangga :)
 Buah Kembang Semangkuk
 
Hari ini berkesempatan pergi ronda-ronda ke tapak pekan sehari dan pasar malam Jerantut di tapak yang baru kerana tapak lama sebahagaiannya akan di bangunkan dengan tapak kedai yang baharu. Sebelum ini tapak pasar malam dan pekan sehari ini agak kecil dihimpunkan disuatu kawasan lapang , kini sebahagian jalan-jalan berkaitan telah di gunakan untuk peniaga di pasar malam dan pekan sehari di Jerantut ini.

Sememang kawasanya agak luas dan boleh memenatkan jika anda berjalan daripada satu tapak kepada tapak yang lainnya. Jom ronda-ronda sambil bersantai pelbagai barangan ada dijual disini. Waktu urusniaga pekan sehari bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, pasar malam bermula 5.00 petang sehingga 9.00 malam. Jom ke pasar malam dan pekan sehari Jerantut tentu ada barangan yang menjadi tarikan dan perhatian anda.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PETUA HILANGKAN PENYAKIT JANTUNG, KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI.

$
0
0
Petua perubatan daripada Ustaz Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kepada anda diluar sana boleh mencuba petua mudah dan ringkas ini. Ambil sebiji kelapa muda yang sedang berhinggus (isi lembut) + 3 batang serai yang dketuk + 7biji halba. Dipanaskan dan diminum airnya, amalkan selang sehari sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dalam masa 14 hari. Selamat mencuba insya allah keberkesanan khabranya  80% sudah berjaya Alhamdullillah.



SHARE tip penting ini kepada rakan anda yg menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi . Selamat mencuba.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR : 10 MASJID TERCANTIK DIDUNIA

$
0
0
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India
Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura
Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan
Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.

10) Masjid Qol Shariff, Rusia
Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam. - SUMBER: www.indiatvnews.com Post By : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

MAKAM RASULULLAH BAKAL DIMUSNAHKAN?

$
0
0
Arab Saudi – Hanya disebabkan tindakan sesetengah individu yang melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama, satu cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi untuk merobohkan makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan antara tempat paling dihormati oleh maysarakat Islam.

Melalui cadangan tersebut makam tersebut bakal dirobohkan manakala jasad baginda akan dipindahkan ke sebuah kubur tanpa nama (yang akan dirahsiakan)

Menurut laporan portal The Independent cadangan tersebut merupakan sebahagian daripada dokumen berhalaman 61 muka surat, yang dikemukakan oleh para akademik terkenal negara tersebut.

Kajian akademik tersebut telah mengemukakan cadangan itu sebagai sebahagian daripada dokumen perundingan yang telah diedarkan di kalangan penyelia Masjid Nabawi, Madinah, di mana terletaknya makam Nabi yang dikunjungi berjuta-juta jemaah haji dan dianggap sebagai tapak kedua paling suci bagi umat Islam.

Ulama Arab Saudi yang dilihat kuat berpegang kepada fahaman Wahabi, sebelum ini telah melarang keras sebarang bentuk pemujaan, penyembahan ‘berhala’ atau apa-apa objek yang dianggap sebagai amalan ‘syirik’ dan melanggar hukum syarak.

Beberapa halaman dokumen perundingan yang baru sahaja diterbitkan menggesa kemusnahan bilik serta kawasan sekitar kubur – yang pernah digunakan oleh ahli keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Sementara itu Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Dr. Irfan al-Alawi melahirkan rasa kesal atas cadangan tersebut.

“Orang ramai yang menziarahi masjid Nabi untuk melihat kawasan rumah baginda dikatakan telah berpaling ke kawasan makam untuk bersolat (menjadikan makam sebagai kiblat).

“Disebabkan mahu menghalang perbuataan (syirik) itu mereka mencadangkan untuk memindahkan jasad baginda” ujarnya.

Dr. Irfan menjangkakan, cadangan tersebut bakal menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.

“Saya pasti seluruh dunia Islam akan terkejut terhadap perkara ini dan ia akan menyebabkan kemarahan,” jelasnya.

Sehingga kini, tiada sebarang keputusan yang diambil berhubung cadangan tersebut.

Ketika ini Masjid Nabawi boleh menampung 800,000 jemaah pada satu-satu masa. Manakala pada tahun depan, ia dijangka bakal mencecah sehingga 1.2 juta jemaah ekoran pembangunan yang terangkum melibatkan Madinah dan Mekah dengan kos sebanyak SR300 bilion.

Perluasan masjid ini semasa era Raja-raja Saudi kedua bermula 1994 merupakan yang terbesar. Pada perluasan pertama 1950-an, masjid dapat menampung 28,000 jemaah tetapi pada 1990-an dengan ditambah ruang-ruang halaman, kapasiti jemaah mencapai angka sedia ada.

Selain Raudhah dan Makam Nabi, mimbar dan mihrab dalam bahagian masjid ini ada kisah menariknya. Pada mulanya atap masjid Rasulullah ini dipasang pada batang kurma (maksudnya batang tersebut menjadi tiang penyangga). Maka Nabi apabila berkhutbah, baginda berdiri dekat batang tersebut dengan terkadang berdiri cukup lama. Lalu, seorang wanita Ansar menyapa: “Wahai Rasulullah, bolehkah kami membuatkan mimbar untukmu. Rasulullah menyetujuinya.

Kemudian para sahabat membuatkan mimbar untuk baginda. Tiga anak tangga dibuat dari pohon thurfa’. Pada Jumaat berikutnya, beliau berkhutbah di atas mimbar, maka batang kurma tersebut menangis – berteriak seperti rengekan bayi.

Kemudian Nabi turun dan memegang pohon tersebut. Pohon itu teresak-esak seperti bayi yang didiamkan. Rasulullah bersabda: “Pohon itu menangis kerana tidak lagi mendengar zikir yang biasa didengarnya.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, sabda Nabi: “Di antara rumah dan mimbarku adalah salah satu taman syurga. Dan mimbarku ini ada di atas telagaku.” Sumber :  ­http://www.suara.tv

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

AKAUN FACEBOOK PALSU TENGKU MAHKOTA PAHANG DAN TENGKU PUAN PAHANG

$
0
0

Polis siasat Facebook palsu menggunakan nama Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan. Sumber : Polis Pahang | Utusan Malaysia.

KUANTAN, 3 Sept (Bernama) -- Laporan polis dibuat hari ini berhubung tiga akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas kepada Tengku Mahkota Pahang, Abdul Rahim Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 9.55 pagi ini.

"Saya telah buka laman Facebook itu dan dapati tiga akaun Facebook telah dibuka iaitu satu akaun atas nama Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua akaun atas nama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Akaun ini tidak diketahui siapa yang menguruskannya, terdapat komen-komen yang memalukan Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Hal ini amat dipandang serius dan boleh memburukkan nama baik institusi Diraja Pahang. Saya telah dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang untuk buat laporan polis bagi siasatan," kata Abdul Rahim kepada Bernama selepas membuat laporan polis itu.

Katanya, Tengku Abdullah meminta supaya akaun Facebook palsu berkenaan dipadamkan.

Abdul Rahim berkata, beliau juga telah menghantar pesanan ke semua 'admin' akaun Facebook palsu berkenaan bagi memadam laman sosial palsu tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata siasatan awal mendapati tiada unsur hasutan dalam laman sosial palsu berkenaan dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan. - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KERANG SEKITAR PERLABUHAN KUANTAN DICEMARI TOKSIN DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

$
0
0
KUANTAN : Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang di sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelam, dekat sini mengandungi toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang boleh menyebabkan kematian kepada individu yang memakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram di pelabuhan itu pada 1 Ogos lalu.

Katanya, keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) per 100 gram.

"Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g. Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi  www.bharian.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO BUAH TABAN DAN BUAH TAMPOI

$
0
0

Ada pihak yang mengatakan"Buah Taban" lebih kurang sama dengan Buah Tampoi. Beza taban dengan tampoi,  buah taban tumbuh pada batangnya dan tampoi pula pada semua bahagian pokok. Isi buah taban agak kejul atau kenyal sedikit. Sementara tampoi agak lembut isinya dan rasanya seakan sama sahaja masam-masam manis. Jika kurang masak mungkin ada rasa sedikit pahit.
Buah Tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa @Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Orang Asli dari suku Jakun, Suadi, 43, menggantung buah tampoi yang dijual digerainya di tepi jalan berdekatan Kampung Soi, Jalan Kuantan-Pekan semasa tinjauan foto BERNAMA, di Kuantan, Pahang. Satu ikat dijual pada harga RM5. Buah hutan ini dikatakan hanya berbuah setiap tujuh tahun sekali dan kini merupakan musim pokok itu berbuah.Menurut Choteng, suaminya bersama beberapa rakan terpaksa meredah hutan tebal di kawasan berdekatan sejauh 20 kilometer untuk mencari buah tersebut. Jadi tidak hairanlah buah tampoi kebanyakannya dijual oleh masyarakat Orang Asli kerana buah itu hanya boleh didapati di dalam hutan dan sukar didapati di pasaran. Dengan isinya yang lemak manis, buah itu menjadi pilihan orang ramai terutama penggemar buah-buahan tempatan. - Bernama

Apakah kedua-dua jenis buah ini sama sahaja, cuma berbeza pada sebutanya sahaja? Penulis juga kurang pasti, atau sememang ada perbezaanya? Jika sekali pandang mungkin buah ini seakan sama sahaja.  Buah ini sekiranya di Pahang lebih popular disebut "Buah taban". Buah tampoi juga dikenali dengan nama "Buah Larah" di Hilir Perak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO DAN GAMBAR MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN, PAHANG.

$
0
0
Hari ini penulis berkesempatan singgah ke Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang. Sambil-sambil menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Jadi sempatlah mengambil gambar-gambar yang berkaitan. Sekadar di kongsikan bersama untuk tatapan anda, yang mana mungkin masih tidak berpeluang berkunjung kemari. Jom lihat gambar-gambar yang berkaitan disini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sedikit  info Muzium Sultan Abu Bakar ialah sebuah muzium di Pekan, Pahang yang memiliki himpunan barang-barang sejarah yang kaya dengan nilai sejarahnya. Terletak di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini mempamerkan barang-barang antik yang termasuk banyak barang-barang China kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, dan raja.

Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan dengan raja-raja kunonya, didokumenkan dengan baik dalam muzium ini. Bangunan muzium ini adalah asalnya tempat kediaman Residen British yang pertama di Pahang, dan bertarikh 1880-an. Sejak masa itu, bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun dan kemudiannya, sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar. Sekarang ianya dijadikan Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG RELONG, KUALA LIPIS, PAHANG.

$
0
0
Asal usul Kampung Relong menurut fakta sejarah dan salasilah yang ditinggalkan oleh datuk-nenek moyang menunjukkan bahawa nama kampung Relong diberikan oleh seorang yang bernama Tok Linggi pada tahun 1790. Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat Indonesia. Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu di mana destinasi pertamanya ialah Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, adik-beradik ini telah berpecah dengan merantau dimana seorang daripadanya ke Negeri Perak. Seorang ke Negeri Johor, dan seorang lagi ke Negeri Selangor. Manakala Tok Linggi dan bersama seorang adiknya meneruskan perjalanan mereka dengan berjalan kaki ke Negeri Inderapura (Pahang) hingga sampai ke tempat yang dinamakan Semantan di Daerah Temerloh.

Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 oarang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang. Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku.

Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat permandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong. Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.
Sumber gambar : artmelayu.blogspot.com
Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong. Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini. Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Penijau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Peninjau juga merupakan tempat asal beliau.

Dato’Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampung Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato’ Linggi dan asal usulnya. Yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Hampir sebahagian besar daripada penduduk di Kampung Relong kini dan sebahagiannya di kampung berdekatan seperti kampung Berchang, Kampung keledek dan Kampung Lubuk Kulit ialah generasi Tok Linggi. Namun begitu,sekiranya kita bertanyakan mereka berkenaan dengan teremba mereka,pastinya jawapan mereka ialah ketidakpastian dengan keturunan mereka daripada anak Tok Linggi yang keberapa atau mereka sendiri dari keturunan mana.

Teremba atau juga dikenali sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama. Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba. Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adapt Teremba atau Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adapt dan hokum-hukum hidup bermasyarakat. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini, kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah, keturunan Dato’Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato’Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asal usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim.

SEJARAH DATO’LINGGI BERDASARKAN KOLEKSI CERITA-CERITA LISAN KETURUNAN DATO’LINGGI YANG MENETAP DI KAMPUNG RELONG

1.    Dato’Linggi nama asalnya Dato’ Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga
2.    Dato’Linggi pernah menjadi Sultan Kerajaan Johor-Riau
3.    Dato’Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.
4.    Dato’Linggi juga merupakan orang ahli agama, alim dan warak.
5.    Dato’Linggi dikatakan sampai ke Kampung Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg.Pahang, Sg.Jelai dan singgah di suatu tempat yang dianmakan ‘Padang Tengku” bersempena dengan gelaran ‘Tengku’ yang diwarisi oleh Dato’ Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg.Telang.
6.    Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato’Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampung Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (Relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.
7.    Dato’Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kampung Relong dan keturunannya menetap di sini sehingga ke hari ini.
8.    Dato’Linggi tidak memakai gelaran Sultan atau Tengku bagi menghindarinya daripada dikenali oleh orang luar yang mungkin datang untuk membunuhnya. Anak-anak Baginda juga tidak menggunakan gelaran tersebut.
9.    Dato;Linggi pernah dicari oleh orang-orang luar yang mengaku wakil Bendahara tetapi tidak berjumpa kerana Baginda menggunakan nama-nama lain seperti yang tersebut diatas.
 

Sumber.
Pepustakaan Desa Kampung Relong
dengan kerjasama Penyelia Zon 5 PD-PNM (Puan Faridah Mustafa)

Sumber dan Links:
1. toklinggi-zulkarnain.blogspot.com (salahsilah-tok-linggi-relong)
2. ainhizcom.blogspot.com (keturunan-mahudin-cucu-tok-linggi)
3. utusan (Perhimpunan 4,000 ahli keluarga keturunan Tok Linggi)
4. rajaahmad.blogspot.com (sejarah-dato-ahmad-dato-linggi-kg-relong)
5. relongkini.webs.com (sejarah)
6. artmelayu.blogspot.com (makam-tomb-of-tok-linggi-kampung-relong)
7. http://lamanperpustakaan.blogspot.com ( Sejarah Kampung Relong - Dato Linggi)

# Post By : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI DAN NAMA WILAYAH LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (LKTP) FELDA DI PAHANG.

$
0
0
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia. - Wikipedia.org

Berikut ialah senarai tanah rancangan FELDA yang terdapat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Felda Wilayah Kuantan ( PAHANG )
1. Felda Bukit Goh
2. Felda Bukit Sagu 01
3. Felda Bukit Sagu 02
4. Felda Bukit Sagu 03
5. Felda Chini 01
6. Felda Chini 02 -
7. Felda Chini 03
8. Felda Chini 04
9. Felda Chini 05 -
10. Felda Chini Timur 01 -
11. Felda Chini Timur 02
12. Felda Chini Timur 03 -
13. Felda Kampung New Zealand
14. Felda Keratong 01
15. Felda Keratong 02
16. Felda Keratong 03
17. Felda Keratong 04
18. Felda Keratong 05
19. Felda Keratong 06
20. Felda Keratong 07
21. Felda Keratong 08
22. Felda Keratong 09
23. Felda Keratong 10
24. Felda Lepar Hilir 01
25. Felda Lepar Hilir 04
26. Felda Lepar Hilir 02
27. Felda Lepar Hilir 03
28. Felda Lepar Utara 01
29. Felda Lepar Utara 02
30. Felda Lepar Utara 04
31. Felda Lepar Utara 03
32. Felda Selanchar 01
33. Felda Selanchar 02
34. Felda Selanchar 03
35. Felda Selanchar 04
36. Felda Selanchar 05
37. Felda Selendang 01
38. Felda Selendang 02
39. Felda Sungai Panching Timur
40. Felda Sungai Panching Selatan
41. Felda Sungai Panching Utara

Felda Wilayah Mempaga (Pahang )
1. Felda Bukit Damar
2. Felda Bukit Kepayang
3. Felda Bukit Mendi
4. Felda Bukit Puchong
5. Felda Chemomoi
6. Felda Chegar Perah 01
7. Felda Jenderak Selatan
8. Felda Jenderak Utara
9. Felda Kechau 01
10. Felda Kemasul
11. Felda Kampung Sertik
12. Felda Krau 01
13. Felda Kumai
14. Felda Lakum
15. Felda Lembah Klau
16. Felda Lurah Bilut
(FELDA TERAWAL DI MALAYSIA DI BUKA PADA TAHUN 1958)
17. Felda Mayam
18. Felda Mempaga 01
19. Felda Mempaga 02
20. Felda Mempaga 03
21. Felda Mengkuang
22. Felda Purun
23. Felda Rentam
24. Felda Sebertak
25. Felda Sungai Kemahal
26. Felda Sungai Koyan 01
27. Felda Sungai Koyan 02
28. Felda Sungai Koyan 03
29. Felda Tembangau 01
30. Felda Tembangau 02
31. Felda Tementi
32. Felda Tersang 01
33. Felda Tersang 02
34. Felda Tersang 03 -
35. Felda Tersang 04
36. Felda Triang 01
37. Felda Triang 03

Felda Wilayah Jengka ( PAHANG )
1. Felda Jengka 01 (Anggerik)
2. Felda Jengka 02 (Cempaka)
3. Felda Jengka 03 (Dahlia)
4. Felda Jengka 04 (Kemboja)
5. Felda Jengka 05 (Kekwa)
6. Felda Jengka 06 (Keembong)
7. Felda Jengka 07 (Kenanga)
8. Felda Jengka 08 (Kesidang)
9. Felda Jengka 09 (Kesumba)
10. Felda Jengka 10 (Mawar)
11. Felda Jengka 11 (Melati)
12. Felda Jengka 12 (Melor)
13. Felda Jengka 13 (Puteri Malu)
14. Felda Jengka 14 (Raya)
15. Felda Jengka 15 (Semarak)
16. Felda Jengka 16 (Sena)
17. Felda Jengka 17 (Sri Pagi)
18. Felda Jengka 18 (Seroja)
19. Felda Jengka 19 (Siantan)
20. Felda Jengka 20 (Tanjung)
21. Felda Jengka 21 (Teratai)
22. Felda Jengka 22 (Terkis)
23. Felda Jengka 23 (Tonkin)
24. Felda Jengka 24
25. Felda Jengka 25
26. Felda Bukit Tajau
27. Felda Kota Gelanggi 01
28. Felda Kota Gelanggi 02
29. Felda Kota Gelanggi 03
30. Felda Kota Gelanggi 04
31. Felda Kampung Awah
32. Felda Padang Piol
33. Felda Sungai Nerek
34. Felda Sungai Retang
35. Felda Sungai Tekam
36. Felda Sungai Tekam Utara
37. Felda Ulu Jempol

Jumlah keseluruhan Felda yang terdapat di Malaysia ialah 321 Felda. Di Pahang sahaja terdapat tidak kurang 115 penempatan tanah rancangan Felda yang terbahagi kepada beberapa wilayah seperti diatas. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Federal Land Development Authority (FELDA)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

JALAN PALOH HINAI - SEGAMAT AMAT BAHAYA APA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB?

$
0
0
Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan sebuah kereta di jalan Paloh Hinai - Segamat pada pagi tadi. Gambar Ehsan Facebook Polis Pahang. 12.09.204
SEJAK bertahun-tahun lalu, penduduk meminta pihak berkuasa membina lampu isyarat di simpang empat di Jalan Kuantan-Muadzam Shah, Paloh Hinai dekat Pekan, Pahang bagi mengurangkan kemalangan di kawasan itu.

Persimpangan berhampiran Sungai Pahang itu dikatakan telah banyak meragut nyawa pengguna jalan raya berikutan ketiadaan lampu isyarat. Selain lampu isyarat, ketiadaan papan tanda peringatan kepada pemandu supaya mengurangkan kelajuan sebelum tiba di persimpangan tersebut turut mengundang kemalangan. Jalan Kuantan-Muadzam Shah merupakan antara laluan utama penduduk Pahang untuk menuju ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

AAP - Bilakah agaknya jalan ini akan diselenggarakan sebaiknya? dibesarkan dan dilebarkan laluan daripada simpang Gambang ke Segamat? Di persimpangan empat Batu Balik - Pekan - Kuantan - Segamat dekat Paloh Hinai sering kali berlaku kemalangan. Sebaiknya dipersimpangan ini dipasang lampu isyarat dengan kadar segera, kerana kerap kali disini berlakunya kemalangan dan telah meragut banyak nyawa. 

Kemalangan dilaluan ini sudah sampai tahap kritikal. Persoalanya sampai bila pihak berwajib tidak mengindahkan perkara tersebut? tanpa berbuat sesuatu yang memberi manfaat pada pengguna jalanraya disana? Moralnya bagi anda yang ingin atau sudah biasa menggunakan jalan ini kenalah berhati-hati, malang tidak berbau. Pasti laluan ini amat bahaya sekali terutama bagi mereka yang jarang melalui kawasan tersebut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TOKOH BUDAYA PAHANG : BIODATA DATO' ARIPIN SAID

$
0
0
DATO' ARIPIN SAID (Aripin bin Said)

Lahir 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera, Temerloh, Pahang. Di alamat 25, Jalan 1/4, Kembangsari, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

ARIPIN SAID, penulis sastera kreatif yang juga terkenal dengan cerita dan lagu-lagu rakyatnya. Beliau membuat penyelidikan mengenai budaya tradisional sekali gus menulis dan menyanyikan lagu-lagu tradisi tersebut.

Aripin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Kebangsaan Kuala Bera, Pahang. Pendidikan menengahnya pula di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Beliau memasuki Maktab Perguruan Kuantan pada sesi 1967/1969. Setelah keluar dari maktab pada tahun 1969, Aripin mengajar di beberapa buah sekolah di Terengganu dan Pahang. Jawatan terakhirnya dalam bidang perguruan ialah sebagai Guru Besar di Sekolah Triang, Pahang. Pada sesi pengajian 1976/1977, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Aripin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1986 dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kecintaan Aripin Said terhadap arena penulisan bermula sewaktu di sekolah menengah lagi. Beliau menjadi editor majalah Sekolah Menengah Abu Bakar sejak dalam tingkatan empat. Minatnya ini semakin mendapat asuhan ketika beliau berada di Maktab Perguruan Kuantan. Beliau pernah memenangi pelbagai peraduan mengarang semasa di maktab ini di samping mula menulis untuk akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

Bersekolah pada tahun-tahun 1960-an memang sukar untuk mendapat bahan-bahan bacaan. Namun bagi Aripin Said, gurunya, Abdullah Hashim Haji Musa selalu meminjamkannya buku-buku cerita, akhbar dan majalah. Akhbar yang sampai ke sekolah di pedalaman pada waktu itu ialah Panduan Rakyat (Jawi) dan majalah Mutiara (Jawi). Ternyata budi guru ini secara tidak langsung memupuk minatnya kepada sastera sehingga berkembang ke sekolah menengah. Aripin mendapat bimbingan daripada dua orang guru yang bukan sekadar mengajar bahasa dan sastera Melayu, tetapi juga merupakan aktivis dalam bidang itu. Guru tersebut ialah Abdul Jalil Mohd. Yusof (Allahyarham) yang sering menyumbangkan rencananya di akhbar dan majalah, dan Dzulkarim Daud, seorang dramatis terkenal tanah air yang pernah bergiat dalam Kumpulan Seriwana, Singapura. Di bawah pimpinan Cikgu Dzulkarim, Kumpulan Drama Sekolah (KUSEDRA), selain mementaskan drama di sekolah, kumpulan ini juga sering membuat pementasan di sekitar Bandar Temerloh. Dari sinilah Aripin mula belajar berlakon dan menulis skrip drama.

Aripin Said dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin, seorang bidan kampung yang terkenal di Mukim Bera. Sebagai seorang bidan, tentu sahaja Zaleha mempunyai banyak cerita, petua serta ungkapan bahasa yang menarik. Semasa kecilnya itu, Aripin Said sering mendengar neneknya bercerita.

Sehingga kini, lebih daripada 200 buah cerpen dan 200 buah puisi yang telah dihasilkannya. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah di tanah air seperti Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Budaya, Mastika, Sarina, Al-Islam, Kiblat, Jelita, Majalah Sukan, Pemimpin, Sistem Pelajar dan lain-lain lagi.

Beliau juga diberi ruangan khusus dalam Dewan Sastera, yang bertajuk, "Sastera Klasik" dalam Pelita Bahasa di bawah tajuk, "Peribahasa"; ruangan "Sastera dan Budaya" dalam Utusan Zaman dan "Kebijaksanaan Silam" dalam Utusan Malaysia.

Penulis yang selalu menjelajah dari kampung ke kampung ini amat senang dengan lingkungan kehidupan yang sederhana. Penulis-penulis Pahang seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Zakaria Hitam dan Ahmad Kotot (kesemuanya Allahyarham) adalah guru dunia kreatifnya, malah dianggapnya seperti bapa. Daripada tiga orang tokoh penulis besar inilah, Aripin Said banyak menimba pengalaman dan mendapat nasihat dan bimbingan.

Sepanjang kegiatan berkarya, Aripin telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan-badan tertentu. Antara hadiah yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Pustaka Kelantan pada tahun 1978; Peraduan Mengarang Cerpen Islam pada tahun 1979; Peraduan Menulis Cerita Lucu Kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka 1983; Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1987 (puisi), 1990 (cerpen), 1991 (cerpen remaja) dan 1992 (cerpen remaja). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. memenangi Hadiah Buku Kebangsaan 1990 bagi kategori klasik remaja.

Dalam beberapa tahun terdekat, Aripin lebih dikenali dengan persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat sambil memukul rebana dan bercerita tentang akhlak yang patut ada pada anak-anak. Persembahan bentuk ini mempunyai khalayaknya yang tersendiri. Selain membuat persembahan di Kuala Lumpur, Aripin turut mempersembahkannya di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam; di Colombo, Hanbantota, Candy, Newrwalla, Gale di Sri Lanka; di Bandung, Jakarta, Bali, Ujung Pandang dan Medan di Indonesia; di kawasan-kawasan perumahan di Singapura hinggalah ke Leiden di Belanda; di Rochester dan London di United Kingdom hingga ke negara-negara Perancis dan Jerman.

Di tanah air, beliau menjadi anggota pelbagai pertubuhan yang ada hubungannya dengan sastera, bahasa dan budaya. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP). Beliau juga menjadi anggota Persatuan Asia Diraja Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Sarjana Melayu Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP pada tahun 1978/1979. Pada tahun 1978, beliau menjadi Setiausaha Hari Puisi Nasional yang diadakan di Kuantan. Pada tahun 1978 juga, beliau menyertai delegasi Malaysia ke Pertemuan Penyair ASEAN Pertama di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Beliau juga menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Padang, Bandar Seri Begawan, Singapura dan di Kuching.

Dalam hubungannya menangani perkembangan sastera dan budaya di Negeri Pahang Darul Makmur, beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang bermula pada tahun 1983. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa kesenian dan kebudayaan di negeri tersebut. Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, sempena sambutan hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 1990, telah mengurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada Aripin Said bagi menghargai kebaktiannya dalam bidang budaya. Kini Aripin Said bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia. Beliau memberi kuliah tentang bahasa dan sastera di Fakulti Pengajian Pendidikan di universiti tersebut. KARYA Novel - Resah dalam Cinta. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1980 Novel Remaja - Anak Kampung Batu Uban. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1984 - Di Tengah Ladang Menghijau. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988 - Menongkah Gelombang. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1989 - Suara Piano Rumah Banglo. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1990. Sumber : http://dbp.gov.my/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAMUS LOGHAT PAHANG : LOGHAT PEKAN BANDAR DIRAJA.

$
0
0
Loghat Pahang secara am mungkin sama sahaja diantara satu daerah dengan daerah yang lainnya. Cuma mungkin sedikit berbeza daripada gaya percakapan dan sebutannya. Mungkin disebabkan terpengaruh dengan sebutannya lalu perkataaan tersebut dieja atau ditulis dengan sebutan daerah tersebut. Apa pun jom kita semak kamus loghat Pekan ini dan dijadikan pengetahuan bersama.

Saya = aku / kawan / kuan
awak = awok / aok / engka / ka
kamu = awok me / aokmer / wokmer / engka me
panggilan kpd org yg tidak dikenali atau tidak tahu namanya = awang / wok / mat / chot / sioh / nine / atan. ( bergantung kpd usia, tempat dan situasi. )

PERKATAAN


Acu / Ace = ( cuba )
Aruk / mengaruk = ( Mengacau / mengganggu )
Ampoh = ( tenggelam )
Antang = ( Merujuk sesuatu tempat )
Agah / Agoh = ( Gertak / sergah )

B
Babir (Babey) = ( Degil )
Bacin = ( Busuk / bau yang xmemuaskan )
Bacun = ( Penakut )
Bantai(Bantei) = ( Ikut suka / ikut dan )
Bogula = ( Buah gula / gula -gula )
Bakpe = ( kenapa begitu? )
Bertonyeh = ( Mengadap / menyakat )
Balor(Baloo) = ( pukul / ikut suka )
Bale = ( Bahaya )
Belanor = ( berlinang air / air tumpah atas lantai )
Bele = ( baiki / mempelihara binatang )
Belebas = ( Tembok )
Bebolot = ( Bergumpal )
Beghagas = ( Byk songeh / nak cepat je )Bejoben = ( Rambut Panjang )
Belaka(Belake) = ( semua )
Bedo'oh / Pedo'ah/Pedo'oh = ( ckp menipu / kelentong )
Bedongei = ( Berkelahi / Gadoh )
Bengkek = ( Bengang )
Benggey = ( Bodoh / berbongol )
Berdarang(Bedaghang) = ( jadi haus / nipis / jarang )
Berdering = ( Teramat sangt )
Berdaung = ( Bunyi yang kuat )
Berbaloh = ( bergaduh )
Berbilar = ( bargaris2 / berbelang2 )
Berkaroh(Bekaghoh) = ( Kotor )
Berambi(Beghambi) = ( beralus / hati2 )
Beronor = ( Beragam / banyak kerenoh )
Bembat = ( Pukul )
Bercepida / cepida = ( lari laju / mencicit )
Bercelabir = ( koyok rabok )
Berselayot = ( Berjurai / bergantungan )
Berjehek = ( tak habis / buat punoh )
Berlengas = ( Melekit )
Berlemein = ( berkilat / berminyak )
Bersepu'as = ( berdanu / sepudey / kotor )
Berpinor = ( pusing mata )
Berkampong = ( Jarak yang jauh )
Berkarat = ( Berkelahi )
Bertenjet = ( berdiri atas jari kaki / menjengket )
Beskei = ( Basikal )
Betapuk = ( Kotoran / bertompok-tompok )
Birat = ( Bertanda / kesan berjalur )
Biroh = ( Gatai / miang )
Birei = ( Tepi bucu )
Bobok = ( Ckp menipu / besar )
Bojei = ( Boroi / benda tersendat nk tkeluar)
Bongkeh / ongkeh / congkey = ( mengeluarkan sesuatu )
Bok = ( bawak )
Boko = ( dulang / talam )
Boyok = ( Main kejar - kejar )


Cakne = ( Ambil kisah / peka )
Cagang = ( tegak )
Cair beley / cair londe = ( terlalu cair )
Cebet = ( jinjing / kepit )
Cebok = ( bekas ambil air / cengtong )
Cekit = ( Cubit Halus / cekik kecil )
Cemuih = ( Jemu / Bosan )
Cempida - Lari lentang pukang.
Cekok / secekok = (berani / /ukuran bg segenggam sayur )
Cending = ( kurus / mengjengkelkan / annoying )
Cengengeng = ( Terlalu Manja )
Ceporeng = ( Comot / kesan kotor )
Cengkadak = ( Hal / masalah / songeh )
Cike = ( muntah2 )
Cikenit = ( sejenis binatang kecil suka mkn darah manusia )
Copey = ( letak sesuatu di hujung / bucu )
Colot = ( melurutkan / lucut )
Cokeng = ( terangkat )
Celabok = (Jatuh )
Cukar / kukar = ( Cakar )
Culas = ( Malas / liat sngt / susah sngt )


Dabei = ( kolar baju )
Damor = ( Berbekas / Kesan )
Danu/ Danor / berdanu / Berdanor = ( Kotor / daki )
Deras = ( cepat skit )
Dedor = ( suam2 )
Dugal = ( Loya )
Dok = ( tidak )
Dok eh = ( tak lah )

Erot = ( tak Lurus )
Encot = ( Jalan xbetul )
Enggeh = ( bangang / kebodohan / gila )

G  
Garit : ( Calor )
Gebor = ( selimut )
Gelenya = ( berpeleseran / gedik )Gelendang = Lalu Lalang depan orang )
Gelembong = ( ada Ruang Kosong timbul )
Gereseng = ( Periuk Besar )
Gerudung geradang/ begerapok = ( bising sangat )
Gertok = ( Sergah / Ugut )
Geretok = ( Jambatan )
Geronyeh = ( kunyah / makan )
Getan = ( geram / mencuit hati ; merujuk kpd benda yg comel terutamanya )
Getek/Ghetek = ( Juga / mintak )
Gege = ( gelak ketawa hingga mengigil badan )
Gendembir = ( Perut byk lemak / lembik )
Gedabak = ( Besar sngt )
Gedoboih = ( Besar sngt )
Gelegor = ( Besar sngt )
Gelebeh/ geleber = ( Berlipat2 / berkedut2 )
Gohek = ( kayuh )
Gamoknya = ( Agaknya )
Gobok = ( almari )
Garut = ( calar )
Ganyut = ( terlalu tua )
Godey = ( kacau sesuatu dalam bekas )
Gostan = ( Undur / reverse )
Gonyeh = ( Kunyah / Mamah )
Gonyuh = ( Gosok kuat2 )
Godong / Rodong = ( Kawan2 )
Ghebeh = ( Jatuh / bukan dari kedudukan asal )


Haek = ( yang )
Hampuras = ( teruk sngat )
Hencang / Nyok / Tijok = ( Pijak )
Himun = ( Belagak / megeng / ma )
Henje = ( duduk tok kira doh / ikut suka / ikut dan )
Hogoh / ogoh = ( Goyang / goncang )
Hogek = ( Goyang / goncang / hogoh )


Jabir = ( plastik beg)
Jabuk / berjabuk = ( Janggut @jambang / tunggu lama )
Jelatat = ( ligat / mcm gedik2 )
Jebik = ( Buat Bibir bawah ke depan )
Juweh = ( dagu panjang Gigi kedepan )
Jemerang = ( Menyeberang / melintas )
Jenuh = ( Puas )
Juring = ( Hirisan / seiris )Julei / Juntei = ( Juntai )
Jeneghe = ( Lena )


Kabir = ( Lambai / Panggil )
Kebir - kebir = ( tidak tahu menahu )
Katang = ( tegap / sasa )
Keletark = ( contoh hasil Bunyi sesuatu )
Kamtandang = ( Macam Mencarut )
Kampit = ( Bahasa Kasar / mencarut dlm bahasa pekan )
Kanguk = ( bodoh )
Kantup = ( tutup )
Kapor = ( berkapor / bersepah2 / selerak )
Karang = ( Nanti )
Karok = ( daun nyu ikat menjadi obor utk berjalan malam zaman2 dlu )
Kebuntor = ( Perut buncit Terlampau kenyang )
Kecek = ( meminta/ memujuk)
Kedahlun = ( Bodoh melampau )
Kebegholah = ( Teghime Padoh )
Kekwi = ( Jakun / Tidak Pernah Tengok )
Kelembur / Gelebor = ( Telalu Kotor - air )
Kelentong = ( Menipu/ bohong / alat yg diketuk tanda waktu solat )
Kelepit = ( Sengseng Baju / Seluar )
Kelepek = ( Mencuri )
Kelekek / mengelekek = ( ketawa kecil ; berbunyi "kik kik kik " )
Kelelek / kelelet = ( Gelecek bermain bola )
Kelepei = ( Dompet )
Keladok = ( Kotoran dalam air )
Kendian = ( Kemudian )
Kerang = ( Ketawa yg malmpau / sampai x berbunyi )
kelokogh = ( Comot / sepudey )
Kepat = ( hisap )
kepek = ( Kemik )
Kerang = ( kelaka giler )
Kerebek / kebek / belek = ( Mencari / teliti sesuatu )
Kerit = ( Tikus mengigt sesuatu barang )
Keruk = ( garu )
Ketey = ( Cubit )
Keteh / kutih = ( kuping / cabut )
Ketoyong = ( pening/ pusing mata )
Kesot = ( Beralih tempat sikit )
Keset = ( Kemam )
Kememi = ( manja / mudoh nangis )Kokak = ( Barang yg x berkualiti )
Kekoh / Konkang = ( gigit )Koh = ( Makin )
Kokot = ( kaut / ambil )
Koman = ( niat perlekehkan / merendahkan / ketinggalan )
Konar = ( belok )
Kohot = ( Penat / semput )
Kohong = ( busuk / bacin sangat )
Kukor = ( Parut / mesin Kelapa )
Kupi = ( tin )
Kupik / Kemut = ( kedekut )


Lagong = ( hantuk )
Ladung = ( melimpah )
Lantak = ( Biar / ikut suka )
Lantong = ( Sepak bola / pukul / pepah )
Lok = ( di biar / lantak )
Lorat = ( kalut / leceh )
Lehet = ( Pekat )
Lobe = ( Membazir / guna kuantiti yang banyak )
Lontor / Lempor = ( Membaling sesuatu )Lele = ( Terus / Pada Masa itu juga )
Lewehh = ( Lambat/ lembab )
Lewoh = ( Banyak /keluar dgn byk )
Lesey = ( Letak sesuatu tanpa alas )
Leset = ( Kesat )
Lema = ( Lembik / Masuk angin )
Lembang = ( basah / bersepah)
Lemboh = ( takungan air kumbahan yg kotor/longkang tanah )
Lece = ( tilam )
Ledot = ( Pekat )
Lendut = ( dok tegang / Kendur )
Lepuk / cepuk = ( Pukul kepala degn tangan )
Lepe = ( Leka)
Lepek = ( xdaya / xroot / membiarkan sesuatu )
Lepok = ( Pukul / balo )
Lengkang = ( pukul / backhand )
Lengit = ( Kalah )
Lengat = ( sejenis bekas bulat acuan buat roti naik )
Lolong = ( Teriak / Menjerit )
Lohot = ( longgar)
Loko = ( Kereta Sorong )
Lokoh = ( comot / berdanu )
Longkoh = ( xkemas /xketat )
Locot = ( Terlepas )
Lodoh = ( Buruk sangat )
Lompong = ( Berlubang / Kosong )
Linyar = ( Licin )
Libun = ( Tidak waras / gila / kalut )
Lenjer = ( Leleh / tuih )
Lunyei = ( Hancur /lunyai )
Lutu = ( Pukul / serang )


Mamoh = ( Mengunyah )
Mamun = ( Bosan / hamun )
Maklok = ( tengah2 / menghalang )
Mua/ mue = ( Naik Lemak / Sifat nakal yg kerterlaluan )
Memar /memor = ( Rasa sereban / xsihat /sakit2 )
Mang taru = ( Berpusu - pusu )
Maru = ( Melampau )
Megok2 = ( tiba2 / xsemena-mena)
Menikei = ( Tembikai )Menaun = ( Pergi Lama sangat )
Menonong = ( tak hiraukan sekeliling terutama ketika berjalan )
Meraban = ( Melalut / merepek / toh bnda2 / tak tentu arah)
Meroyan = ( Angau )
Meropeh = ( Menyelengkor / mengeledah )
Mereloh = ( Tido / membuntang biji mata )
Mengkarak = ( jahanam / punoh )
Mengaga / mengagau = ( mencari2 sesuatu yg tidak dijumpai )
Mengkei / Kerang = ( gelak sakan )
Mencing = ( besar )
Mengelinyar = ( Tak duduk diam )
Mengeleding / mengelewang = ( Tidak Lurus )
Mengelatat = ( Wat keje laju2 / xreti duk diam )
Mengeling = ( Menjeling / memandang tak puas hati )
Megeng / ma = ( belagak / sombong / tunjuk samseng )
Mengkane = ( Telekung )
Molo = ( bekas botol plastik )
Mongkong = ( letih/ sakit belakang )
Melantok = ( Makan )Melaor = ( x berapa nak lurus ) Melaro = ( Merayau )
Mencalong = ( Sakit Perut / cirit )
Melayot = ( Tinggi setingginya )
Melere = ( Menyinggah2 sesuatu tmpat )
Melantong = ( Bau busuk sangt2 )
Melaho = ( Melepak )
Melenggong = ( Termenung )
Menteban = ( Tidak tau kemana )
Mentibang = ( Lari dengan pantas / sekelip mata )
Mensabah = ( Munasabah )
Menerimis = ( Kotor)
Menyempey / Menginding = ( Duk Rapat/ Duk Dekat )
Membeser = ( Buang Air Besar )
Memabor = ( terhuyu hayang )
Menderu = ( Laju / banyak )
Memerun = ( Membakar )
Mereng = ( Nyanyuk / biul )
Merepeh = ( Menyelongkor )
Merekek = ( Ketawa terbahak2 )
Mee Batang = ( Mee Lidi )
Mee Kasor = ( Mee Kuning )
Mee Aluih = ( Mihun)
Mencanok = ( pegi dgn laju )
Mempulor = ( tangkai dalam Buang nangka/ cempedak )
Mengempor = ( tidak lurus / tergelincir dari lurus )
Mengelepor = ( Beria / Excited )
Menjeler / berjeler = ( Panjang amat )
Menjejei = ( Meleleh / berlenjer )
Mencicit = ( Lari dengan laju / Jauh ke belakang )
Mencior = ( menangis )
Menciak = ( Sangat / banyak )
Mentit = ( Perut Bulat Kenyang )
Menciput = ( Lari dengan laju )
Menyempir = ( Menyibuk / mendekati )
Moh = ( Mari )
Moktan = ( rambutan )
Mumbu = ( penuh melimpah )


Nangul = ( Degil )
Nanor = ( oteng / Tak berapa betul )
Ngelong = ( mengelewang / bengkok )
Nulis = ( Tulis )
Nu ha = ( Kat sana )
Ngok = ( Dungu)
Nyanyor = ( Terhuyung - hayang )
Nyayut = ( Tinggi sangat / sayut )


Oghang = ( saya )
Omih / homih = ( bertih / Banyak cakap )
Oteng = ( pening kepala )


Pa = ( dompet )
Padoh = ( Padah )
Paner = (Xtau benda / blur )
Pangkor = ( Pukulan kasar tala atas belakang sesorang )
Parok = ( Lebih / teruk )
Pa'ak = ( Bau Masam / hapak / hamis benda lama yg terperap )
Pecat = ( lerai / tanggalkan 1 per 1 )
Pe'el = ( perangai )
Pekung = ( busuk/ bau daging luka )
Pelangkong = ( Ketuk )
Perentan = ( Zaman ini/ketika ini/kaitan masa )
Pentan = ( Musim )
Piaq = ( kena rotan )
Pede = ( budu )Pedooh = ( Menipu / cakap Bohong )
Perka = ( Huduh / xelok )
Petap / Petak = ( Raba / Pegang )
Peweng = ( Senget / tak tepat )
Pukang / terpukang = ( Jatuh )
Punoh = ( Musnah )
Pundang = ( Balutan Luka khatan )
Poda = ( Bedak / powder )
Pompeii = ( Funfair )
Pokoh = ( Memecah Sesuatu )
Polok = ( sumbat / menyumbat dgn byk )


Rabok = ( mata ~ x cukup tido / koyak besar )
Rajin = (Pernah)
Ralit = ( Khusyuk )
Ranggoh = ( Masuk cara paksa / langgar )
Rebeh = ( senget sebeloh )
Relei = ( Hancur / pecah )
Rembas = ( hempas )
Reng = ( Tenaga / kederat )
Rengkut = ( gatai sangt / gatai rengkut )
Rejang = ( Lontor / membaling sesuatu )
Renyut = ( perenyuk )


Sabit = ( Penyebab )
Sapan=( rosak )
Sayot = ( jauh sejauhnya )
Sebobot = ( Serabut )
Seghe = ( Agar - agar )
Se'eh = ( susah / sukar / juga keadaan tlampau keyg yg mbawa ksukaran utk begerak )
Secotek = ( Sikit )
Secotek wett = ( Terlampau sikit )
Selett = ( Sapu / kesat pada sesuatu )
Selak /seilok = ( Beria / kerebek @menyeilak )Selalu = ( Sekarang )
Sekoh = ( Dahan pokok patoh )
Sepitey = ( hospital )
Siyor = ( mangkuk tingkat )
Sepan = ( kampit / Jahat / perkataan secara bergurau )
Seperoh = ( alas utk hidangan makan )
Sependa = ( seluar dalam )Sepudey = ( Hancur )
Semba = ( Jatuh )
Sempeng = ( senget )
Semoh = ( cara berubat )
Selambok = ( banyak / besar )
Selenger = ( Poyo / Dungu )
Senteng = ( Singkat )
Selengor = ( Bau yang kuat )
Selebey / serebeh = ( Tidak terurus / tidak kemas )
Serabai = ( Tidak terurus )
Seranggoh = ( rongak / berceracak / teklok )
Sereban = ( Kebas )Sering = ( Sakit )Serun = ( Risau / seram / takut )
Seronyeh = ( Kenyuk/ Serabai )
Serdabok = ( besar sangt / byk sngt )
Setotok = ( huduh )
Setambun / setambok = ( besar / debak )
setongkoh / setongkol = ( byk / besar dlm bentuk seketul yang besar )
Sepai = ( Pecah / jahanam )
Sepat = ( soyok / tanggal /koyakkan / *selain nama ikan )
Sede = ( Mudah )
Sekeh / seligi = ( Ketuk Kepala )
Senalor / senyalor = ( degil / keras kepala/ ikut dan dier )Sidang = ( Berhenti - Hujan )
Sibey = ( terlantor / Tercampak / terjatuh )Sipey = ( Gila / Sewel )
Sopak = ( terkupil )
Soyok = ( Koyak )
Stalat = ( menghentam dahi sesorang mengunakan jari jemari )
Spelet = ( Menyepak dengan luar kaki )


Tago = ( teramat besar )
Tagang = ( Bertaruh )
Taih = ( cair/lebur akibat kepanasan )
Taghok = ( letak )
Tirup = ( terjun )
Terap = ( Baring / telantar belakang )
Tenggek = ( Duduk Atas Sesuatu )
Terbih = ( Runtuh )
Terabor = ( Berselerak / tidak tersusun )
Tege / tegei = ( laluan sedikit mendaki / tebing)
Tenor / goge = ( Bising / riuh sangat )
Teleng = ( kepala disengetkan )
Teklok = ( Tidak cantik / tidak kena pada sesuatu )
Timbuk = ( Kacau )
Tibai = ( Pukul / hentam / balo )
Tembay / Embe = ( Lembab / lambat / tak larat )
Tepek = ( Tampal )
Teweng = ( Tidak Lurus )
Tonyuh = ( Gosok kuat / Tunjal mngunakan jari )
Tonyeng = ( Berbalah / bertaki )
Tonggek = ( menonggeng )
Tohor = ( cetek )
Tohit = ( Tumpu betul )
Ta' Roh = ( Kikis / potong sikit )
Terbeliok = ( nak terkeluar biji mata )
Terpele'ot = ( terkehel )
Terseipat / tergeloceh = ( Tersempat / tersadung )
Tedagul = ( Terhantuk pada sesuatu )
Terpelus = ( Terjatuh - Dlm Lubang )
Tus = ( belenjer / meleleh )
Tubir = ( rendah sikit dari busut )
Tutoh = ( tebas / potong dahan hujung )
Tale = ( Arah / tuju )


Urong = ( usung / hingap )
Unting = ( Target )


Wabe / Merobe / robe = ( Tidak Munasabah )
Wakang = Tak guna

ISTILAH

Air Mati = ( Air Masak )
Air Wap = ( Air sejuk yg dalam peti sejuk )
Abih gheng = ( habis kudrat/usaha )
Abik nok = ( Rasakan / padan muka )
Ayam utuk = ( lemah / org yg kalah )
Bagei nok hadamat = ( gempak gempita )
Bahan berlembang = ( bersepah - sepah )
Bior Pasei = ( Biar Betul )
Bior ke lantok = ( biarlah macam tu )
Bising bangor = ( riuh rendah )
Berjaman un = ( berkurun lama )
Bercera daroh = ( Berdebor Sangat )
Besar Gajah = ( Besar sangt / dewasa )
Buruk lantok = ( kuat makan / makan gelojoh )
Burung Kelengkeng = ( Burung Enggang )
Buang majei = ( buang sial )
Cari keberoh = ( cari penyakit )Cakak Canggih = ( mengunakan bahasa melayu yg standard )
Dan = ( Sempat )
Duit cerun = ( duit syiling atau kecil )
Dok rajin = ( tak biasa )
Ntoh = ( Entah )
Hai Weh = ( kata seruan terhadap sesuatu yg x menyenangkan )
Hujan Lesok = ( Hujan Lebat )
Gelap pokok hari = ( menandakan cuaca mendung )
Ikot dan = ( lantok / biarkan je / ikut suka )
Jangan tebing = ( Jangan buat xkisah / Jangan Buat main )
Jauh jenat = ( Sangat Jauh )
Kus semangat = ( Terkejut / sst yg xdpt nak digambarkan )
Kurus Kerempeng = ( Tersangat Kurus )
kemain = ( Bukan Main )
Kelambu Rusa = ( selimut / kain tergantung untuk berkhatan )
Kucing berkarat = ( kucing bergadoh )
Loh la aok = ( biar la awk tuh )Le Le = ( Nak segera / Terus Pada Masa itu )
Mengarit hari = ( magrib/ senja )
Muntah Lewoh = ( Muntah dgn byk )
Muda ceda = ( sangat muda )
Misai Repang = ( misai yg lebat dan huduh )
Nakal Merengus = ( Nakal yang amat )
Panas Berdering = ( Panas sangt / tengahahari )
Parang lading = ( parang panjang )
Pusing mata = ( pening kepala )
Poh Padoh = ( merujuk kepada teruk sngt )
Salam kokot = ( salam berisi sedekah terutamanya ketika kenduri )
sama limun / sama libon = ( Sama naik / mengikut )Sidang = ( Berhenti - Untuk Hujan )
Tanok nasi = ( masak nasi )
Tengah Mak lok = ( Betul - betul tengah )
Tak emboh = ( tak nak )
Telinga Cegeng = ( telinga panjang )
Terkangkang terkiap = ( Aksi seseorang terkangkang )
Toksoh = jangan
Tok semengah = ( tak senonoh )
Tok dan = ( tak sempat )
Tok Pade = ( tak berpada / Tak ambik serius atau kesah )
Tok rot = ( tak larat / penat / letih )
Tok Semena - mena = ( secara tiba2 )
Tua Renta / tua hogek = ( Tua sangat2 )
Ulo lipan = ( adik beradik yg belum pulang ke rumah )
Zaman tori = ( Zaman Lama / dulu kala )
 
KATA SIFAT
Besor hogey = (besar panjang)
Hancing pering = ( bau kencing )
Hitam berlentum / Hitam berletekk = ( terlalu hitam )
Hitam Lokoh / hitam kelekeh / Hitam Legam = ( Tersangat hitam )
Keras kelentung = ( Keras sangat2 )
Kurus Keding = ( Sangat Kurus )
Manis meletin = ( Manis teramat sngt )
Masam mencekut = ( masam amat )
Masin melengkang = ( Masin sangat )
Pahit Melepang = ( terlalu pahit )
Panas Merahang = ( Panas sngt2 / panas tgh hari )
Panas Melengin = ( Panas beruap2 )
Putih melepok = ( Putih sangat )
Repang Rahat = ( busuk sgt spt bau getah sekerap / bau yg meruap2 )
Tawor Hebei = ( Rasa Tawar sangt2 )

Sumber : loghat Pekan ini kredit kepada Admin Facebook Budak Pekan | Post by :   AKU ANAK PAHANG Kamus ini akan dikemaskini sekiranya mandapat makluman daripada anda semua.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

"LEPAS NI, KITA MAKAN MASAK TEMPOYAK IKAN STURTIN @ STURGEON"

$
0
0
Tulisan mengenai projek sturgeon di Kuala Tahan di dalam majalah Mastika. Photo credit: Zaidil Akbar Md Said. Untuk berita penuh boleh dapat Majalah Mastika.


[ 10 Sebab kenapa penduduk Kuala Tahan Menentang Projek Sturgeon ]

Ramai yang bertanya kenapa projek ini di bantah oleh penduduk Kuala Tahan.Berikut adalah 10 sebab utama :

1. Ikan ini tersenarai sebagai ikan larangan import oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan bersifat "predator" yang menggangu keseimbangan biodiversiti perairan sungai.

2. Sg Tabong yang terletak di kawasan projek ini adalah bekalan air alternatif ketika musim banjir dan kemarau .Pada masa ini, bekalan air ini masih di gunakan oleh Masjid Kuala Tahan ,Sekolah Kebangsaan ,Klinik Kesihatan dan sebilangan penduduk Kuala Tahan.

3. Lokasi projek adalah lebih kurang 2km di hulu muka sauk Sg Tembeling .Dikhuatiri sisa buangan termasuk bakteria bawaan panyakit (jika ada) akan terlepas ke Sg Tembeling dan akan mencemarkan bekalan air kepada penduduk serta menjejaskan kualiti air Sg Tembeling yang di huni oleh spesis patin,jelawat,kerai ,sebarau dan sebagainya yang menjadi sumber protein penduduk setempat serta penduduk di sepanjang sungai Tembeling.

4. Ikan sturgeon ini di katakan akan di pelihara didalam kolam kolam yang akan di bina,Namun ,kita tidak dapat menolak kemungkinan ikan ini terlepas ke Sg Tembeling akibat banjir besar dan sebagainya yang akan mengancam populasi ikan tempatan dan menyebabkan kepupusan.

5. Kawasan pembinaan terletak bersebelahan sempadan Taman Negara .Selain menyakitkan pemandangan kerana hutan asal di gondolkan ,proses pembinaan kompleks yang bising akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan kepelbagaian-bio serta sistem ekologi persekitaran Taman Negara .Akhirnya ,ia akan menjejaskan nama Taman Negara yang terkenal di dunia sebagai kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar utama di Malaysia .

6. Penebangan balak akan menyebabkan hakisan tanah dan menjadikan sungai semakin keruh selepas hujan.

7.Sekto eko-pelancongan di Kuala Tahan adalah rancak sehinggakan tiada masalah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Malah ,banyak peluang pekerjaan di isi oleh penduduk sekitar Alor Tembeling dan Jerantut.Di katakan projek stugeon ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.Jadi ,siapakah yang akan mengisinya ? Semestinya warga asing dan akan mewujudkan konflik dengan penduduk setempat serta gejala sosial.

8. Kini pembalakan di hulu sungai telah menjadikan keadaan Sg Tembeling keruh dan proses pembinaan kompleks sturgeon ini akan menjadikan air sungai lebih keruh dan tercemar.Nasib penduduk Kuala Tahan yang hampir 90% bergantung kepada industri eko-pelancongan akan terjejas dan menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi setempat dan negara.

9. Projek ini adalah projek FELDA tetapi di jalankan di kawasan hutan simpan di Kuala Tahan sedangkan terdapat banyak tanah FELDA di seluruh Malaysia yang boleh di gunakan.Pokok-pokok balak yang tidak ternilai di kawasan 50 ekar tersebut turut terjejas kerana pembinaan kompleks perternakan sturgeon ini.

10. Projek ini di bina tanpa perbincangan dengan penduduk tempatan.Penduduk kampong telah meminta sesi taklimat dan dialog bersama penduduk kampong d adakan di Kuala Tahan tetapi masih tidak di endahkan sehingga kini. Sumber :Kami Bantah Projek Perternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

AAP -  Gamaknya apa rasa ikan sturgeon ini kalau dimasak tempoyak?  :) Mungkin lagi sedap daripada ikan kelah, jelawat, temoleh gamaknya :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAMAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN ?

$
0
0
Pada 13.09.2014, saya telah dijemput oleh orang kampung yang diketuai oleh Tok Empat sendiri untuk meninjau kawasan yang bakal musnah akibat Pembalakan dan Perlombongan di dalam kawasan Hutan Rimba Kenong. Walaupun telah digazetkan sebagai Hutan Pelancongan namun ketamakkan manusia mengatasi segalanya. Saya melihat sendiri kawasan tadahan untuk bekalan air bersih orang kampung akan musnah dan bakal menjadi bekalan air bertoksik. Trek pelancong ke Kenong selama ini juga akan musnah.
Mereka orang kampung ini tak punya apa-apa, jangan haraplah NGO yang ternama dan popular akan turun membantu memperjuangkan hak orang kampung kerana mereka mereka tahu "orang kampung miskin, menghabiskan masa jer". Kebanyakkan NGO sekarang ini lebih kurang syarikat balak jugak, No Money No Talk...... tak kisahlah, ada sokongan atau tidak, saya akan tetap bersama dengan orang kampung mempertahankan sehingga ke perjuangan yang terakhir. Sekali lagi Syarikat Kerabat DiRaja menjadi tunggangan Si Towkey2 Balak dan Lombong Emas. Sumber Artikel : FB TAMAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

AWASI : PENIPUAN SKIM GORES DAN MENANG

$
0
0
SCAM ALERT: Siapa yang tidak teruja apabila dinyatakan memenangi hadiah yang lumayan hanya dengan menggores sekeping kertas.

Namun, tanpa disedari ia merupakan helah licik sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.

Sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.
Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa didatangi suspek serta meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.
2. Suspek biasanya akan berkeliaran mencari mangsa khususnya warga emas di kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.
3. Mangsa yang kononya ‘bernasib baik’ akan diberi pilihan memilih hadiah yang ditawarkan setelah cabutan dibuat.
4. Mangsa kemudianya diminta datang ke pejabat suspek untuk berunding tentang hadiah yang telah dimenangi.
5. Mangsa dipengaruhi supaya membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dimana suspek sanggup menemani mangsa mengeluarkan wang di bank sebelum diserahkan.
6. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberi tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan.
Nasihat polis
1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik oleh mana-mana individu yang melakukan peraduan gores dan menang.
2. Jauhi individu tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah.
3. Laporkan kegiatan gores dan menang kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK). Sumber : Facebook /Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

AAP -  Penipuan skim gores dan menang ini sudah berlarutan untuk sekian lama. Persoalan kenapa pihak berkuasa tidak mampu membendung gejala ini? Ramai mereka sudah menjadi mangsa dan kerugian mungkin sudah ratusan ribu ringgit, namun gejala ini terus beberluasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEMALANGAN JALAN KUANTAN - SEGAMAT, PEMANDU NISSAN ALMERA DCH 3168 DICARI

$
0
0

Sumber melaporkan kejadian ini berlaku di Jalan Kuantan - Segamat baru-baru ini. Sekiranya benar seperti yang diceritakan, maka tindakan yang sewajar perlu diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini melibatkan nyawa. Moga mangsa yang terlibat tabah dan bersabar diatas ketentuan Allah ini. Pada pihak yang tidak bertanggungjawab semoga dapat tampil dan memberi kerjasama.

"Adik ipar dan suami baru accident di jalan Paloh Hinai - Muadzam, sama lokasi bas persiaran 2 tingkat accident baru2 ni. Nissan Almera Putih DCH3168 dr arah yg sama menuju Muadzam Shah cuba memotong tapi tak sempat, kemudian himpit kereta adik ipar dan bergesel sedikit di bahagian hadapan kemudian suami adik ipar yg cuba mengelak kereta itu membelok ke kiri dan trus jatuh ke gaung di kedalaman 10 meter dr aras jalan raya.

Saksi bgtau, Nissan Almera Putih yg dipandu lelaki cina ni tak berhenti ditempat kejadian, tapi berhenti dlm beberapa kilometer dr tempat kejadian utk tgk kereta dia, kemudian meneruskn perjalanan. Kejadian berlaku dlm jam 12 tghari hari ni (Isnin 15/9/2014).   Minta tlg sebarkan no kereta ini kerana pemilik kereta ini belum menyerah diri di mana2 balai lagi.
" Sumber Facebook I ♥ PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAMPUNG DOJA, SUNGAI YAP, PASIR TAMBANG

$
0
0
 
 
Hari ini seperti biasa menjalankan tugasan, destinasi hari ini ke kampung Doja, Sungai Yap dan Pasir Tambang. Sampai ke kampung Doja kami menemui jambatan ini masih didalam pembinaan jadi terpaksa melalui jalan bawah (jalan sementara) mencabar juga untuk sampai ke kampung ini, namun tugasan tetap dilaksanakan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk sampai ke kampung ini anda perlu melalui jalan ke Felda Padang Piol dan masuk ke simpang kampung Gajah Mati dan terus kedestinasi diatas. Tugasan kami tiada kaitan dengan pembinaan jambatan tersebut cuma ada kaitan dengan perkara lainnya disana. Gambar diatas sekadar perkongsian bersama sahaja.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 
Viewing all 985 articles
Browse latest View live